farhana mohamad: January 2011

Pages

08 January 2011

Program Liqa' 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayah serta taufiq dan limpah kurniaNya kerana kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman & Islam. Di sini, kami ingin menyampaikan satu berita gembira buat semua warga Universiti Sains Islam Malaysia yang sering mendambakan program tarbiah di kampus tercinta, bahawasanya satu program Pembinaan Insaniah Pelajar akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada Semester baru ini.


Program yang bercirikan Muzakarah berkelompok dan Mentor-mentee ini diberi nama Program Liqo' bertujuan untuk membantu pelajar ke arah mencapai pembangunan yang seimbang antara material dan kerohanian. Seterusnya melahirkan warga pelajar yang bersifat al-Abrar, iaitu manusia yang sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain daripada Allah SWT.

OBJEKTIF
Antara objektif pelaksaanan yang ingin dicapai:
Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri,kepimpinan, dan pengurusan.
Membantu pelajar membentuk pandangan alam yang selari dengan Islam.
Membantu pelajar untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari
Modul ini menjadi ruang untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pelajar USIM seterusnya mengukuhkan jalinan dengan USIM biarpun selepas bergelar alumni.
Membentuk pemikiran pelajar yang global dan prihatin.


RAIS/RAISAH & MENTOR-MENTEE
Program ini akan dikendalikan oleh Mentor-mentor yang diberi gelaran (Rais/raisah) dalam kalangan pelajar senior Tahun 2 ke atas dan pihak HEP USIM telah pun memutuskan untuk mewajibkan ke semua Pelajar Tahun 1 yang menuntut di Kampus Induk USIM di Nilai untuk menjadi mentee bagi program ini.

PERLAKSANAAN
Diwajibkan kepada semua Pelajar TAHUN 1 ambilan (2010/11).
Modul perlaksanaan Program MODUL PEMBANGUNAN INSANIAH PELAJAR MUSLIM telah disusun oleh Ustaz Radhi Ibrahim, Pensyarah FKP juga Pegawai Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM.
Manakala waktu perlaksanaan yang ditetapkan ialah pada setiap hari Rabu, setiap minggu. Bermula dari selepas Waktu Maghrib sehingga Waktu Isyak namun, masa tersebut boleh berubah bergantung pada setiap kumpulan Liqo' tersebut.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI
-Tarbiah dan ilmu dunia akhirat.. insyaAllah..
-Peserta(tahun 1) diberi sijil penyertaan bagi mereka yang lulus di dalam penilaian.
-Rais/raisah diberi Sijil penghargaan

PENYERTAAN MASIH TERBUKA!!

Penyertaan masih terbuka kepada semua mahasiswa/i USIM Tahun 2 ke atas yang berminat untuk menjadi Rais/Raisah (Mentor) sehingga hari SELASA (4 JANUARI 2010).
Sila hantarkan: NAMA/FAKULTI/NO.MATRIK/IC/NO TELEFON kepada:

Saudara HALIM: 0134013296
Saudari HIDAYAH MAHADON:0136444768


PROGRAM TERDEKAT!!!

-Sesi Training of Trainer akan diberikan kepada rais dan raisah dengan sasaran seramai 250 orang.
-Training of Trainer akan diadakan kepada bakal mentor bagi menyelaraskan perlaksanaan modul ILQO' yang akan dikendalikan.
-TOT akan diadakan pada:

HARI: RABU (5 JANUARI 2010)
MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang

Ayuh semua PENDAKWAH MUDA, Ayuh sertai sebagai RAIS/RAISAH... islah nafsak wad'u ghoirak!

"PROAKTIF DALAM MEMBERI"


Oleh,

Mohd Farid Hadhari Mahamed Rusdi
Exco Dakwah & Khidmat Masyarakat SPMM

::permulaan sem 4::


Salam mujahadah.. agak lama ana menyepi dari alam maya ini rasanya (lama ke..? urm~)..

Terlalu banyak benda yang ingin ana coretkan, sampaikan xtau nak post pasal ape. Almost 50 articlesdalam inbox, tapi ana x berkesempatan untuk menge'post' article2 tersebut. Separuh artikel hasil nukilan ana sendiri, dan ada juga artikel2 yang ana perolehi dari sumber2 yang lain.

Sekarang ana berada di sem 4 sarjana muda fiqh fatwa a.k.a syariah law. Urm~ new sem! New esprit! Sahabat2 bertanya, apa azam ana untuk tahun ni..?

ana membalas, ana berazam untuk tidak lagi berazam sehingga ana merealisasikan azam2 ana yang lepas..!

sahabat mula mengerutkan dahi lalu tersenyum. Jauh di sudut hati ana, ‘’salah ke apa yang ana cakap..? ‘’ tanpa sedar, ana mengukir senyuman.

Rindu untuk bertemu sahabat2 yang sudah 3 minggu x berjumpe. Hari pertama permulaan sem kami dikejutkan dengan jadual harian yang agak padat. Teman2 juga sibuk bertanyakan elektif masing2. Alhamdulillah, ana dapat undang perlembagaan dan undang2 pentadbiran a.k.a civil law. Elektif ni pilihan pertama ana, alhamdulillah.

Majoriti teman2 sekuliah amat teruja untuk belajar sem ni. Antum nak tahu kenapa..? coz untuk sem ni ada satu madah yang amat dinanti2kan teman2 ana. Fiqh Munakahat! Semua excited. Dan lecture first kami adalah fiqh munakahat! ;P

Perasaan kami bercampur baur coz kami xtau siapa yang bakal mengajar kami. Menurut senior2 yang lepas, Ustaz Lutfi yang mengajar madah ni. Umum da tau cara Ustaz Lutfi mengajar berdasarkan subjek Fatwa yang kami ambil semasa sem 1. Seram sejuk! Cuak setiap kali kelas bermula.

Satu sorakan bergema didalam DKF 1.1 apabila ustaz kesayangan ramai menjejakkan kaki dalam lecture hall. Siapa dia..? Ustaz Irwan la~ Ustaz Irwan mengajar kami untuk madah Mabahith Hukum bagi sem lepas. Ustaz Irwan adalah pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang2. Kami cukup teruja dan masing2 tersenyum termasuk ustaz. ''macam pernah ku lihat muka2 ini..'' luah ustaz irwan. Ustaz memang seorang yang sempoi, teknik pengajaran beliau juga sedikit berbeza dari lecturer2 yang lain. Ustaz memulakan lecture dengan pengenalan kepada fiqh munakahat setelah berbicara tentang madah sem lepas kami untuk sekejap waktu.

Minggu pertama sem 4 ini juga, ana terpilih sebagai raisah untuk Program Liqa' 2011. Program ini anjuran MPP, JAKSA, dan juga SPMM. Yang peliknya, ana x pernah menganggotai ketiga2 badan tersebut, macam mana pula ana terpilih. Musykil juga, tapi ana akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan walaupun asyik terfikir layakkah aku untuk menjadi seorang dae’i. Insyaallah, minggu depan akan bermula liqa’ bersama student2 tahun satu bertempat di KK1.

Insyaallah, 21-23 januari 2011 ana dan sahabat lama ana di MMP akan terlibat dengan Kem Res-Q anjuran ABIM. 16 januari akan diadakan induksi di UIA. Penglibatan ana dalam 2 program ini menyebabkan ana terpaksa menarik diri dari Festival dan Kejohanan Pencak Silat Taming Sari iii UKM 2011. Agak terkilan coz, game ni lah yang ana nanti2kan sebelum ni dari bulan oktober lagi. Sangat sedih coz terpaksa melepaskan peluang kali ni.


Asif sangat2 en. Syairazi a.k.a pengurus pencak silat USIM, abang ismail sahizam a.k.a coach kami, abang din, abang pha, abang fikeri, abang nizam, kak liza, farah dan semua adik2 beradik pencak silat ana. Abang mail, abang nizam, abang fikeri dan kak liza adalah orang yang paling banyak memberikan ana semangat untuk mewakili USIM dalam kejohanan kali ni. Tapi, program lain lebih memerlukan komitmen ana. Sepanjang cuti yang lepas, ana memang x sabar menantikan detik 10 januari 2011, detik untuk meneruskan delegasi persilatan ana. Terpaksa lupakan silat untuk sementara waktu~

Anak gajah, mattress, tendangan sisi, sapuan etc~ silat silat silat~ T_T

::lupakan, lupakan, lupakan silat untuk sementara waktu::

next, Training of Trainer atau nama singkatan TOT on 5 january 2011~

Taklimat dan pembentangan program telah berlangsung di DKP3 dan disampaikan oleh Dr Mohd Radhi Ibrahim, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) yang juga Pegawai SPMM USIM dan Pn Masni Md Hasim, Pegawai Psikologi HEP.


p/s: x sabar untuk berliqa'. x dapat meneruskan post, rindu nak tendang anak gajah.. T_T

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign