farhana mohamad: 2014

Pages

31 December 2014

Muka Surat Terakhir 365 of the 2014's Book.


berpisah dengan si kecik ni hari ni.  
macam pelik je rumah takde dia.


rindu awak 200%!
anak soleh hendaknya.




p/s: 2014 yang penuh liku. tangis tawa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. takziah buat mangsa-mangsa banjir khususnya di pantai timur, termasuklah sanak saudara aku sendiri. aku mungkin tak setabah dirimu untuk mengharungi dugaan besar ni. 


dah lama tak blogwalking. dan kesemua entry sepanjang bulan december adalah autopublish.

26 December 2014

Interview Guru Kafa Kelantan 2015



Assalamualaikum wbt.

minggu lepas aku menghadiri interview cikgu kafa bagi sesi 2015. sesi interview diadakan di ppd masing-masing. macam aku, aku ke ppd bachok. aku difahamkan ada beberapa daerah di kelantan yang belum lagi menjalankan sesi interview. meh sini meh aku share sikit pengalaman aku. Mungkin juga berguna buat sahabat-sahabat luar Kelantan.

bagi ppd bachok, hampir seratus lebih calon yang membuat permohonan dan yang lulus bagi menghadiri sesi temuduga hanyalah seramai 90 orang. calon-calon yang tak terpilih tu bukan disebabkan mereka tak bagus, cumanya mungkin mereka tak mengisi borang dengan betul. kesalahan kecil ketika mengisi borang kata ustaz terbabit. 

tepat jam 7.40 pagi aku dah terpacak di ppd bachok. jam 8 kami diminta masuk ke dalam dewan. sebelum sesi interview, ada ujian bertulis terlebih dahulu. ujian bertulis tu merangkumi semua aspek sirah, aqidah, feqah, akhlak, jawi, bahasa arab dan Al-quran. anda perlu jawab semua soalan tu, semuanya berbentuk subjektif dan masa diberi hanyalah satu jam sahaja.

aku masih ingat kesemua soalan tu, tapi risau kalau nak dedahkan semuanya. kang jadi isu soalan bocor pula. aku hanya tulis secara rawak sahaja, dan korang persiapkan diri.

untuk bahagian al-quran, anda diminta tuliskan ayat al-quran tersebut. contohnya, soalan mintak surah yaasin, so korang tulis lah ayat-ayat tu beserta barisnya. insyaAllah, surah senang-senang je. tak mungkin kot kalau diaorang kasi surah yang susah kan. dan ada juga soalan tajwid. macam biasalah, hukum-hukum bacaan tu.

next, translate. translate dari bahasa arab kepada bahasa melayu, dan dari bahasa melayu ke bahasa arab. sila perbanyakkan buka kamus okay. kihkih. ohh ya, kena buat ayat juga tau. diaorang sediakan perkataan arabic then korang kena buat ayat. 

untuk bahagian sirah, feqah, akhlak dan aqidah, korang bacalah mana yang patut. hurmm, kalau ikutkan sebenarnya, aku confirm korang semua boleh jawab. benda basic dalam agama kita je. untuk sirah, baca pasal kisah-kisah nabi. ala, soalan simple je. bacalah pasal hijrah nabi ke, perang dalam islam ke. senang je.

untuk akhlak, hurmmm. dah namanya akhlak kan. aku nak kena explain juga ke? hihihi. korang kena listkan je akhlak terhadap siapa-siapa.... haa, cenggitu. korang boleh hentam je kot. untuk feqah, yang ni pengetahuan asas kita semua dalam bab hukum. contohnya, lafaz niat solat ke, rukun solat ke, bab bersuci. benda yang kita dah selalu buat, takde masalah kot kan bagi korang. untuk aqidah, soalan berkaitan tauhid la kan. contohnya rukun iman, rukun islam, sifat wajib bagi Allah.

apa lagi ye. korang juga perlu menjawi perkataan. kihkih. betul ke penggunaan perkataan menjawi tu? diaorang kasi beberapa perkataan dan korang perlu tuliskan dalam jawi. Ohh yaa, kesemuanya jawapan bagi ujian bertulis tu korang kena tulis JAWI tau. Jangan tulis rumi pula, kang tak pasal-pasal kena tolak markah.

oraitt. settle bab ujian bertulis. next sesi interview. aku antara orang terawal diinterview. Dan aku juga orang paling lama diinterview. Setengah jam duk dalam bilik tu. Bila keluar je bilik, calon lain semua tegur kenapa lama sangat. Hihihi. Redha je la kena tanya banyak soalan.

Sebelum kena tanya macam-macam soalan, interviewer tu mintak baca beberapa ayat quran. Erkk~ takde la beberapa, banyak la jugak kot. Then interviewer tu tanya lagi berkaitan tajwid. Sila yakin dengan jawapan yang anda berikan. 

Next, sesi soaljawab pula. Standard soalan interview la kan, soalan yang diaorang akan tanya sudah semestinya berkaitan isu-isu semasa. Memang takleh lari ehh, mostnya akan tanya pasal isu semasa. 

Antara soalan-soalan yang aku dapat:- 
· Isu kalimah Allah
· Isu berkaitan Asb
· Isu I wanna touch dog
· Isu gst
· Politik sikit-sikit *unexpected dapat soalan bab politik


Dan soalan paling gempak aku rasa,

“awak rasa antara university sains islam Malaysia (usim) dan university kebangsaan Malaysia (ukm) mana lagi bagus?’’

Dan aku tahu kenapa aku lama kena interview. Aku kalau dah bercakap susah nak berhenti. Dah kena pula isu-isu gempak macam tu, memang makanan aku la. Bagi yang bakal menjalani interview cikgu kafa Kelantan mahupun negeri lain, persiapkan diri awak baik-baik ye. 

Terkedu aku bila dengar interviewer dengan lantangnya menegur calon sebilik dengan aku buat salah.

“kenapa awak baca macam tu, cuba baca baik-baik. Awak kena ingat, awak nak mengajar orang lain pula nanti. Kalau awak pun tunggang langgang macam mana nak ajar orang lain. Silap-silap makin rosak budak.”

Ada betulnya juga teguran tu bagi aku. Kalau kita pun salah, takkan nak ajar orang benda salah pula. Berbalik pada aku sendiri, aku pun bukannya baik sangat. Tertanya sendiri, mampu ke aku nak ajar orang nanti. Takut nanti aku ajar benda tak berapa betul. Kerja sebagai pendidik ni satu tanggungjawab yang cukup besar. Nasib bakal pemimpin kita suatu hari nanti berada ditangan para pendidik.



p/s: ikhlas menjadi seorang pendidik. insyaAllah, akan diberi kesenangan dalam mendidik.






23 December 2014

Forum: Mendalami Perihal Jenayah Syariah Hudud


Assalamualaikum wbt.


jemput datang bagi yang berkelapangan.
kalau konsert kita sanggup p tengok, 
apa kata luangkan sedikit masa anda mendalami perihal agama. ilmu tak banyak, kita topup sikit. buat bekal kita di sana nanti.

kedua-duanya orang hebat.
Dr. Irwan antara murabbi yang aku kagumi sepanjang berada di bumi usim. murabbi yang banyak meluangkan masa melayan fifa gen5. insan yang paling rapat dengan kami.

pesan ustaz, "gurau gurau jugak, ilmu yang aku bagi jangan buat lupa. amal sentiasa''


Forum Mendalami Perihal Jenayah Syariah Hudud
-masjid putra bandar baru nilai-
-26 Dec 2014-
-7.30 malam-


p/s: biar buta dunia. jangan sesekali buta agama. itu bekal akhirat nanti.

22 December 2014

How to Style Your Sneakers?


Assalamualaikum wbt.

Korang suka pakai heels ataupun sneakers? Walaupun heels menjadi pilihan utama kebanyakan wanita ketika ingin tampil bergaya, berlainan pula dengan saya yang lebih gemar menyarungkan sneakers untuk ke mana sahaja. Mungkin ada yang berkongsi minat dengan saya. Jika dahulu, wanita yang memakai sneakers terus dilabel sebagai ‘tomboy’ atau dengan kata lain, bersikap seperti seorang lelaki. 

Aishh, saya bangkang statement tu okay. Aii is tak setuju!
cuba tengok sneakers ni. ohh omggg! cantiknya!



ini pun cantik!


pengsan mak jemah tengok sneakers ni semua.


Dengan perkembangan fesyen yang semakin berevolusi, kita dapat perhatikan wanita-wanita masa kini berani memadankan apa jua jenis pakaian bersama sepasang SNEAKERS!

Yess, sneakers! Tak pelik pun kan?

Jadi, jenis pakaian apakah yang dimaksudkan?
Jika anda gemar memakai sneakers dan masih tercari-cari style pakaian apa yang bersesuaian, mungkin entri ini boleh membantu anda. Check it out!



ingat tak Bella Swan? Ala, pelakon utama dalam filem Twilight? Bella sering kelihatan memakai sneakers bersama jeans dan t-shirt untuk ke mana sahaja. Of course, jeans, shorts dan t-shirt merupakan jenis pakaian yang paling sesuai untuk anda gayakan bersama sneakers. Gaya yang amat ringkas dan santai serta memberikan keselesaan yang ideal sepanjang hari. Simple kan? Kaki pun tak sakit.hehe


Jika anda lebih gemar memakai skirts atau dress berbanding jeans, sarungkan juga sepasang sneakers untuk kelihatan seperti seorang ‘rock chic’! Cantik jugak ehh. Ini serius!


Gaya yang terakhir ini mungkin kelihatan agak pelik. 
Pernah pakai sneakers ke pejabat?  Jangan bimbang untuk memakai sneakers apabila anda ke pejabat kerana gaya yang pelik kadang-kala mampu menyerlahkan lagi gaya anda. 



Ohsem kan? Belum cuba belum tahu.


Let say, anda seorang yang pakai jubah dan nak sarungkan sneakers. Sarungkan je sneakers, tak payah ragu-ragu. Dan jika ditanya pada saya sendiri, saya juga jenis yang selalu pakai jubah. Saya lebih gemar ber’sneakers’. Terasa ringan je kaki. 

So, berjubah dan ber’’sneakers’’ pun okay kan? Takde peliknya pun.

Untuk koleksi sneakers online yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat seperti CONVERSE, VANS, Keds, MacBeth dan banyak lagi, korang boleh dapatkan di laman web ZALORA Malaysia. 

Dunia sekarang dihujung jari je. Apa yang anda tunggu lagi? Buat pembelian anda hari ini juga! Klik sana klik sini dan tunggu barang anda sampai. confirm puas hati!



Semuanya semudah abc!    =D



21 December 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu




dah lama tak blogwalking.
rasa macam nak kenal rakan-rakan baru.
jom meriahkan segmen ayu.
jemput la join sama.

# juz klik banner
# until 31/12/2014
# juz drop ur link

19 December 2014

blog dalam pantang


Assalamualaikum wbt.

eeuuwww
rasa janggal gituw itew nak hapdate belog.
*geli*

paling lama kot blog tak update. 
serius mood ke laut.
dah dihanyut ombak badai.
kekok pula nak hadap blog ni.
blogwalking pun tidak, update pun tidak.
memang tak buka blog langsung.
aii kan ada hobi baru sekarang,
ngadap anak buah 24 jam.
cuit-cuit, usik-usik sikit sampai dia menjerit baru stop.

terima kasih abam2 kakak2 kesayangan yang duk pulun suruh update blog. tanpa paksaanmu, blog ini mungkin masih lagi berpantang.  =P

"yang pantang kakak ipar hang bukan blog hang. tolong update la no"-haha. bangun pagi baca whatsapp macam ni. semput mak jemah nak update oiiii

actually, kelantan sekarang ni tengah musim hujan since bulan lepas. ini second round hujan. yang pertama dulu biasanya tak start banjir lagi. bila dah datang yang kedua ni, memang confirm banjir. sempat lah aku mengharung air banjir di beberapa tempat kat sini. plan nak ke bandar kota bharu dan rumah atuk di pasir mas, dah separuh perjalanan dah pun tapi cancel memandangkan air banjir yang agak dalam di beberapa tempat dan ditambah pulak dengan kesesakan. jalan jem, tak kuasa nak terjah ke bandar. so kesimpulannya, jalan-jalan tengok air je la jawabnya. nasib naik hilux, dapatlah jugak meredah banjir.






25 November 2014

baby-jaundice berpisah tiada?



Assalamualaikum wbt.


mood ke laut nak ngadap blog. makin bertambah list blog yang aku nak terjah. baby firash jaundice since hari keempat dilahirkan. dah 7 kali kena ambil darah. pada awalnya bacaan tak tinggi sangat, tiba-tiba je naik mendadak. cuak kot bila naik mendadak macam tu. 

untuk ambil darah kali kedua, aku berdua je dengan abang ke klinik daerah cek jaundice baby. baby menangis kaw kaw dekat klinik tu bila kena ambil darah. sampai serak suara, meronta-ronta dia. basah mata aku bila tengok dia menangis macam tu. sakit kot. tengok nurse tu buat kerja, kasar sikit bagi aku. paling geram bila dia jatuhkan straw untuk ambil darah tu. tak pasal-pasal kena ambil darah balik. buat kerja sambil mata duk intai semakphone atas meja. tak fokus langsung. baby bantai menangis kuat. ai tak sanggup dengar dia nangis. tapi klinik dekat rumah ni smooth je ambil darah, baby pun tak nangis. 

 setakat ni dah macam-macam kitorang try, 
tapi bacaan jaundice tak turun sangat. 

esok last check jaundice.
hope bacaan below 150.

kata makcik tukang urut,
"budok loni takdok hok tak kuning. tubik tubik gak meme kena jugak kuning."

runsing bila budak2 sakit.
orang tua kalau sakit boleh merungut ke apa.
budak kalau sakit, diaorang bukannya reti apa.
nak bagitau sakit kat mana pun idok le diaorang tahu lagi. kesian tengok baby bila kena ambil darah dua hari sekali. kalau boleh nak je ganti tempat dia. biar kita je sakit, jangan dia yang sakit.

get well soon baby!



p/s: kata encik google - faktor pemakanan ibu sewaktu mengandung punca jaundice?
hurmm. ada faktor lain jugak rasanya. 


*autopublish

11 November 2014

the lil caliph



Assalamualaikum wbt.

Lama betul tinggal blog. Rindu nak blogwalking. Takde mood nak ngadap blog since tarikh2 akhir edd kakak ipar aku. Over sangat. Orang lain nak bersalin, tapi aku pula rasa cam nak bersalin. 

Short update dari Kota Bharu Medical Centre. Kakak ipar aku dah selamat bersalin jam 2.54 petang tdi. Dua hari berkampung kat sini. Baby boy, berat 3.1kg. Nama tunggu mummy dia announce ye.


Selamat mengharungi status dan tanggungjawab baru mummy Hidayu ayumie! Selamat berpantang. Ic klate doh la baby. Anak manakan i share tarikh sama dengan sultan kelantan.kihkih





P/s: haiii baby!
Be a gud boy okay.
ce nangis sekali,
cikna tak dengar lagi suara awak tau.
jadi mokcik doh la kitoo

04 November 2014

Penulis Jemputan Mak Dara




Assalamualaikum wbt.


pejam celik pejam celik dah masuk november,
cepat betul masa bergerak.
tahun depan dah 25 tahun.

omaigod!
tapi still terasa muda belia lagi.
krikkrik.

kekdahnya, permulaan november dengan join segmen dan giveaway. dah terasa addicted dah join segmen ni semua. bila dah beberapa kali menang segmen atau giveaway, tangan mula la menggedik nak join semua segmen. mulut cakap taknak join, tapi tangan tergedik jugak. lain kali takmo join dah. -taktau dah berapa kali cakap macam ni

berbalik pada tajuk, baru baru ni aku berkesempatan menjadi penulis jemputan di blog Mak Dara ataupun nama sebenarnya kak Adza Irdawati. terharu sangat sangat bila diberi peluang menjadi penulis jemputan dalam blog blogger hebat. penulis jemputan pertama bagi blog Mak Dara. terima kasih mak dara! 


boleh baca sini>>>> -kehilangan-

nukilan biasa biasa je. 
sebab aku pun orang biasa.



p/s: all the best adik adik spm!
jawab perikso mmolek deh.
bia buleh result hok comeyy.

terima kasih lagi sekali buat Mak dara.
ai is sangat terharu.


Segmen blogwalking by Dayang Deno #2







#jemput join sume!
#until 20 November 2014
#tengah rajin nak terjah blog orang.
juz drop ur link.

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:























Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom





Assalamualaikum w.b.t.





Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom secara rasminya dilancarkan hari ni. Giveaway ini adalah bersempena dengan sambutan hari lahir Yana pada 17 November ni. Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut hari lahir pada tahun ni...Insyaallah. 


Giveaway ini akan berlangsung sepanjang bulan November sahaja iaitu pada 1 November 2014 (12.01 am) hingga 30 November 2014 (11.59 pm). Jadi semua bloggerista yang cantik, manis, kachak dan hensem...Yana sukacita menjemput korang untuk join GA ni yer. Bagi menghargai penaja-penaja yang baik hati untuk menaja hadiah-hadiah GA ni, so...korang kena lah ikut syarat di bawah yer :-

SENARAI HADIAH :

Mystery Gift x 1 Top Referral [Yana Afi]

Blog Review x 2 dan Bloglist x 3 [Syira Lokman]
Kain Telekung Sulam x 1 [Hasrul Hassan]
1 Mineral Eye Colour Mary Kay + 1 Free Facial dan 1 Lip Applicator Mary Kay + 1 Free Facial

[Sofuriah Hashim]

Topup RM5 x 2 [Syahira Nadia]

Topup RM5 x 1 [Izwani Eliyana]

Barangan Kosmetik x 1 [Love Lissa]
Shawl x 1 [Amy Shah]
Blog Review & Bloglist x 3 [Wadhihah Hadi]

Novel + Autograf Penulis Eksklusif x 2 [Anies] 

Nak join? Klik Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom.

Good Luck!!!



sanah helwah kak yana!
semoga sentiasa dimurahkan rezeki.
semoga sentiasa dalam redha Allah.
semoga amalan kita juga seiring dengan pertambahan usia.


p/s: takdak instagram la kakyana.
happy birthday in advance sekali lagi!
#mmuahhciked


29 October 2014

salam takziah acik






salam takziah buat blogger acik sekeluarga yang baru kehilangan ayah sebentar tadi.
baru semalam dapat berita ayah acik sakit. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

Allahummaghfirlahu warhamhu




#kelabbloggerbenashaari

28 October 2014

Bangga Dapat Dedahkan Aib Orang?



Assalamualaikum wbt.


hurmm. berkali-kali fikir nak post ke tak nak pasal ni. dah 3 4 hari duk dalam draft. baru-baru ni kecoh tentang penyebaran video seks seorang yang cukup dikenali dengan tingginya pengetahuan agama beliau. 

maaf, aku tak sanggup nak tengok video mahupun gambar2 yang dah tersebar tu. dan aku perhatikan banyak blog kongsikan video dan gambar2 tu semua. baca tajuk je dah membuatkan aku mual.

hanya satu soalan aku. 
apa kau bangga share sesuatu berita yang sangat mengaibkan tu? 
benda yang kita belum tahu kesahihan berita tu. 
apa kau bangga mendedahkan aib seseorang?

kepada blogger2 yang ada share gambar2 tu, mohon delete segera. aku sedih bila seorang ulama' diperlakukan macam tu. gila sangat nak kejar traffic sampai sanggup berkongsi benda2 macam tu? kot ye pun nak bagi pandangan ke apa, tak perlu rasanya di upload gambar dan video tu. cukuplah sekadar pandangan yang ditulis.

maaf cakap, awak adalah antara orang yang menyebabkan benda ni tersebar.
sama jugak dengan beberapa blog yang duk upload gambar2 mengarut dengan caption yang... tak tahu nak cakap apa.

bangga dapat jana income dengan post entry2 sampah macam tu?
nak bagi family makan dengan duit hasil post2 tu?
biarlah sumber rezeki yang kita dapat tu dari sumber halal.
dapat income banyak dengan post2 sedemikian, 
sungguh langsung tak membanggakan bagi aku. 

kita kena ingat, tulisan2 ni semua adalah "saham" yang kita nak bawak ke sana nanti. dah la amal tak banyak, tak pasal2 saham bertambah dengan aktiviti2 kotor ni. elok la buang post2 yang memberatkan saham kita tu. dan kalau boleh, mintak maaf balik dengan orang2 yang kita dah aibkan tu. benda yang tak sahih boleh jadi fitnah. jenuh nak merangkak kat sana nanti. clearkan blog dari post tak berfaedah macam tu. 

berbalik pada topik asal, sama ada betul ke tidak video tu, aku melihat penyebaran video tu sebagai cubaan nak menjatuhkan imej insan tersebut. nak merosakkan persepsi masyarakat terhadap para ulama'.




p/s: maaf. emo pulak kali ni. 
mati aku kena tibai nanti.





1st Segmen Blogwalking by Budak Kilabret



KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Tamat 16.11.2014

Join cepat sebelum terlambat ;)

- See more at: http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2014/10/1st-segmen-blogwalking-by-budak-kilabret.html#sthash.OX66dHj2.dpuf


#jomjoin!
#juzklikbanner
#until 16 November 2014.


p/s: amboii, suka ye dah habis pt3 cik adik yunsing.

26 October 2014

Menang Giveaway Mia Liana



Assalamualaikum wbt.

bulan lepas aku ada join giveaway dari kak mia.
saje-saje je la join. takde la menaruh harapan nak menang ke apa sebab sangat ramai kot kan yang join sama. tak sangka pulak rezeki murah.

aku menang ilustrasi vektor dari salah seorang sponsor untuk giveaway kak mia. kalau gambo cartoon2 macam ni for sure ramai yang boleh teka kan dari siapa.

yeayyy!
dapat ilustrasi vektor dari Dayang Deno
salah seorang protege kak mia.
tengkiu deno!
comey je.

kalau korang teringin nak gambar macam ni,
sila deal dengan deno ye.
confirm korang puas hati.



25 October 2014

Ceramah Perdana Hijrah Rohani


Assalamualaikum wbt.


-reminder-


khas untuk orang johor dan mereka yang tinggal berdekatan, anda semua dijemput hadir ke ceramah & zikir perdana "Hijrah Rohani" bertempat di Padang SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Ledang, Johor pada 25 Oktober 2014, Sabtu.




jom sama2 raikan program ilmiah anjuran Astro. Antara yang bersama dengan kita adalah Ustaz Kazim Elias,Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Amaluddin, Para pencetus Ummah, Imam Muda ,Mawi , dan ramai lagi.

malam ni!
jom la ramai2 meriahkan ceramah perdana "Hijrah Rohani".
perut perlu diisi dengan makanan agar tidak lapar,
jangan lupa hati kita juga perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat agar jadi makanan hati kita. 
jom topup iman kita sempena tahun baru hijrah!


Blogger acik pun ada di sana. jangan lepaskan peluang anda!


#salammaalhijrah
#akupenghibur
#ceramahrohani
#makanan hati
#topupiman

22 October 2014

hakak tark faham lew!


assalamualaikum wbt.


"salam. kak ana! ingat kiter tark? dulu hakak jadi fasi kiter kat sekolah. hakak c-hat tark? kiter rinduw akak."

mesej dari seorang adik di fb. seorang pelajar form 5. 
yess adik. akak masih ingat awak. *sila bangga

straight to the point, lately aku rasa kebanyakan adik2 yang masih bersekolah sangat suka menggunakan bahasa ataupun ejaan yang aku sendiri pun tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa. ini dikira bahasa sms ke apa? *krik krik 

serius, kadang aku tak faham apa yang diaorang tulis. terlampau advance mungkin. seeloknya guna la bahasa mahupun ejaan yang senang difahami. akak awak oldschool barangkali, mungkin tak faham cara tulisan adik2 yang moden sekarang. kadang aku terpaksa mengeja balik tulisan tu. Alhamdulillah, sempat menegur adik ni betulkan cara penulisan.

"tark"
"duet"
"rinduww"
"sajeww"
"gituww"
"sukeww"
"ciked"


arghhh!
halamak deq!
hakak tark faham lew!

stress mak jemah tengok huruf "w" berderet2 di setiap perkataan.
eeiiwwww!

bukan apa, aku cuma risau kalau gaya penulisan tu terikut2 dalam pelajaran. sebagai contoh, aku. ehh kenapa aku? sebab aku sendiri dulu pun pernah terbuat silap!

zaman sekolah dulu, bila bercakap dengan rakan2, kitaorang suka mendoublekan sesuatu perkataan tu. senang cerita merosakkan grammar english ataupun arabic. contoh, *banyak plak contohnya

"nanti kita study together-gether" 
"joms play-play"

kejadian ni terjadi pada trial spm. dalam esei english tu, banyak perkataan yang aku dan kawan2 dah rosakkan. ehh, ini bukan sengaja tulis perkataan2 macam tu dalam exam tau. tapi sebenarnya, aku dah terikut-ikut. dah jadi tabiat dah. bila dah khusyuk sangat menulis, memang ke laut la tulisan tu. idea mencurah curah datang, so karang je la esei kan. dan pada pengakhiran exam, aku tak sempat nak cek balik ayat aku.

satu hari cikgu bagi result subjek english dalam kelas. markah kitaorang semua tak tinggi sangat dan berbakul-bakul leteran dari cikgu yang kami dapat. leteran apa? sekali cikgu basuh kitaorang pasal gaya tulisan tu. kitaorang dah rosakkan sesuatu bahasa. masalah besar bagi seorang calon spm kata cikgu. kaw kaw kitaorang satu kelas kena basuh. start dari hari tu, aku cuba elakkan guna sesuatu perkataan secara salah walaupun kadang dengan niat bergurau. takut terbawa-bawa dalam exam. kang free-free dapat markah rendah sebab tulisan tu.

pada adik2 sekalian yang mengaplikasikan gaya tulisan sedemikian, elok la berubah. tukar gaya tulisan awak. seeloknya guna tulisan yang senang difahami dan dibaca. tulis secara normal ye, baru senang orang berusia macam akak ni nak faham apa yang awak tulis.

*ai is dah tua ke nak faham tulisan adeq2 yang canggih manggih ni. bahasa semakphone awak jangan sesekali apply dalam exam yeww adeq2. terasa geli2 cenggituw bila baca.
mohon betulkan penulisan.



p/s: i want to touch a dog?
let us touch quran frequently first and let it touches the heart.

19 October 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.




Assalamualaikum w.b.t.





KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!



# support adik manis!

blogwalking bersama cikgu ayu




# support segmen cik ayu
# juz klik banner
# until 25 Oktober 2014
# drop your link untuk sy balas kunjungan
# tengah rajin nak blogwalking



11 October 2014

mummy hidayu punya soalan



haaa.
lagi entry yang diperam terlalu lama dalam draft!
tak tahu kenapa aku suka sangat peram entry lelama.
pekasam kalau diperam selama ni pun aku rasa dah boleh goreng dah.



liebster award lagi.
kali ni dari mak buyung hidayu.
ni soalan2 dari mummy MFZ.


1) Blog korang tentang apa?

-hurmm. personal kot. tapi idok le suka cerita pasal family terlalu kerap, seketul dua tu ada la. kadang lebih suka bercakap pasal isu semasa ataupun benda yang terjadi di sekeliling kita. tapi lately macam banyak duk join segmen je. dah lari dari tujuan asal. nak kena pulang ke pangkal jalan. ehh, panjang pulak jawabnya. 

2) Siapa pendorong dalam menghasilkan blog?

-sebenarnya, aku dah lama berblog. tapi pernah stop berblog kejap sebab busy teramat sepanjang belajar di uni dulu. rasanya takde orang khusus kot yang mendorong untuk berblog. ia lebih kepada suka2. nak polish bakat menulis. erkkk~

3) Apa pendapat korang tentang kawen muda?

-ehhh, dalam draft ada entry pasal ni! haha. nanti la lain kali publish. pada aku, takde masalahnya pun kalau kawen muda. lagi bagus apa, boleh elak benda2 yang kita semua taknak benda tu berlaku. contohnya gejala maksiat, kes pembuangan bayi etc.

4) Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?

-haha.hurmm. banyak kot rasanya. panjang nanti kalau tulis. salah satu pengalaman ada kat sini.

5) Bila last korang bersenam?

-petang tadi. jalan2 luar rumah sambil dukung anak buah. berjalan tu kiranya bersenam jugak kan? kikikiki

6) Ciri-ciri lelaki idaman.

-kalau boleh nak yang paling kacak.
body ketak2 macam fahrin ahmad.
yang suweet kencing manis.
yang tinggi bak darah tinggi.
hahaha. ini semua mengarut.

cukup la dia seorang yang beriman, yang mampu bimbing aku dan anak2 nanti ke jalan Allah. sebab aku tahu ilmu agama aku tak tinggi, jadi aku memerlukan orang yang tinggi agamanya untuk didik aku. dengan dunia yang kian mencabar ni, aku perlu orang sebegitu.  mafhum ayat quran, lelaki soleh untuk perempuan soleh. so, nak kena menyolehkan diri dulu la baru boleh demand nak macam tu. :)

7) Lebih suka shopping online ke mall?

-aku cukup susah kalau bab membeli barang. kadang masuk 5 biji kedai pun belum tentu aku beli something. memang agak selektif dalam membeli. aku lebih suka ke kedai sebab senang nak pilih apa yang aku nak. beli on9 susah, kadang tak dapat macam yang kita nak. size lari, warna tak sama dengan yang asal. rosak ke apa. 

8) Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tepat kerja or kawan sekampung?

-aku jenis friendly. dengan siapa2 pun aku rapat. sekolah, kolej sume ramai. kawan sekampung je takde. hehehe. sebab aku dari kecik duk membesarkan kat bandar walaupun rumah kat kampung. sekolah rendah, sekolah menengah sume kat bandar. keluar rumah pagi, balik pun dah pukul 6. weekend tuisyen plak. sambung belajar pun luar kelantan. memang takdenya nak kenal orang kampung.

9) Jenis banyak mulut atau suka buat hal sendiri?

-seorang yang mulut becok. kalau dah bercakap susah nak berhenti. dengan orang2 tua pun aku layan je borak haa. sama jugak macam menulis, bila dah tulis takleh tulis pendek2. sebagai contoh entry ni, panjang2 aku tulis. padahal boleh je tulis pendek, jawab soalan tu terus. tapi gaya aku jawab dah macam buat esei. ada isi pastu buat huraian then bagi pulak contoh. 

10) keluar gathering tapi masing2 ngadap fon.

-kalau cenggini jangan ajak aku keluar lagi. geram betul perangai macam ni. rasa macam nak hempuk je siapa2 yang busy duk pegang phone bila gather. sama jugak bila kita duk dalam 1 majlis yang mana ada orang tua dalam majlis tu ataupun family2 duk berkumpul, tolong hormat yang lain. simpan la kejap phone tu. tau la phone canggih manggih memasing. at least tolong respect orang tua atau orang2 sekeliling.

11) Pendapat dan kata2 perangsang

-teruskan berblogging dengan cara kita sendiri. setiap orang tak sama. ada sesetengah yang suka berkongsi aktiviti harian dia dengan yang lain. so, dia jadikan blog sebagai diari. ada sesetengah pula kurang gemar berkongsi aktiviti harian, tapi dia memilih untuk berkongsi sesuatu yang mana mendatang kebaikan ataupun info2 yang berfaedah. so, just be urself. post apa yang kita suka. 



yeayyy! dah habis jawab soalan kakak ipar aku. dah macam esei pulak. selamat membaca. kikiki. nanti jumpa kat kampung!



-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign