farhana mohamad: semoga diberi peluang itu

05 June 2014

semoga diberi peluang itu

Alhamdulillah. tahniah kepada rakan2 yang selamat ditauliahkan sebagai peguam syarie negeri kelantan sesi 2014. tahniah Abdullah Long, Haizum Hamzah, Nasikah Abd Rahman, Shahrafinaz Sapiin, Lailatul Izzati dan ramai lagi! Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Kelantan diadakan pada 3 Jun 2014 setelah 2 hari sesi interview diadakan.

dulu, aku pernah tanam cita cita untuk jadi peguam syarie. tapi aku terpaksa padam cita cita yang aku nak sangat dari kecil atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. sebarang yang berkaitan dengan guaman syarie sangat menebal dalam diri aku. firm, mahkamah, fail2 kes bertimbun, dengar masalah orang, cuba settlekan masalah diorang. semua tu dalam jiwa aku. dah sebati pun. diberi peluang mendekati dan mengenali Tuan Hakim dan peguam2 sangat manis bagi aku. ilmu2 diaorang tersangatlah superb. Tuan Mohamad Nabil, Tuan Wan Mahyuddin, Tuan Wan Firdaus, Tuan Musa Awang, Dato Zainul Rijal antara idola aku.

tipu la kalau cita cita yang dah lama korang impikan boleh lenyap macam tu je. tak mungkin sama sekali korang boleh lupakan. dari kecil sampai la dah melanjutkan pelajaran di ipt, memang itu je cita cita yang ada dalam minda. masing2 ada target dalam diri, sama jugak macam aku. tapi, bukan mudah untuk gapai target tu. cabaran, pengorbanan, semangat, kekuatan perlu ada dalam diri. untuk mendapatkan sesuatu yang susah itu sangat susah sebenarnya.

doakan aku jugak! maybe one fine day. moga aku juga berkesempatan menjadi seperti mereka. cita cita tu tak pernah pudar. korang dah bakar balik semangat aku untuk kejar cita cita tu. kekuatan dan semangat itu sangat manis bila dikepilkan bersama keredhaan ibubapa.

p/s: menyesal pula tak apply. takpe. insyaAllah, ada rezeki aku nanti. cuma jalannya jauh sedikit. moga aku juga diberi peluang itu. jangan pernah jemu untuk berdoa. doakan semua urusan aku dipermudahkan Allah.

6 comments:

  1. salam pagi insyaAllah kjyaanmu kelak menyusul

    ReplyDelete
  2. Insha Allah...semoga dipermudahkan :-)

    ReplyDelete
  3. insyaallah. semoga berjaya. Ilmu undang-undang ni sangat best. walaupun saya baru amik 3 paper law. Jangan berhenti kejar cita-cita.
    Baru saja follow blog ini. semoga saling berkongsi ilmu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. tak pernah jemu kejar cita2. undang2 sgt best. tapi tak semua orang suka ilmu undang2 ni. :)

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign