farhana mohamad: December 2014

31 December 2014

Muka Surat Terakhir 365 of the 2014's Book.


berpisah dengan si kecik ni hari ni.  
macam pelik je rumah takde dia.


rindu awak 200%!
anak soleh hendaknya.




p/s: 2014 yang penuh liku. tangis tawa yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. takziah buat mangsa-mangsa banjir khususnya di pantai timur, termasuklah sanak saudara aku sendiri. aku mungkin tak setabah dirimu untuk mengharungi dugaan besar ni. 


dah lama tak blogwalking. dan kesemua entry sepanjang bulan december adalah autopublish.

26 December 2014

Interview Guru Kafa Kelantan 2015



Assalamualaikum wbt.

minggu lepas aku menghadiri interview cikgu kafa bagi sesi 2015. sesi interview diadakan di ppd masing-masing. macam aku, aku ke ppd bachok. aku difahamkan ada beberapa daerah di kelantan yang belum lagi menjalankan sesi interview. meh sini meh aku share sikit pengalaman aku. Mungkin juga berguna buat sahabat-sahabat luar Kelantan.

bagi ppd bachok, hampir seratus lebih calon yang membuat permohonan dan yang lulus bagi menghadiri sesi temuduga hanyalah seramai 90 orang. calon-calon yang tak terpilih tu bukan disebabkan mereka tak bagus, cumanya mungkin mereka tak mengisi borang dengan betul. kesalahan kecil ketika mengisi borang kata ustaz terbabit. 

tepat jam 7.40 pagi aku dah terpacak di ppd bachok. jam 8 kami diminta masuk ke dalam dewan. sebelum sesi interview, ada ujian bertulis terlebih dahulu. ujian bertulis tu merangkumi semua aspek sirah, aqidah, feqah, akhlak, jawi, bahasa arab dan Al-quran. anda perlu jawab semua soalan tu, semuanya berbentuk subjektif dan masa diberi hanyalah satu jam sahaja.

aku masih ingat kesemua soalan tu, tapi risau kalau nak dedahkan semuanya. kang jadi isu soalan bocor pula. aku hanya tulis secara rawak sahaja, dan korang persiapkan diri.

untuk bahagian al-quran, anda diminta tuliskan ayat al-quran tersebut. contohnya, soalan mintak surah yaasin, so korang tulis lah ayat-ayat tu beserta barisnya. insyaAllah, surah senang-senang je. tak mungkin kot kalau diaorang kasi surah yang susah kan. dan ada juga soalan tajwid. macam biasalah, hukum-hukum bacaan tu.

next, translate. translate dari bahasa arab kepada bahasa melayu, dan dari bahasa melayu ke bahasa arab. sila perbanyakkan buka kamus okay. kihkih. ohh ya, kena buat ayat juga tau. diaorang sediakan perkataan arabic then korang kena buat ayat. 

untuk bahagian sirah, feqah, akhlak dan aqidah, korang bacalah mana yang patut. hurmm, kalau ikutkan sebenarnya, aku confirm korang semua boleh jawab. benda basic dalam agama kita je. untuk sirah, baca pasal kisah-kisah nabi. ala, soalan simple je. bacalah pasal hijrah nabi ke, perang dalam islam ke. senang je.

untuk akhlak, hurmmm. dah namanya akhlak kan. aku nak kena explain juga ke? hihihi. korang kena listkan je akhlak terhadap siapa-siapa.... haa, cenggitu. korang boleh hentam je kot. untuk feqah, yang ni pengetahuan asas kita semua dalam bab hukum. contohnya, lafaz niat solat ke, rukun solat ke, bab bersuci. benda yang kita dah selalu buat, takde masalah kot kan bagi korang. untuk aqidah, soalan berkaitan tauhid la kan. contohnya rukun iman, rukun islam, sifat wajib bagi Allah.

apa lagi ye. korang juga perlu menjawi perkataan. kihkih. betul ke penggunaan perkataan menjawi tu? diaorang kasi beberapa perkataan dan korang perlu tuliskan dalam jawi. Ohh yaa, kesemuanya jawapan bagi ujian bertulis tu korang kena tulis JAWI tau. Jangan tulis rumi pula, kang tak pasal-pasal kena tolak markah.

oraitt. settle bab ujian bertulis. next sesi interview. aku antara orang terawal diinterview. Dan aku juga orang paling lama diinterview. Setengah jam duk dalam bilik tu. Bila keluar je bilik, calon lain semua tegur kenapa lama sangat. Hihihi. Redha je la kena tanya banyak soalan.

Sebelum kena tanya macam-macam soalan, interviewer tu mintak baca beberapa ayat quran. Erkk~ takde la beberapa, banyak la jugak kot. Then interviewer tu tanya lagi berkaitan tajwid. Sila yakin dengan jawapan yang anda berikan. 

Next, sesi soaljawab pula. Standard soalan interview la kan, soalan yang diaorang akan tanya sudah semestinya berkaitan isu-isu semasa. Memang takleh lari ehh, mostnya akan tanya pasal isu semasa. 

Antara soalan-soalan yang aku dapat:- 
· Isu kalimah Allah
· Isu berkaitan Asb
· Isu I wanna touch dog
· Isu gst
· Politik sikit-sikit *unexpected dapat soalan bab politik


Dan soalan paling gempak aku rasa,

“awak rasa antara university sains islam Malaysia (usim) dan university kebangsaan Malaysia (ukm) mana lagi bagus?’’

Dan aku tahu kenapa aku lama kena interview. Aku kalau dah bercakap susah nak berhenti. Dah kena pula isu-isu gempak macam tu, memang makanan aku la. Bagi yang bakal menjalani interview cikgu kafa Kelantan mahupun negeri lain, persiapkan diri awak baik-baik ye. 

Terkedu aku bila dengar interviewer dengan lantangnya menegur calon sebilik dengan aku buat salah.

“kenapa awak baca macam tu, cuba baca baik-baik. Awak kena ingat, awak nak mengajar orang lain pula nanti. Kalau awak pun tunggang langgang macam mana nak ajar orang lain. Silap-silap makin rosak budak.”

Ada betulnya juga teguran tu bagi aku. Kalau kita pun salah, takkan nak ajar orang benda salah pula. Berbalik pada aku sendiri, aku pun bukannya baik sangat. Tertanya sendiri, mampu ke aku nak ajar orang nanti. Takut nanti aku ajar benda tak berapa betul. Kerja sebagai pendidik ni satu tanggungjawab yang cukup besar. Nasib bakal pemimpin kita suatu hari nanti berada ditangan para pendidik.



p/s: ikhlas menjadi seorang pendidik. insyaAllah, akan diberi kesenangan dalam mendidik.






23 December 2014

Forum: Mendalami Perihal Jenayah Syariah Hudud


Assalamualaikum wbt.


jemput datang bagi yang berkelapangan.
kalau konsert kita sanggup p tengok, 
apa kata luangkan sedikit masa anda mendalami perihal agama. ilmu tak banyak, kita topup sikit. buat bekal kita di sana nanti.

kedua-duanya orang hebat.
Dr. Irwan antara murabbi yang aku kagumi sepanjang berada di bumi usim. murabbi yang banyak meluangkan masa melayan fifa gen5. insan yang paling rapat dengan kami.

pesan ustaz, "gurau gurau jugak, ilmu yang aku bagi jangan buat lupa. amal sentiasa''


Forum Mendalami Perihal Jenayah Syariah Hudud
-masjid putra bandar baru nilai-
-26 Dec 2014-
-7.30 malam-


p/s: biar buta dunia. jangan sesekali buta agama. itu bekal akhirat nanti.

22 December 2014

How to Style Your Sneakers?


Assalamualaikum wbt.

Korang suka pakai heels ataupun sneakers? Walaupun heels menjadi pilihan utama kebanyakan wanita ketika ingin tampil bergaya, berlainan pula dengan saya yang lebih gemar menyarungkan sneakers untuk ke mana sahaja. Mungkin ada yang berkongsi minat dengan saya. Jika dahulu, wanita yang memakai sneakers terus dilabel sebagai ‘tomboy’ atau dengan kata lain, bersikap seperti seorang lelaki. 

Aishh, saya bangkang statement tu okay. Aii is tak setuju!
cuba tengok sneakers ni. ohh omggg! cantiknya!



ini pun cantik!


pengsan mak jemah tengok sneakers ni semua.


Dengan perkembangan fesyen yang semakin berevolusi, kita dapat perhatikan wanita-wanita masa kini berani memadankan apa jua jenis pakaian bersama sepasang SNEAKERS!

Yess, sneakers! Tak pelik pun kan?

Jadi, jenis pakaian apakah yang dimaksudkan?
Jika anda gemar memakai sneakers dan masih tercari-cari style pakaian apa yang bersesuaian, mungkin entri ini boleh membantu anda. Check it out!



ingat tak Bella Swan? Ala, pelakon utama dalam filem Twilight? Bella sering kelihatan memakai sneakers bersama jeans dan t-shirt untuk ke mana sahaja. Of course, jeans, shorts dan t-shirt merupakan jenis pakaian yang paling sesuai untuk anda gayakan bersama sneakers. Gaya yang amat ringkas dan santai serta memberikan keselesaan yang ideal sepanjang hari. Simple kan? Kaki pun tak sakit.hehe


Jika anda lebih gemar memakai skirts atau dress berbanding jeans, sarungkan juga sepasang sneakers untuk kelihatan seperti seorang ‘rock chic’! Cantik jugak ehh. Ini serius!


Gaya yang terakhir ini mungkin kelihatan agak pelik. 
Pernah pakai sneakers ke pejabat?  Jangan bimbang untuk memakai sneakers apabila anda ke pejabat kerana gaya yang pelik kadang-kala mampu menyerlahkan lagi gaya anda. 



Ohsem kan? Belum cuba belum tahu.


Let say, anda seorang yang pakai jubah dan nak sarungkan sneakers. Sarungkan je sneakers, tak payah ragu-ragu. Dan jika ditanya pada saya sendiri, saya juga jenis yang selalu pakai jubah. Saya lebih gemar ber’sneakers’. Terasa ringan je kaki. 

So, berjubah dan ber’’sneakers’’ pun okay kan? Takde peliknya pun.

Untuk koleksi sneakers online yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat seperti CONVERSE, VANS, Keds, MacBeth dan banyak lagi, korang boleh dapatkan di laman web ZALORA Malaysia. 

Dunia sekarang dihujung jari je. Apa yang anda tunggu lagi? Buat pembelian anda hari ini juga! Klik sana klik sini dan tunggu barang anda sampai. confirm puas hati!



Semuanya semudah abc!    =D



21 December 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu




dah lama tak blogwalking.
rasa macam nak kenal rakan-rakan baru.
jom meriahkan segmen ayu.
jemput la join sama.

# juz klik banner
# until 31/12/2014
# juz drop ur link

19 December 2014

blog dalam pantang


Assalamualaikum wbt.

eeuuwww
rasa janggal gituw itew nak hapdate belog.
*geli*

paling lama kot blog tak update. 
serius mood ke laut.
dah dihanyut ombak badai.
kekok pula nak hadap blog ni.
blogwalking pun tidak, update pun tidak.
memang tak buka blog langsung.
aii kan ada hobi baru sekarang,
ngadap anak buah 24 jam.
cuit-cuit, usik-usik sikit sampai dia menjerit baru stop.

terima kasih abam2 kakak2 kesayangan yang duk pulun suruh update blog. tanpa paksaanmu, blog ini mungkin masih lagi berpantang.  =P

"yang pantang kakak ipar hang bukan blog hang. tolong update la no"-haha. bangun pagi baca whatsapp macam ni. semput mak jemah nak update oiiii

actually, kelantan sekarang ni tengah musim hujan since bulan lepas. ini second round hujan. yang pertama dulu biasanya tak start banjir lagi. bila dah datang yang kedua ni, memang confirm banjir. sempat lah aku mengharung air banjir di beberapa tempat kat sini. plan nak ke bandar kota bharu dan rumah atuk di pasir mas, dah separuh perjalanan dah pun tapi cancel memandangkan air banjir yang agak dalam di beberapa tempat dan ditambah pulak dengan kesesakan. jalan jem, tak kuasa nak terjah ke bandar. so kesimpulannya, jalan-jalan tengok air je la jawabnya. nasib naik hilux, dapatlah jugak meredah banjir.






-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign