farhana mohamad: May 2014

11 May 2014

tahniah abang2 dan kakak kbba!

kbba pantai timur dapat anak buah baru! yeayyy!
Alhamdulillah. seronok rasanya bila dengar orang dapat baby.
aku suka bau baby, bau syurga kata orang.   :)

tahniah abe Que Achmad! tahniah abg Ben Ashaari! tahniah kak Dkna Abza!
sebaya la babies tu nanti.



Tengku Ean Rifqee bin Tengku Ahmad Hafiz selamat dilahirkan pada 28 April 2014. dah hampir 2 minggu usia anakanda abe Que Achmad. anak Kelate sejati ni. 10 hari kemudian, 8 Mei 2014, Zahra Nur Iman binti Salbani pulak selamat dilahirkan. Alhamdulillah. Muhammad Qhaliff Iman dah jadi abang, dapat adik gegirl. cukup sepasang anak abg Ben. pagi semalam, 10 Mei 2014 bersamaan 10 Rejab, kak Dkna Abza selamat melahirkan sorang putera. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. mesti terujakan dapat baby.

selamat meniti pengalaman bergelar ibu dan bapa buat abe Que dan kak Dkna untuk pertama kali. tanggungjawab juga makin bertambah dengan kehadiran si kecil. mohon segera pulang ke kelate, saya nak tengok baby ye! Tengku Ean Rifqee pun tak sempat nak g tengok lagi.

semoga kelahiran si comel menyerikan lagi kehidupan harian abang2 dan kakak.
tahniah abe Que Achmad! tahniah abg Ben Ashaari! tahniah kak Dkna Abza!

p/s: semoga sihat hendaknya untuk both mommy and baby. daddy baby jugak. selamat berpantang. semoga cepat sembuh untuk ayah abg Ben Ashaari.

 


08 May 2014

di sebalik tangis sebatang tamar


Assalamualaikum wbt.

ada kenalan yang pm aku di fb minta ceritakan pasal lagu yang aku pernah post dulu. Tangis sebatang tamar dari Daqmie. meh aku share sikit cerita pasal pokok tamar tu. ilmu aku pun tak banyak, aku share setakat yang aku tahu je la ehh. 

Di zaman Rasulullah saw, Rasulullah saw selalu bersandar pada sebatang pohon tamar tempat baginda selalu berkhutbah.

Satu hari sahabat mendirikan satu mimbar baru yang dibuat dengan tiga anak tangga. Ketika Rasulullah saw berkhutbah, kedengaran satu tangisan yang sangat kuat. Pada asalnya hadirin tak sedar bunyi tangisan tu. Semua sahabat mencari-cari dari mana datang suara tangisan tersebut yang teramat sedih dan kuat. Rupa-rupanya tangisan tu datang dari pohon tamar yang dulunya selalu Rasulullah saw berkhutbah.

Rasulullah saw telah menggosok dan memujuk pohon tamar tersebut dan bertanya sebab kesedihannya. Batang tamar itu sedih apabila ia tidak digunakan lagi kerana seorang sahabat baginda telah menggantikannya dengan sebatang kayu yang baharu untuk kegunaan Rasulullah saw.

Bagi meredakan keadaan, batang tamar diberi pilihan sama ada ingin hidup di dunia atau dihidupkan dalam syurga. then, batang tamar tu memilih dan didoakan oleh Rasulullah saw untuk dihidupkan dalan syurga kerana beliau tidak sanggup kehilangan Rasulullah saw.

Allah..Allah..Allah..

Apa ertinya hidup kita di dunia tanpa digunakan untuk agama, tanpa dapat bersama Nabi saw, tapi ingin dihidupkan dalam syurga Allah.

Ya Allah maafkan kami, kami tidak pernah menangis bila sunnah Nabi saw telah terkubur dan hilang dari ummah ini.

Sebatang pohon tamar menangis. 
Saat kewafatan Rasulullah saw, baginda masih menangis untuk umat.
yess! untuk kita!
tapi kita tak menangis dalam kerinduan kepada Rasulullah saw.
entah pernah terdetik atau tak dalam hati kita rindukan Rasulullah saw.


Jom selawat, sebarkan selawat, ajak orang lain berselawat.    :)
اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد

04 May 2014

akaun palsu!

"cikna, sampai hati tak follow ig aku balik!"

"ig? Instagram?"


"iyela kakak."

tercengang bila dapat whatsapp dari kawan.
sejak bila pulak aku ada instagram.

"aku tak pernah ada akaun instagram la cik kak! hehehe"

selidik punya selidik, ada orang guna gambar aku dan create akaun menggunakan nama "fana_mohamad". bila aku tengok akaun tu, ada la 5-6 keping gambar aku. selebihnya banyak kata-kata peringatan, muhasabah diri, ayat jiwang sikit2. ramai kawan aku yang dah follow akaun tu rupanya.

aku tak kisah sangat orang nak guna gambar aku selagi benda tu tak melampau. selagi takde post2 mengarut dalam akaun, aku halalkan dia guna gambar tu.

cuma, nama akaun tu!
di kampus dulu memang ada yang panggil fana, tapi tak ramai.
nama yang dia guna tu mengelirukan orang. kawan2 ingatkan itu akaun aku. huhhh!


p/s: nama akaun ig tu kita boleh tukar tak?

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign