farhana mohamad: Program Liqa' 2011

08 January 2011

Program Liqa' 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan hidayah serta taufiq dan limpah kurniaNya kerana kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat Iman & Islam. Di sini, kami ingin menyampaikan satu berita gembira buat semua warga Universiti Sains Islam Malaysia yang sering mendambakan program tarbiah di kampus tercinta, bahawasanya satu program Pembinaan Insaniah Pelajar akan diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia bermula pada Semester baru ini.


Program yang bercirikan Muzakarah berkelompok dan Mentor-mentee ini diberi nama Program Liqo' bertujuan untuk membantu pelajar ke arah mencapai pembangunan yang seimbang antara material dan kerohanian. Seterusnya melahirkan warga pelajar yang bersifat al-Abrar, iaitu manusia yang sentiasa melakukan kebaikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain daripada Allah SWT.

OBJEKTIF
Antara objektif pelaksaanan yang ingin dicapai:
Membantu pelajar untuk membina keyakinan diri,kepimpinan, dan pengurusan.
Membantu pelajar membentuk pandangan alam yang selari dengan Islam.
Membantu pelajar untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari
Modul ini menjadi ruang untuk merapatkan ukhuwah dikalangan pelajar USIM seterusnya mengukuhkan jalinan dengan USIM biarpun selepas bergelar alumni.
Membentuk pemikiran pelajar yang global dan prihatin.


RAIS/RAISAH & MENTOR-MENTEE
Program ini akan dikendalikan oleh Mentor-mentor yang diberi gelaran (Rais/raisah) dalam kalangan pelajar senior Tahun 2 ke atas dan pihak HEP USIM telah pun memutuskan untuk mewajibkan ke semua Pelajar Tahun 1 yang menuntut di Kampus Induk USIM di Nilai untuk menjadi mentee bagi program ini.

PERLAKSANAAN
Diwajibkan kepada semua Pelajar TAHUN 1 ambilan (2010/11).
Modul perlaksanaan Program MODUL PEMBANGUNAN INSANIAH PELAJAR MUSLIM telah disusun oleh Ustaz Radhi Ibrahim, Pensyarah FKP juga Pegawai Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM.
Manakala waktu perlaksanaan yang ditetapkan ialah pada setiap hari Rabu, setiap minggu. Bermula dari selepas Waktu Maghrib sehingga Waktu Isyak namun, masa tersebut boleh berubah bergantung pada setiap kumpulan Liqo' tersebut.

FAEDAH YANG DIPEROLEHI
-Tarbiah dan ilmu dunia akhirat.. insyaAllah..
-Peserta(tahun 1) diberi sijil penyertaan bagi mereka yang lulus di dalam penilaian.
-Rais/raisah diberi Sijil penghargaan

PENYERTAAN MASIH TERBUKA!!

Penyertaan masih terbuka kepada semua mahasiswa/i USIM Tahun 2 ke atas yang berminat untuk menjadi Rais/Raisah (Mentor) sehingga hari SELASA (4 JANUARI 2010).
Sila hantarkan: NAMA/FAKULTI/NO.MATRIK/IC/NO TELEFON kepada:

Saudara HALIM: 0134013296
Saudari HIDAYAH MAHADON:0136444768


PROGRAM TERDEKAT!!!

-Sesi Training of Trainer akan diberikan kepada rais dan raisah dengan sasaran seramai 250 orang.
-Training of Trainer akan diadakan kepada bakal mentor bagi menyelaraskan perlaksanaan modul ILQO' yang akan dikendalikan.
-TOT akan diadakan pada:

HARI: RABU (5 JANUARI 2010)
MASA: 8.00 pagi - 5.00 petang

Ayuh semua PENDAKWAH MUDA, Ayuh sertai sebagai RAIS/RAISAH... islah nafsak wad'u ghoirak!

"PROAKTIF DALAM MEMBERI"


Oleh,

Mohd Farid Hadhari Mahamed Rusdi
Exco Dakwah & Khidmat Masyarakat SPMM

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign