farhana mohamad: adab-adab ber"whatsapp"

Pages

08 June 2014

adab-adab ber"whatsapp"




sekarang most dah ada application whatsapp di henpon canggih manggih masing2. kalau takde whatsapp akan ada la suara sumbang cakap, 

"tak up-todate la takde whatsapp." 

"susah betul nak contact kau sorang, orang lain semua ada whatsapp."

eleh. kalau takde whatsapp tak bermakna korang ketinggalan zaman pun. sama jugak waktu mula2 fb keluar dulu. kononnya kalau takde fb tu, korang tak ikut perkembangan semasa. cehhh.

bab contact tu pulak, disebabkan takde whatsapp korang dilabelkan sebagai orang yang paling susah nak dihubungi. hamboiii. aku dengan kawan2 elok je boleh contact lagi. kan still boleh call or mesej. yang sebenarnya diri sendiri yang malas nak tanya khabar. last2 sebab takde whatsapp jugak disalahkan. alasan je semua tu. terus terang, aku tak pernah berkira pun nak call kawan2. bila dah lama tak dengar berita, cuba kita call diaorang tanya khabar, boleh jugak tahu perkembangan kawan2. 

main point is, aku nak sentuh sikit bab adab2 berwhatsapp atau dalam berhubung ni. sama jugak dalam persahabatan, ada jugak adab2 yang perlu kita jaga. aku listkan secara rambang je berdasarkan penilaian aku sendiri.

1) jangan sesuka hati add friends kita dalam mana2 group. ok, yang ni aku cukup pantang. aku kurang gemar bila ada yang sesuka hati je masukkan dlm mana2 group. kalau boleh mintak la kebenaran empunya badan, tanya pendapat dia dulu. bila dia setuju, baru add dia.

2) jangan suka post benda2 mengarut atau gambar2 yang tak senonoh. annoying sangat rasanya. tambah memalukan bila post2 mengarut atau gambar yang tak senonoh tu dipost oleh perempuan. girls, please please please dont do this. buruk nau2 aku rasa.

3) kalau ada ahli group yang minta pandangan atau memulakan discussion, cuba respons. cuba bagi pandangan kita. kalau takde idea, bagitau la sikit yang kita pun taktau. kalau ahli ada 30 orang, takkan la sorang pun takleh nak respons dalam discussion tu kan.

4) masa. cuba elakkan posting atau bersembang selepas jam 10 malam. sesetengah orang terutama yang dah berkeluarga cukup tak suka bila waktu malam diaorang diganggu. even, kalau nak call or mesej siapa2 pun kita perlu tahu batas2 masa yang kita dapat contact.

5) perlu ada batas pergaulan. tak comel rasanya bila lelaki dan perempuan terlampau galak bersembang. bertambah tak comel bila perempuan atau lelaki itu sudah berumahtangga. tak salah nak berkawan, tapi ada batasnya. nak bergurau senda, pun ada batasnya. sama2 kita jaga ikhtilat. 

adab2 ni penting sebenarnya untuk jaga hati kawan2 kita mahupun diri kita sendiri. aku pun bukannya baik sangat. tapi tak salah rasanya kalau kita saling menasihati, cuba perbaiki lagi diri kita. kita manusia biasa, memang tak perfect pun. nak jadi muslim yang ohsem, perlu la sentiasa baiki diri ye dak!







9 comments:

  1. Setuju :)
    btw nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal dari Ros.. singgah dan follow dari segmen kak Mia..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan adab ber whatsapp
    tapi kalau ketua jabatan add dalam group agak-agak berani keluar group tak?
    BW dari segmen kak Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau group kerja, mustahil la kan kalau nak leave group. tapi kalau group tu takde kepentingan, takde salahnya kalau leave group. dapat save bateri phone. cuma, seeloknya khabarkan dulu sebab2 leave group. jgn leave macam tu je. kang terasa abes kawan2 dlm tu. :)

      Delete
  4. salah adab bleh bergaduh ooo heheheh

    ReplyDelete
  5. Maaf, malas nak sign-in.

    Saya setuju sangat dengan bab yang pertama tu. Admin perlu minta izin dulu sebelum add contact dia dalam mana-mana group.

    Whatsapp pula perlu la upgrade aplikasi dia supaya bila ada yang keluar group, tak ada notification di situ.

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign