farhana mohamad: Salam Syawal 1435H

07 August 2014

Salam Syawal 1435H

Assalamualaikum wbt.

lama nau tak update blog. heee. 
tak sempat! banyak benda nak settle. 
rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku mengucapkan selamat hari raya. selagi masih di bulan syawal, ianya still valid bagi aku. no offence.
  
kenapa lama tak update? 

Ramadhan kali ni kami sekeluarga sedikit diduga.
umi aku kurang sihat.
 sebagai anak perempuan sulung yang mana abang2 dan juga abah tiada di Kelantan (mereka bekerja luar dari Kelantan), semua tugas urusan rumah aku kena settle.
*owh, orang kelantan rupanya aku.
disebabkan umi tak sihat, automatically aku ambil alih tugas umi.
dan itu sememangnya adalah tanggungjawab aku.
dan itu juga sememangnya tugas kita sebagai seorang anak.   :)
takkan la sampai ke tua semua urusan rumah nak ibu yang settlekan ye dak?
so benda2 yang tak berapa penting, aku taruk tepi dulu.
family first! 
walaupun ribut petir datang melanda, utamakan family dulu ye sohabat2 sekalian. benda lain boleh dicari ganti, tapi tidak bagi keluarga anda. minggu last Ramadhan juga aku agak sibuk siapkan tempahan kuih dan kek raya. Alhamdulillah, sempat siapkan semua walaupun penat dan tak cukup tido.

doakan umi aku kembali sihat!
doakan juga aku sihat ye!
tak pasal2 sakit mata pula, jangkit dari mana pun taktau.
keluar rumah pun tidak, tiba2 merah jugak matanya.
bertabah la kau ye farhana!
Allah uji sikit je haa. sok lusa sembuh la tu.
memang musim sakit mata sekarang ni kata doctor.
jaga diri ye semua.

*tepek gambar se!

SELAMAT HARI RAYA! 
taqabbalallahu minna wa minkum.
mohon ampun seandainya tulisan aku sebelum ni ada mengguris perasaan kalian. aku sedar, kadang aku terlampau lantang bila berbicara. mungkin ada yang terasa.
apa yang baik itu sudah semestinya datang dari Allah,
dan apa yang kurang itu datang dari diri aku sendiri yang penuh kekurangan.

p/s: jangan lupa selitkan doa kalian buat Gaza.
mereka masih bermandi darah. teruskan perjuanganmu Al-Qassam!
doa dari kami mengiringimu.

4 comments:

  1. Assalamualaikum oghe kelate? menu ape raya ari tu? =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      iyo. kito oghe kelate jah.
      menu biaso2 jah, hok gholik time rayo. =P

      Delete
  2. Eh ye ke..sama la kita ek..ore Klate :p...umi x sihat ke..hope cepat sihat..skrg ni K.Ma nmpk je tajuk video Gaza mmg x sanggup nak tengok...x terungkap dgn kata..sedih sgt...:'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh ehh ehh
      ore klate jugak ke? =P
      sy xleh tgk video2 tu kak. gambar2 dlm fb pun tak kuat nk tgk. huuu

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign