farhana mohamad: April 2015

10 April 2015

Bukan Kerana Rupa


Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai.

“Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?”

Dia tersentak. Mungkin soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

“Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.”

Aku berkerut kening.

“Maksud abang?”

Dia tergelak.

“Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.

Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari.

Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang.

Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa.

Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau.

Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa. Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang. Apa lagi yang tak cukup?”

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

“Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas. Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.”

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.


Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati.


Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

 




p/s: deep!
aku memang suka baca nukilan mahupun karya-karya rusydi ni.
sangat sentap iman.
rasa macam kena hiris-hiris je hati bila baca nukilan beliau.
cari fb beliau okeh!
Muhammad Rusydi ataupun Syabab Musafir Kasih.
lukisan dan nukilan beliau sangat ohsem!

06 April 2015

#BloggerTalk:10 Fakta Menarik Tentang Saya


Assalamualaikum wbt.

hokkey, entry autopublish.
lately memang semuanya autopublish.
takde nya live update ke apa, takdan nak ngadap laptop dah sekarang ni.
bertungkus lumus langsaikan hutang ni bila ada yang bising.   =D

1) nama penuh Nur Farhana Mohamad. 
boleh je panggil pape pun, tak kisah.

2) Anak kelahiran Kelantan.
this is pantai timur!
jangan kutuk kelantan selagi tak jejak ke negeri ni.

3) baru menginjak ke usia 25 tahun.
rasa tua dah.
ilmu tak banyak, amal pun kurang, 
tapi seakan akan kubur dah memanggil.

4) status?
kihkih. tunangan orang.
bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi.
ok, tu salah satu sebab blog aku terabai.

5) seorang yang sensitif.
jangan sentuh sebarang hal berkaitan family.
sangat pantang.

6) suka debate.
aku cukup suka dengar debat dan menyertai debat dan semua-semua yang berkaitan dengan debat. debat ni makanan aku. since di universiti dulu memang aku tak pernah ketinggalan sebarang program debat.

7) kurang gemar bergambar.
aku tak pandai nak posing kanan, posing kiri. 
muncung mulut pastu hastage #mukabarubanguntido #mukamintaklempang #mukasenyumtakikhlas.
serius aku tak faham. tambah-tambah bila melihat semakin ramai perempuan muda mudi, anak dara, mak dara, posing macam-macam. posing gini then lelaki like, posing gitu then lelaki komen.
suka ke?
 cuba jadi mahal ok.   :) 

8) tempat yang aku nak sangat2 jejak kaki adalah Tanah Suci. 
dah pernah g sana, tapi belum puas.
semoga aku diberi kesempatan untuk ke sana lagi.
rindu nak tatap kiblat aku, rindu pada kubah hijau tu, 
nak minum air zam zam puas-puas.
since dari aku kecil, memang itu je tempat yang aku nak g sangat-sangat.

9) tak suka perokok.
cukup tak suka. 
asap rokok tu sangat menyusahkan aku untuk bernafas.
aku sayang diri aku, so aku cuba avoidkan dari berada berdekatan dengan perokok.

10) lastly, aku cukup pantang bilamana melihat kaum adam masih berkeliaran di merata tempat ketika time solat. khususnya ketika solat jumaat. hilang respect pada lelaki-lelaki berkenaan. cuba ubah sikap dan cuba tingkatkan ilmu agama. sebab kamu bakal jadi pemimpin, pemimpin buat isteri dan anak-anak kamu kelak. macam mana nak jaga family kalau kamu sebagai ketua keluarga pun terumbang ambing. 

kamu-kamu sungguh ohsem bila iman didadamu sado! 

03 April 2015

The amazing to be a teacher



 "Seorang doktor tidak boleh menjadikan pesakitnya seorang doktor. Seorang peguam tidak mampu menjadikan kliennya sebagai seorang peguam, seorang polis tidak mampu menjadikan penjenayah sebagai seorang pembenteras jenayah sepertinya. Walhal, seorang guru mampu memotivasikan pelajarnya menjadi seperti sesiapapun."
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign