farhana mohamad: October 2010

23 October 2010

Silat datang lagi~

Salam mujahadah.. kebelakangan ni, ana kembali mengaktifkan diri dalam dunia persilatan setelah sekian lama ana menyepikan diri. Pada 1 oktober 2010, ana kembali mengaktifkan diri dalam dunia yang cukup asing bagi ana sebelum ini.

Imbas kembali~ pada permulaan sem 2 tamhidi 2008/2009, ana, atikah dan hafizah terdetik hati untuk menyertai kelab silat. Penghulu segala hari menjadi saksi saat kami bertiga menyertai kelab silat. Tanpa sebarang pengetahuan dalam bidang ni, kami bersungguh-sungguh untuk mendalami silat. Tidak seorang pun antara kami pernah mendalami seni mempertahankan diri. (sifar! Kosong! Memang xtau pape pun)

Langkah yang sumbang-mambang, bunga silat yang keras, semuanya kami tempuh. Kami amat bersemangat untuk bersilat. Disebabkan keterujaan kami menyertai silat, kami bertiga mengajak sahabat2 yang lain turut serta turun padang bersama kami menjalani latihan silat pada hari jumaat, sabtu dan ahad. Antara sahabat2 yang termakan pujukan kami adalah ain hazram, hidayah, nabila huda dan sakinah.

Baru sebulan kami memasuki arena silat, pusat sukan meminta kami membuat persembahan di hadapan TNC USIM pada penutup SUFA. Ana, atikah, sakinah, nabila huda dan hidayah menjadi pilihan coach. Ketaq lutut kami! Dengan ilmu yang x seberapa, kami persembahkan bunga silat 16 langkah. (first time kna wt persembahan!) Alhamdulillah, everything okey. (bangga jap dapat buat persembahan depan orang).

Next, kami juga dipilih untuk membuat persembahan time minggu taaruf sarjana muda untuk menarik minat pelajar-pelajar baru menyertai kelab silat.

Tanpa ilmu yang mencukupi juga, kami terlibat ngan match persahabatan antara USIM dan UKM. First time kami main game, banyak lebam2 yang kami dapat dari game ni (even lebam time training pun x sebanyak time game ni. Pengalaman yang sukar untuk diungkapkan..best sangat2 walaupun sakit satu badan).

Selepas menempuh onak dan liku sepanjang memegang gelaran mahasiswa sarjana muda, ana dan kawan2 yang lain terpaksa memilih antara silat dan pelajaran. Minat kami terhadap silat x pernah luntur, tapi bebanan assignment dan program2 membataskan keaktifan kami. Hafizah, atikah, ain hazram, sakinah nekad meninggalkan dunia persilatan sepenuhnya. tapi tidak bagi ana, ana masih sayangkan silat lantas mengambil keputusan untuk menyepikan diri dari dunia silat buat sementara waktu.

Dan buktinya!

Ana kembali mengaktifkan diri dalam dunia ni. Ana masih x berani untuk menyertai mana2 game coz da lame tinggal bidang ni. Sekarang masa untuk tebus balik apa yang ana da tinggalkan. Ana sepatut nyer mewakili USIM dalam 1 game di IOI Kulai, Johor dua minggu selepas aidilfitri tapi sume step silat ana da beku. Ianya mengambil masa untuk panaskan balik, akibatnya ana menarik diri dari gametu.

Now, satu lagi game akan dilangsungkan minggu depan, 29hb oktober 2010 di UM. Ana akan pulang ke kampung pada tarikh tersebut. Hati berbelah bagi untuk menyertai game ni, coach juga mula meminta ana menyertai match ni. Rasa bersalah turut hadir di sudut hati ana coz ana da berjanji untuk menyertai mana2 game selepas kejadian tarik diri dari game di Kulai.

*dalam kenangan

Abang din, abang hadi, abang fik, abang hanafi, abang razi, abang fizree, abang nizam, abang najib, abang ali, abang faiz, kak besar, kak kecik, kak tikah, kak shima, kak sharmila, kak fida, kak asiah, kak as, kak nadiah dan ramai lagi~ ni antara senior2 silat yang sempat kami kenal dan training sama2.

Abang mae dan abang man~ coach kesayangan kami sume. Coach yang hanya mengajar dengan arahan tanpa menyentuh trainee perempuan. (suke part ni! Lelaki dan perempuan xde mix together time training)

Kak shima~ atlet olahraga yang akan muntah sebelum game berlangsung..

Kak fida dan kak shima~ pasangan tempur yang comel dan kecik..

Kak sharmila~ si pemegang galah panjang a.k.a atlet jurus tunggul..opss, jurus tunggal la..

Kak besar dan kak kecik~ nama sebenar faizah. Kecik dan besar membezakan mereka..


Abang hadi~ leader paling best! Training 20 minit, then rest 40 minit. Memang sempoi..



Abang faiz~ senior yang comel. Best giler training ngan abang faiz, suka sangat wat lawak untuk menaikkan semangat kami time training. Thnx abang faiz.

Abang najib~ trainee jurus wajib. Bile la nak abes 99 step, datang silat macam chipsmore and now jadi MPP USIM biro pendidikan. Tahniah abang najib!

*hanya tinggal kenangan. Mereka sume da tiada. Most of them already graduated and da x active coz masing2 busy. Rindu pada ukhuwwah dan suasana saat bersama mereka.

Dirimu sume tiada pengganti, ana rindukan saat dulu.

Coach da bertukar, hanya abang mae setia bersama silat. Abang din juga menjadi coach selepas graduate.

Kelab silat kini hanya tinggal ana, nabila huda, abang fik dan abang nizam. Most muka2 baru kelab silat sekarang adalah student2 tahun 1. Mereka sangat lain, x seakrab senior2 ana dulu. Sedikit sebanyak memutuskan semangat ana untuk training.








20 October 2010

::final exam schedule::

SELASA 23/11/2010 12:30 PM
LAA2063 PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM


RABU 24/11/2010 12:30 PM
QAA1022 ULUM AL-HADITH


JUMAAT 26/11/2010 09:00 AM
LCA2013 MABAHITH AL-HUKM


JUMAAT 26/11/2010 03:00 PM
QAA1012 ULUM AL-QURAN


SELASA 30/11/2010 12:30 PM
LBA2013 FIQH AL-MUAMALAT

RABU 01/12/2010 12:30 PM
QAA1042 SIRAH RASUL


KHAMIS 02/12/2010 08:30 AM
LCA2023 TARIKH AL-MAZAHIB WA AL-FATAWA

08 October 2010

daerah ini by algebra

video



~daerah ini~


Mereka kata kau akan sayu di daerah itu
Jawab aku selalu bersama Tuhanku
Kupasrah padaNya sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu


Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini..


Kata mereka daerah mu itu jauh
Jawab ku pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir

Kata mereka daerah kau itu sepi
Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan


Daerahku ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan bukan gema sorakan bukan riuh tepukan


Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan Nabi
Bagindalah mimpi Bagindalah realiti..


Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri dan sanubari


Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi


Di daerah ini, biarlah aku..

07 October 2010

TAK MAMPU KEHILANGAN CINTA

Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria. Penuh dengan gurau mesra. Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama. Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya. Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar. Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.


Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju. Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala siisteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.


Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua. Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik. Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar. Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.


Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang. Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala siisteri juga sibuk mempromosi produk jualannya. Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan. Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu… hampir tidak pernah lagi.


Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu. Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa. Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.


Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari – kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.


Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga. Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?


Jika sisuami ditanya, untuk apa kamu bertungkus lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawabnya, kerana isteri ku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada siisteri, tentu jawabnya kerana suami. Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya… demi anak-anak.


Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup? Kita sering terlupa yang kemewahan hidup – harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencapai matlamat. Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.


Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup. Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.


Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah. Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja ‘part time’. Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.


Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?


Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme. Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi. Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini


Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!


Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan. Temuilah bahagia ketika kita mencarinya.


Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.


Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.


Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan. Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat ‘kosmetik’ semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.


Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri. Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.


Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.


Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga. Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.


Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat. Jadilah dunia umpama kebun yang kita pugar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui. Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ… ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.


Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan. Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.


Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat. Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.


Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar. Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu. Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti. Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!


Lihatlah Rasulullah saw. Betapa sibuknya bagainda… tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya. Betapa besar perjuangannya… tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya. Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta… kerana baginda tidak kehilangan cinta. Ketika baginda miskin… dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar… cinta Allah!


Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?


Ayuh, lihat kembali ‘di mana Allah’ dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran… Di manakah semua ‘ayat-ayat cinta’ itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?


Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami… tatap lama-lama. Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila? Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?


Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati? Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi ‘haiwan berteknologi’ dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?


Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya? Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, “inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!” Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.


Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu. Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta… adalah hati yang mati.


Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu. Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.


Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta. Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?


Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!


DIKEJAUHAN INI


Sayang… di kejauhan ini

Ku sentuh hatimu dengan rasaku

Debarnya debar cinta

Denyutnya denyut setia

Ku usap air matamu yang jernih

Dengannya ku sulamrasa kasih

Kutatap matamu yang duka

Di situ kutemui makna rela

Sayang.. dikejauhan ini

Ku sapa salam setiamu

Ku sambut senyum mesramu

Onak, duri dan jeriji besi ini

Tak kan menghalang bicara

… rasa kita berdua

Sayang, sayang, sayang,

Semakin terpisah…

cinta kita semakin indah

Semakin jauh…

kasih kita semakin kukuh

Kita boleh hilang segalanya

Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!

06 October 2010

6 Pesanan Rasullulah SAW buat Muslimah


1) SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN MUHRIM UNTUK SOLAT DI MANA AZAN DILAUNGKAN.

~ Wanita hendaklah solat d awal waktu kerana risaukan 3 perkara iaitu:

i. Ajal yang datang tanpa di sangka-sangka.

ii. Datang haid yang tidak dijangka waktunya.

iii. Kedatangan tetamu ke rumah.

*Sebenarnya, sebaik-baik tempat solat bg wanita adalah dirumahnya sendiri.


2) ISTIQAMAH MEMBACA QURAN & ZIKIR.

a.Al-Quran

~ Sabda Nabi Muhammad saw..

"Tetaplah kamu membaca Al-Quran kerana ia adalah NUR untuk kehidupan & bekalan untuk hari akhirat.Ia merupakan kekasih di dalam kubur & pemberi syafaat di akhirat kelak."

~ Hendaklah kita membaca Al-Quran setiap hari kerana kita wajib mengkhatam Al-Quran 2 tahun sekali..Ia juga merupakan hak Al-Quran..Dikatakan jika kita ingin menghabiskan bacaan kita, kita hendaklah membaca 4 muka @ 2 helai sehari.

~ Ajarkan Al-Quran kepada anak-anak dan membiasakan mereka membacanya setiap hari, & jadikan salah seorang daripada anak kita hafaz Al-Quran.

b.Zikir

~ Kita hendaklah istiqamah mengingati Allah SWT tidak kira dalam apa jua keadaan, dan hendaklah berzikir sebanyak yang mungkin seolah2 kita melihat Allah & Allah melihat kita.

~ Kita kena berusaha untuk habiskan zikir 300x pagi & 300x petang iaitu slepas waktu Subuh & Asar.


3)ISTIQAMAH MENGADAKAN MAJLIS TA'LIM TA'LUM.

~ Merupakan 1 proses blajar & mengajar.

~ Hidupkan majlis ta'lim & ta'lum d rumah secara istiqamah kerana ia akan mendatangkan kesan yg baik pada diri kita.

~ Majlis ini dihadiri oleh para malaikat & ia merupakan sunnah Rasullullah SAW.

~ Fadhilatnya :

i. Rumah yang istiqamah mengadakn majlis ini akan bercahaya seperti bintang-bintang bagi penduduk langit.

ii. Allah akan turunkan sakinah & keberkatan serta rahmatnya dalam rumahtangga kita.

iii. Syaitan-syaitan akan keluar & para malaikat akan sentiasa melindungi kita.


4) MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM.

~ Kita kena pastikan supaya kita wujudkan suasana madrasah dalam rumah kita untuk kita dapatkan suasana iman & amal, supaya senang untuk kita didik anak-anak kita.

~ Dekatkanlah anak-anak kita dengan kisah-kisah para sahabat supaya akhlak mereka seperti sahabat-sahabiah dahulu.

~ Ajarkan mereka juga d0a-d0a masnun & supaya mereka yakin dengan Allah SWT, dan terapkan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dalam kehidupan mereka.

~ Didiklah anakmu dengan 3 perkara iaitu, Cinta kepada Allah SWT dan nabi mereka,Cinta kepada ahli keluarga dan membaca Al-Quran.

5) HIDUP BERSEDERHANA.

~ Hiduplah secara bersederhana, ikut kemampuan.

~ Luangkan masa untuk melakukan banyak amal ibadah.

~ Lihat orang yg lebih miskin supaya kita akan merasa syukur dengan kurniaan Allah SWT.


6) MENGGALAKKAN MUHRIM BERMUJAHADAH.

~ Galakkan suami untuk keluar berdakwah untuk menegakkan agama Allah supaya iman & amal dapat wujud dalam rumahtangga kita...

Semoga dpt amalkan.....:))

01 October 2010

mata siapa yg tak pernah menangis..


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

ALLAHUAKBAR!
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign