farhana mohamad: June 2009

Pages

11 June 2009

ikan keli yang diberi makan najis

keluarga ana menternak ikan keli kt kawasan umah ni... da hampir setahun abah menternak ikan keli... pd satu petang,, ana borak ngn abah.. ana mmg cmni,, pot pet pot pet.. xleh duk diam... so, nak x nk,, terpaksa le abah layan anak pmpn sulung die... ntah cmne bleh kuar psal ni,, so ana rse cm nk share hukum bgi ikan keli yg diberi makan najis ni...

Perbuatan tu bercanggah dengan Syariat Islam kerana Rasulullah s.a.w. menegah orang Islam memakan daging binatang yang memakan najis atau diberikan makan najis... ana teringat kisah Ibnu 'Umar r.a... Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan:

نَهَى رَسُوْلُ اللهِ عَنِ الْجَلَّاْلَةِ وَ أَلْبَاْنِهَاْ

“Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( iaitu binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”.
(Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi)
Maksud al-Jallalah dalam hadis di atas menurut ulamak ialah: “Haiwan yang suka memakan benda kotor dan najis sama ada haiwan tersebut lembu, unta, kambing atau burung/ayam”. (Subulussalam, Imam as-Son’ani, jil. 4, hlm. 102).

Bagi sebahagian ulamak, larangan dalam hadis di atas adalah larangan makruh sahaja iaitu digalakkan agar tidak memakannya. Namun ada ulamak yang berpandangan larangan tersebut memberi makna pengharaman: means diharamkan memakan haiwan yang suka memakan najis atau diternak dengan diberi makan najis. Antara yang mengharamkaannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Menurut Imam Ahmad: haram memakan daging dan susunya hinggalah ditahan dan diberi makan (makanan suci) selama 40 hari.

Daging haiwan al-Jallalah tersebut tidak akan menjadi bersih atau suci dengan membasuhnya sahaja atau dengan memasaknya atau dengan dicampur rempah-ratus supaya hilang bau najis atau bau busuknya. Akan tetapi ia hendaklah ditahan selama beberapa hari (dengan diberi makanan yang suci) sebelum disembelih. Hanya dengan menahannya barulah hukum makruh atau hukum haram tadi akan terangkat.

urm~ Berapa lamakah penahanan tersebut perlu dilakukan? Dalam mazhab Syafi’ie, tidak ada tempoh khusus bagi penahanan tersebut. Yang perlu ialah ia ditahan sehingga diyakini hilang najis atau bau najis dari dagingnya. Menurut pendapat Ibnu Umar r.a.; “Hendaklah ditahan dan diberi makan makanan yang suci; jika unta selama 40 hari, jika kambing selama 7 hari dan jika ayam selama 3 hari”.

Selain haiwan, adakalanya tumbuh-tumbuhan juga disirami atau dibajai dengan najis. Jadi apa hukumnya memakan buah atau tumbuhan yang disuburkan dengan najis itu? Hukumnya menurut mazhab Syafi’ie adalah halal memakannya. Namun dalam pada itu makruh hukumnya jika nyata bau najis padanya. Menurut Imam Ahmad; diharamkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang disiram dengan air najis.



p/s: keluarga ana x pernah bgi ikan keli makan najis tau...huhuhu

10 June 2009

hantu cina!??

pd suatu hari,, sang kancil dan sang harimau berjalan2.... ngeh~~ mengarut je la... sebenarnya cmni,, td time ana tgh on9,, adik perempuan ana ajak p dapur... urm~~ die suruh ana temankan die makan je,, bukan ajak ana makan pun... huhu... then,, ana rasa cm ditarik sesuatu,, naluri ana mmg tepat... sesungguhnya laptop menarik ana supaya terus on9!! hahaha...

ana cakap kt adik,, p le makan sorang2 kt dapur,, bukannya da hantu pun siang2 hari cmni... die tetap x puas hati ngn ana... terus je pujuk ana teman die makan... maihhhh,, tension btul ngn budak ni... tp ana wt x peduli je...(bertuah btul akak sorg ni! terukkn ana??)

x lama kemudian,, ana dikejutkn dgn satu jeritan... bunyi ape tu!?? bunyi die cmni... "hantu cine mai le dapur!! teman org makan jap!" waaaa,, hantu cine maa! nk tau something x?? ana le hantu cine tu... wahhh,, adik ana panggil ana hantu cine! bagus nyer adik... ni msti kes bengang giler coz ana xnk teman die sampaikn die panggil ana cmtu...


ni le budak yg panggil ana hantu cine

amboi,, mentang2 le mataku sdkt sepet,, terus je panggil cine... da le last week panggil ana "budak jepun"... ( walaupun ana x suke jepun dan korea)

urm~ that's all..nk cite kejadian td je.. bkan cite hantu pun..hohoho~

08 June 2009

hari terbuka AMAL

urm~~
pd 5 & 6 jun lalu,, hari terbuka amal tlah diadakn kt mml... bnyk program menarik spnjang hari terbuka tu.. mjlis perasmian diadakn pd mlm 5 jun berserta konsert kumpulan unic..pd keesokkan hari plak,, da family day amal utk smua batch... unic pun turut serta ari tu... da bnyk game antaranya futsal, sukaneka dan sebagai nyer.. sebenarnya ana nk gtau,, ana x g pun hari terbuka amal tu... sedih nyer... bnyk agenda ari tu....huhuhuhuhu

05 June 2009

banyaknya undangan mjlis kahwin

urm~~
bnyknya undangan majlis perkahwinan yg ana terima...
bleh dikatakn setiap hari da je majlis,, x larat nk makan rsenya... tp best gak,, x payah masak kt umah...ngeh~~ teruk btul ana... ari ni jiran depan umah ana khwin,, besar le jgak mjlisnya,, halaman umah ana da penuh ngn kereta...

oppsss,, su nk dtg ari ni,, si debab mnta sruh msak ayam percik dan murtabak diraja... nk dtg bru nk order,, aduhai si debab.... pe ag,, ana pun sruh abang e g beli ayam percik dan murtabak tu,, nk msak da x sempat... huhuhu... cian abg e jdi mangsa ana plak,, tp xpe,, abg e bkannya jenis berkira orgnya...hehehehe...

berbalik pd tjuk asal,, esk sahabat lme ana khwin,, sahabat time skol menengah dlu... skol kesayangan ana.. mmp... pe yg mnarik kt sni,, sahabat ana tu akan khwin ngn ustaz.. klu nk tau,, ustaz tu mngajar ktorg a.k.a ustaz mmp jgak... hehehehe.. rse cm x percaya je bile kwn ana gtau nk khwin,, ana tnya ngn spe,, die juz melontarkn senyuman je,, xnk gtau plak spe gerangannya... then die bgi kad jemputan colour hijau ag... terkejut gler bile tgk nme si pengantin lelaki.. tuttt,, haaaa! ustaz...

sblum ni ana da dgr gosip mngatakan kwn ana dan ustaz ana ni bertunang,, tp ana wt x endah je,, x tau sejauh mna kebenaran gosip tu... wahhh,, ustaz pun x terlepas dri gosip... ni le keje bdak2 mmp... gosip je manjang...

btw,, selamat pengantin baru wt aeisyah zamleha dan ustaz akmanizam... semoga berkekalan hgga ke akhir hayat... to aeisyah: jadilah isteri yg solehah buat suamimu dan jadilah ibu mithali buat anak2mu kelak...

p/s: waaaaaaa,, nk kahwin jgak!! tp lpas degree le.. bkan skrg... kejar cita2 dlu bru kejar cinta... urm~~ hantaran berapa? mas khwin?? jemputan??? alahhh,, x pyah fikir ag la...wee~~~

silat oh silat...

assalamualaikum...

rindunya kt sahabat2,, lme da x jumpa...
sdg ana leka dgn ikan2 keli peliharaan, ana dikejutkn dgn bunyi handphone yg mnandakn da msej msuk,

owh,, msej tu dri shbt ana yg tggal d rawang, ain hazram nmenya... masing2 b'tnyakn khbr, entah mcm mna bleh kuar psal silat.. urm~~ da sbulan tggal silat,, alahai,, rndunya... ain merupakan wakil silat usim dlm pertandingan masum (pertandingan antara universiti) utk jurus wajib wanita... dibawah pimpinan couch kesayangan ktorg abang mail dan abang man... ngeh~~ wakil silat usim dpt 2 perak 6 gangsa.. fuhh~ bangga2...

klu diikutkn perancangan awal,, ana dan ain diminta utk wt tempur,, tp ditangguhkn cz ain kna bljr jurus wajib.. ana plak bljr olahraga a.k.a anak penyu bersma dyah dan kinah (adik beradik sepenyu ana) .. bdak2 tamhidi yg join silat time tu 9 org je termasuk ana.. abe thaqif dan afdzal wt tempur,, jah, ain dan nabila wt jurus wajib dan si tqah wt jurus tunggal a.k.a si galah pnjang... ain gtau ana,, kak shima mnta ktorg wt tempur utk sem dpan... suka bercampur sedih ana dgr perkhabaran tu.. ana bru je jtuh hati ngn olahraga,, x mahir pun ag utk olahraga,, tup2,, sem dpan ana kna wt tempur plak... huhuhuhu... tp xpe,, asalkn nmenya silat,, ana akan bljr smua bab... chaiyok!!



p/s: fuhhh,, x sabar nk pegang parang dan keris utk tempur...

04 June 2009

peringatan imam al-ghazali

Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya

dapat memelihara diri kita dari kemurkaan Allah.


1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah diderhakai di muka bumi.


2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar, walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka

lakukan. Ini semua akan merosakkan agama. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian

mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka. Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya, adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?


Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan." Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah di sana.


wassalam

lepas rindu..

urm~~ penat nyer...

tadi lpas hntar adik kt stsn langgar,, abah gtau nk g umah atuk kt pasir mas...
happy giler,, lme x jmpa atuk dan nenek.. cmne keadaan dieorg ea!?

smpai je umah atuk,, ana terkejut bile tgk van mak sdara kesayangn ana da kt bwah porch,, yahooo,, su balik!! tu lah perkataan pertama yg terpacul keluar dri mulut ana... owh,, su blik x gtau anak buah yg sorg ni,, smpai hati ea... xpe2... lme gak duk umah atuk,, maklum le lme x jmpa ngn mak sdara ana sorg ni. mcm2 citer kitorg borak... dri utara ke selatan,, dri timur ke barat.... fuhhh,, mcm2 topik kuar... ditambah plak ngn mulut becok ana ni,, skali berbunyi ssah nk diam...mgkin ana ank sdara yg paling kepoh... pot pet pot pet spanjang masa....huhuhuhu

time cuti cmni le dpt lepak lme2 ngn su,, klu x sbuk je manjang kt kl tu... nk g lepak umah su lme2 pun xleh,, dek lantaran tanggungjawab ana sbgai plajar yg ana pikul. skali skala ana turun gak kl,, g umah su. boleh release tension layan bdak2 empat org tu... spe bdak2 yg ana mksudkn tu?? spe ag klu bkan mamat, debab, mirah dan bdak kecik a.k.a ank su....hehehehe

hmpir tgh mlm,, abah ajk blik. abah da mngantuk yg amat sgt da... mna x nyer,, abah smpai umah dri terengganu pun da tghari,, abg azhar a.k.a tok bomoh ckap abah x tdo pun smlm,, khusyuk sgt keje. si abg azhar ni plak dgn bangga nyer die gtau die sempat curi2 kuar p tdo... bertuah btul... da le tggal abah sorg tuk keje.. klu le electrik time tu black out cmne? penat abah dibuat nyer...

btw,, ana happy sgt su blik klntn... lme x jmpa ngn su n family... rndu dihati makin menebal...hehehe

p/s: nnt su dtg umah ea before blik kl!!!

02 June 2009

Bidadari Syurga

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tersebut).


Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


ana nk share satu cerita tpi ana x ingt sumber cerita ni... asif jiddan...


'Ainul Mardhiah (mata yg di redhai) merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Pada suatu pagi dalam bulan puasa ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan pergi.


Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah.. lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia...


di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya, ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,.....


lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.


Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

subhanallah...

wasiat Iman Hassan al-Banna

Assalamualaikum...

alhamdulillah...

akhirnya sempat gak ana habiskn buku 111 wasiat Rasulullah S.A.W untuk wanita solehah. rasa insaf je bile bce... huhu...

urm~ tiba2 je ana teringat wasiat Imam Hassan al-Banna, antaranya:
• Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
• Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah perkara yang sia-sia, malah menyakiti hati orang.
• Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan yang memberi kebajikan.
• Berkenal-kenalan dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
• Kewajipan lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.Oleh itu, gunakan masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskan pelaksanaannya.

ana juz senaraikn bberapa wasiat yg terlintas di fikiran, xnk explain pnjg2 kt sni, nnt x terbaca plak. setiap manusia da kelebihan dan kekurangan masing2. sebagai insan yg serba kekurangan, kita terlalu leka dgn duniawi, x semua wasiat yg ana senaraikn diatas kita ikut, begitu jgak ana. sama2 lah kita baiki diri agar menjadi insan yg berguna dan sempurna.

wssalam

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign