farhana mohamad: kepulangan yang dinanti

Pages

25 August 2014

kepulangan yang dinanti

Assalamualaikum wbt.

Fasa terakhir ramadhan yang lepas kita dikejutkan dengan berita pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di sempadan Ukraine. dan setelah sekian lama kita semua menunggu kepulangan mereka ke Malaysia, pada Jumaat, 22 Ogos 2014 akhirnya 20 orang antara mereka pulang. kepulangan yang sangat dinanti nantikan ahli keluarga, kepulangan yang disambut dengan penuh istiadat dan linangan airmata orang ramai.

 

semalam, tiga lagi jenazah dibawa pulang. masih berbaki lagi bilangan mangsa nahas pesawat mh17 dari malaysia. keluarga masih menanti. dan kita juga masih menanti mereka pulang. seorang dari cabin crews iaitu Co-pilot Ahmad Hakimi Hanapi merupakan sepupu kepada bestfriend adik aku, Aiman. mereka sekeluarga mula berkampung di Kuala Lumpur semenjak menerima berita tersebut. hanya Uwais dan Danish dapat bersama Aiman pada 22 Ogos 2014, adik aku tak dapat join diaorang.  

see u in jannah bro!
beruntungnya dirimu beroleh doa yang tak pernah putus dari orang ramai. 
jangan risau, ramai yang sayang Abderrahman.   :)


teruskan beramal soleh! semoga kita dapat menghidupkan hati kita dengan mengingati kematian. persiapkan diri kita dengan kematian. sesungguhnya mati itu pasti!


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kamu berada, kematian pasti akan mendapati kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.” (An-Nisa`: 78)

Daripada Abu Hurairah r.a , Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati)."
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Allahummaghfirlahum warhamhum

p/s: takziah buat Aimi dan Aiman Hakim sekeluarga. be strong kak Asmaa, demi the lil caliph Abderrahman. takziah juga buat semua ahli keluarga mangsa nahas MH17. Al-fatihah. 

18 comments:

  1. Allahumma inghfirlahu warhamhu.....
    ========================
    makanan kelinci

    ReplyDelete
  2. al fatihah. moga keluarga mangsa tabah menerima dugaan ni.
    visit my blog utk video tribute kpd flight MH17.

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...tmparan dan ujian yg sgt besar kpd malaysia..terutama family mangsa MH17..
    Moga mereka tenang di sana...

    Salam perkenalan dr sy...jemput ke blog sy..
    www.ainkaswa.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Al fatihah dan salam takziah untuk keluarga serta waris penumpang MH17...

    ReplyDelete
  5. Takziah kpd semua keluarga mangsa. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama islam.

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga mangsa.. MH17 dalam kenangan :'+

    ReplyDelete
  7. Farhana dah masuk dalam bloglist =)

    ReplyDelete
  8. 2 sept Insya Allah lagi 7 jenazah akan pulang.. doakan yang terbaik buat semua

    ReplyDelete
  9. Al Fatihah... Mesti ahli keluarga mereka sangat sedih... Zumal tak dapat nak bayangkan.

    ReplyDelete
  10. takziah buat keluarga. Semog tabah menghadapi dugaan ini.. :(

    jemput singgah ke blog numi yer kak.. :)

    ReplyDelete
  11. sory dear tak sempat join ur segmen. ;'(

    ReplyDelete
  12. sedih sangat walaopun bukan kita yang Allah pilih...

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign