farhana mohamad: August 2014

31 August 2014

Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP


dah lama tengok kawan2 yang lain join segmen ni. 
tiba2 pulak rasa nak join sama.
bila tengok senarai peserta, baru dapat tau negeri masing2.
"owhh, dia asal negeri ni', ''ehh, orang sini rupanya"
cenggitu la reaksi aku mula2 tengok senarai peserta.
excited pulak dapat tau negeri teman2 yang lain.

# juz klik banner siapa2 yang nak join.

dan aku, 
owhhh yeahh!
ambo oghe kelate!
anok sejati kelate!
penyokong kuat trw!
tanpa budu makanku tidak berselera!
haha


ehh ehh 
korang asal mana?   =D

29 August 2014

sampaikan aku pada 2 tanah suci itu

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Madinah. mostly yang ke sana golongan warga emas, jarang sekali dapat tengok golongan muda berpeluang tunaikan haji melalui muassasah (ikut sistem giliran tabung haji). gembiranya tengok riak wajah masing2 walaupun ada sesetengah darinya kurang sihat setibanya di sana.

tiba tiba rasa nak menangis. rindunya, Ya Allah! nak g sana lagi.
rindu nak bertalbiyyah, rindu nak tawaf kaabah, rindu nak saie, rindu pada kubah hijau. rindu nak minum air zam zam sepuas-puasnya.


tenangnya berada disana. memang tak dapat nak gambarkan dengan kata2. kalau korang berkemampuan, cuba usahakan ke sana. nak tunggu turn untuk haji, mungkin lambat lagi giliran anda. apa kata anda tunaikan umrah dulu. dari melancong ke sana sini, ada baiknya duit tu simpan untuk ke Mekkah. teringat kata2 makcik satu jemaah dengan aku dulu,

"makcik ni bukannya orang senang, tapi makcik cuba simpan duit. tanam niat nak ke Mekkah satu hari nanti. nak tunggu giliran haji, entah hidup ke mati dah makcik masa tu. sekurang-kurangnya makcik dah tunaikan umrah kalaupun tak berpeluang tunaikan haji nanti. ajal maut kita tak tahu bila."

dari aku kecil lagi memang aku nak sangat ke tanah suci. bila berkumandang azan di tv, fokus je tengok gambar2 di tanah suci. umur 23 tahun baru Allah tunaikan hajat aku. sehari sebelum dapat berita gembira akan ke Mekkah, aku diuji. memang nangis kaw2 la, esoknya abah call mintak sediakan gambar untuk visa umrah. terkejut dan syukur sangat2. betul kata orang, Dia akan uji kau dulu sebelum Dia hadiahkan sesuatu yang baik.

Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamu Mu lagi. izinkan juga aku mengerjakan rukun islam ke lima itu. dan berilah peluang pada saudara2 ku yang lain untuk menjadi tetamuMu jua. jemputlah kami kesana.

25 August 2014

kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum wbt.

Fasa terakhir ramadhan yang lepas kita dikejutkan dengan berita pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di sempadan Ukraine. dan setelah sekian lama kita semua menunggu kepulangan mereka ke Malaysia, pada Jumaat, 22 Ogos 2014 akhirnya 20 orang antara mereka pulang. kepulangan yang sangat dinanti nantikan ahli keluarga, kepulangan yang disambut dengan penuh istiadat dan linangan airmata orang ramai.

 

semalam, tiga lagi jenazah dibawa pulang. masih berbaki lagi bilangan mangsa nahas pesawat mh17 dari malaysia. keluarga masih menanti. dan kita juga masih menanti mereka pulang. seorang dari cabin crews iaitu Co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi merupakan sepupu kepada bestfriend adik aku, Aiman. mereka sekeluarga mula berkampung di Kuala Lumpur semenjak menerima berita tersebut. hanya Uwais dan Danish dapat bersama Aiman pada 22 Ogos 2014, adik aku tak dapat join diaorang.  

see u in jannah bro!
beruntungnya dirimu beroleh doa yang tak pernah putus dari orang ramai. 
jangan risau, ramai yang sayang Abderrahman.   :)


teruskan beramal soleh! semoga kita dapat menghidupkan hati kita dengan mengingati kematian. persiapkan diri kita dengan kematian. sesungguhnya mati itu pasti!


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa`: 78)

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Allahummaghfirlahum warhamhum

p/s: takziah buat Aimi dan Aiman Hakim sekeluarga. be strong kak Asmaa, demi the lil caliph Abderrahman. takziah juga buat semua ahli keluarga mangsa nahas MH17. Al-fatihah. 

15 August 2014

resepi coklat ganache - tengkiu wana!

beberapa hari lepas aku sempat blogwalking beberapa blog. masih ada lagi beberapa list blog yang aku nak terjah. aku jarang ada masa panjang nak blogwalking, jadi aku cuba blogwalking sikit demi sikit. sabar ye, nanti i balas kunjungan uollss.

dalam duk blogwalking tu, aku request resepi coklat ganache dari teman blogger nun jauh di sabah. sebelum ni aku pernah try beberapa resepi coklat ganache, tapi tak memenuhi kehendak aku. kadang kadang dalam gambar tu nampak lawa je, tapi asal aku buat macam kurang menjadi je. tak selawa dalam gambar tu. wahhh, demand kau ye farhana!

seriously aku tertarik dengan coklat ganache dari wana. nampak cantik je! bila buat kek, topping kek tu serba sedikit mempengaruhi keinginan untuk makan kek tu. kalau topping lesu je, kita pun tak tertarik sangat nak makan kan. sama jugak bila kita masak sesuatu, hias la sikit kan bila nak makan tu. baru la ada selera sikit nak makan haa.

bagi sesiapa yang nak try resepi coklat ganache dari wana, jangan lupa terjah blog wana eh. cantik coklat ganache tu, craving plak tiba2 malam malam macam ni.

tengkiu wana! sayang wana ketat2.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/08/resepi-topping-coklat-ganache.html


Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com

jemput join semua!
# juz klik banner
# due: 26 Ogos 2014

10 August 2014

puasa 6 masih berbaki

Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita meraikan syawal. tabik spring la pada sesiapa yang dah habiskan puasa 6. malu plak rasanya. orang dah siap beraya, kita baru nak start. arwah atuk aku dulu, 2 syawal dah start puasa sunat 6. arwah cakap tak elok tangguh lama2. kang bila mulut dah terbiasa makan minum macam2 setiap hari, makin ligat la jawabnya nak habiskan puasa 6. 

kalau difikirkan balik, memang betul pun apa arwah atuk cakap. dan aku perasan, memang kebanyakan orang dulu2 start puasa sunat 6 pada 2 syawal. raya sehari je then terus sambung puasa 6. bila dah habis puasa 6, puasa sunat plak pada isnin dan khamis. hebat orang2 lama ni, kita ni susah betul nak tiru, puasa sunat isnin dan khamis pun ligat je nak buat.  kalau ditanya pada kita2 yang masih muda, confirm la sibuk nak raya dulu kan.  

2 hari lepas dapat whatsapp dari bestie. pun pasal puasa 6. hee. phone berbunyi, tanda ada whatsapp masuk. dari bestie aku rupanya. terkedu baca soalan dari bestie. 

semek: ehh u! dah start puasa 6 belum?

*sentap dapat soalan macam tu. malu nak jawab.

aku: erkkk. dah. tapi baru 2 hari.hehe. baru start la semek. u dah start ke belum? ke dah raya puasa 6?

semek: dah la weii. i rindu Ramadhan, terus start puasa haa lepas raya hari tu. asal u baru start nih?

*double sentap! haa. orang lain dah lama start puasa 6, kau farhana baru nak start puasa. malu plak rasanya.

aku: ala. start puasa lambat sebab terikat dengan ubat haa. tu pasal baru puasa. hehe. jangan la marah. ehh, u dah raya puasa 6 ke belum? meh la umah aku. aku masakkan ehh

semek: alhamdulillah. aku dah start puasa dah. dan masih lagi berbaki 6 hari haa.

aku: oiii!!!!    =.=  =.=  

p/s: dengan kata lain, semek belum start puasa 6. 

# jangan lupa titipkan doamu buat Gaza!

07 August 2014

Salam Syawal 1435H

Assalamualaikum wbt.

lama nau tak update blog. heee. 
tak sempat! banyak benda nak settle. 
rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat hari raya. selagi masih di bulan syawal, ianya still valid bagi aku. no offence.
  
kenapa lama tak update? 

Ramadhan kali ni kami sekeluarga sedikit diduga.
umi aku kurang sihat.
 sebagai anak perempuan sulung yang mana abang2 dan juga abah tiada di Kelantan (mereka bekerja luar dari Kelantan), semua tugas urusan rumah aku kena settle.
*owh, orang kelantan rupanya aku.
disebabkan umi tak sihat, automatically aku ambil alih tugas umi.
dan itu sememangnya adalah tanggungjawab aku.
dan itu juga sememangnya tugas kita sebagai seorang anak.   :)
takkan la sampai ke tua semua urusan rumah nak ibu yang settlekan ye dak?
so benda2 yang tak berapa penting, aku taruk tepi dulu.
family first! 
walaupun ribut petir datang melanda, utamakan family dulu ye sohabat2 sekalian. benda lain boleh dicari ganti, tapi tidak bagi keluarga anda. minggu last Ramadhan juga aku agak sibuk siapkan tempahan kuih dan kek raya. Alhamdulillah, sempat siapkan semua walaupun penat dan tak cukup tido.

doakan umi aku kembali sihat!
doakan juga aku sihat ye!
tak pasal2 sakit mata pula, jangkit dari mana pun taktau.
keluar rumah pun tidak, tiba2 merah jugak matanya.
bertabah la kau ye farhana!
Allah uji sikit je haa. sok lusa sembuh la tu.
memang musim sakit mata sekarang ni kata doctor.
jaga diri ye semua.

*tepek gambar se!

SELAMAT HARI RAYA! 
taqabbalallahu minna wa minkum.
mohon ampun seandainya tulisan aku sebelum ni ada mengguris perasaan kalian. aku sedar, kadang aku terlampau lantang bila berbicara. mungkin ada yang terasa.
apa yang baik itu sudah semestinya datang dari Allah,
dan apa yang kurang itu datang dari diri aku sendiri yang penuh kekurangan.

p/s: jangan lupa selitkan doa kalian buat Gaza.
mereka masih bermandi darah. teruskan perjuanganmu Al-Qassam!
doa dari kami mengiringimu.

Segmen Blogwalking Ogos by Karya Mahirah

 

baru berkesempatan nak blogwalking selepas raya. hehe
jom blogwalking dengan karya mahirah.
tengah semangat nak blogwalking ni.
lama tak terjah blog orang.

# juz klik banner
due: 15 Ogos 2014

Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama Ayu Insyirah

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

jom join segmen blogwalking Ayu Insyirah!
boleh tambah blog2 baru untuk blogwalking.

# juz klik banner
due: 31 Ogos 2014


-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign