farhana mohamad: December 2009

Pages

25 December 2009

memory~

salam mujahadah..

Salam sejahtera, salam khidmat Negara..

Da lme ana x mencoret ssuatu dlm laman sesawang ni. Semenjak cuti sem bermula, kemalasan menerjah ke dlm diri ana lantas mmbantutkn peng”update”an laman ini.. p/s: btul ke imbuhan ni..? perosak bahasa btul.. ishh3

begitu cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik, kta da berada di pengakhiran thun 2009. Thun baru islam juga bru sje berlalu beberape hari.. urm~ di saat pengakhiran tahun ni mmbuatkn ana mngimbau kenangan dua thun lpas d saat ana menerima surat drp jabatan khidmat Negara. Yeahh,, I’m 1 of d trainee’s of national service.. ana begitu gembira setelah mendapat surat, itu lah surat y d nnti2 stelah berakhirnya sijil pelajaran malaysia.

Actually, hasrat untuk menyertai plkn telah lama bersarang di lubuk hati ana iaitu semenjak program ini dilancarkan pada tahun 2005. Ana pun x tau dri mana datang nyer semangat untuk menyertai program ni. Ana pernah menyuarakan hasrat kpd umi dan abah utk menyertai program ni malah hasrat ini juga ana kongsikan bersama kawan2 skolah. “If I’m not listed, I’ll be volunteer for this programme” this is my word to them. Family and all my friend terkejut mendengar hasrat ana, bermacam2 pandangan dihuraikn di saat ana dan kawan2 berborak mengenai plkn. Most of them only see d bad site of this programme, I’m really disappointed with them. They should support me!

Pertengahan thun 2007, iaitu d saat berlangsungnya trial spm, ana dan kawan2 sibuk memeriksa nama melalui system pesanan ringkas mengenai pemilihan plkn. Bermacam2 doa kawan2 ana baca agar diri mereka x t’pilih sbgai pelatih plkn. “Alhamdulillah, ana terpilih!” Itulh perkataan yg terpancul keluar selepas mengetahui kputusan pemilihan. Syukur x terkira ketika itu, kawan2 tidak terkejut stelah perkataan itu keluar dri mulut becok ana. “Alhamdulillah, ana x terpilih!” Itu yg keluar dri mulut kawan2 ana. Husna dan masliza, itu antara teman rapat ana yg turut terlibat dgn program ni, hanya kami bertiga. Mereka menangis stelah mengetahui pemilihan proram tersebut. Mereka nekad utk mengambil STAM ( stam stand for..? forgot d long name..) supaya dapat skip plkn. Geli hati dengan sikap dua sahabat ana ni, dieorg sanggup buat apa sja asalkn dieorg x perlu join plkn walaupun dieorg xnk amek stam pada awalnya. Masliza begitu gembira setelah keluarga menyokong tindakannya utk menduduki stam dan x menyertai plkn, berlainan pula bagi husna. Keluarga x membenarkannya menduduki stam dan menyuruhnya menyertai plkn cz bimbang tindakan yg akan dikenakn akibat x menyertai plkn ( rm300 dan penjara 3 bulan..). pity on them, they looks very sad thinking bout this prgramme. I told them to focussing on spm first and forget bout d prgramme.

Ana khabarkan berita gembira ni kpd umi dan abah. They very shocked and think dat I apply to government to join this programme (nonsense..T_T). I’m telling them d truth and they believed me. Besides that, they give me support to join d programme (thnx umi n abah..). now focusing on spm k! (my oldest bro said..huhu..). okey, whatever la bro! =P

2 weeks before spm, we’ll check for d venue. i’ve got kem plkn UUM Sintok, kedah as my place due to dat prgramme. Husna at Pulau Langkawi while masliza juz in Kelantan at Kuala Krai if I’m not mistaken. Pokman (bapa spupu ana) at Mantin, n9. Dua pupu ana, syamimi got UUM also! U’ll be my friend there.. Really excited and also really scared bcoz spm juz around d corner.

One week after finish up my spm, I got d letter. Read it carefully and do d list what should I do before going to d programme. going to private hospital to do medical check up and going to mall to buy little bit stuff. Paling tension sekali time buka akaun bank pertanian Malaysia, prosedur amat2 leceh sekali, kakitangan bank banyak borak drp keje wlupun ramai giler orang time tu. Mana tak nyer, sume pelatih plkn kena buka akaun bank pertanian cz elaun kitaorg akn di msukkn. ( lapor kt tribunal bru tau!). 2 days before, I packed all d things. Not much to bring, juz telekung, clothes, sport shoes, etc. Actually, a lot of things have been provided there such as 2 towel, sport shoes, 2 shirt, 2 uniform for class activity, 2 uniform loreng, etc.

Hari yg di nanti2 sudah tiba, 29 december 2007, kami sekeluarga menuju ke padang berdekatan perumahan polis yg terletak di pengkalan chepa. Di situ lh semua bakal pelatih plkn dikehendaki berkumpul. Agak ramai orang di situ, jenuh kami mencari bus. Lepas tu kena beratur lak untuk sesi pendaftaran (x suke time ni, terpaksa berasak2 dan berlaku banyak persentuhan dengan lelaki). Pelbagai bauan dapat di hidu, bau asap rokok, asap bus, perfume..naik pening kepala ana. Ana dapat bus uum (bus yg bergerak dlm uum). Bus baru! Suka2… hehe… sebenar nyer ana da lama x naik bus, last naik bus time standard 1. (sekarang hari2 naik bus semenjak duk usim). perjalanan mengambil masa selama 8 jam, agak boring berada di dalam perut bus tersebut. nasib baik org kt sebelah anak kawan abah, boleh la hilangkn boring.
tangan ana da kebas, ana sambung len kali k... nanti ana ceritakn pengalaman ana sepanjang bergelar pelatih plkn di sana.

17 December 2009

no wonder..

salam mujahadah..

kli ni ana xnk tulis pape.. juz nk post gmbar time raye eid'adha...


~abah n umi~
~my sibling~

~hero~

~heroin~

~ank umi~

~1st son n 1st daughter~

~wif great naughty couple of my little~

~lotus n si capik~

14 December 2009

buat muslimah

Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang kurang cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan. Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya? Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Asal manusia dari setitis mani yang hina. Sehina itulah pula dirimu wahai wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan. Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran:
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl:53.....

~iluvislam~
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign