farhana mohamad: November 2009

Pages

13 November 2009

sahabat sejati~

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi


12 November 2009

tension..? muak..? cuak..? jom release tension...

salam mujahadah...

dari tadi ag ana study al-madkhal ila al-fiqh wa al-fatawa, mata pun da layu ase nyer. disebabkan muak study fiqh d whole day, ana call abg wan, my oldest bro. die keje kat port klang skrg. punya cepat masa berlalu, hampir 1 jam setengah ana gayut ngn abg wan. ana gtau die yg ana da muak study fiqh ari ni, then die e-mail sesuatu kt ana... jom layan~~

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!




Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

11 November 2009

imtihan,, imtihan,, wa imtihan...

salam mujahadah...

situasi time exam...

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

ada ape ngn 16 december 2009..??

salam mujahadah...

ada ape ngn 16 december 2009..??
ada exam le,, last paper merangkap killer paper...
paper al-madhkal ila al-fiqh wa al-fatawa...
cuak gler paper ni...

alhamdulillah,, 6 paper sebelum ni ana dapat jawab...
suke bile kuar soalan yang kita study...hehe...
i'll try my best to answer all d question...

life must go on~~ 1 more paper! then ana nak kodho sume benda yang ana da korban... paling utama tido.. ngee~

p/s: nk kodho on9 pun xleh coz ari2 da on9 wlupun esok ad paper.. ini lah contoh budak usim terbaik... hak3

07 November 2009

takziah...

salam mujahadah...

takziah kpd bella diatas pemergian ibu tercinta kul 11.30 p.m sebentar tadi. ana difahamkan arwah menghidap penyakit thyroid yang hanya disedari ramadhan lalu. kul 12.30 a.m. tdi kami beramai2 menyedekahkan al-fatihah kepada arwah. semoga syurga menanti arwah di sana. ana x dapat bayangkan perasaan bella disaat ini, tambahan pula di tengah2 final exam cmni. sedarlah bella bahawa ini adalah ujian dri Yang Esa buatmu mujahadah, terimalah seadanya ujian ini. mungkin kebahagian menantimu suatu hari nanti. sesungguhnya ALLAH memilih insan yang disayangi untuk diuji.

selain itu, ibu alia diana juga telah dimasukkan ke ICU cz diserang demam panas disamping darah x stabil. sayup kedengaran suara alia tatkala ana menghubunginya petang tadi. insyaallah, ibumu akan sembuh wahai khazinatul asrar. doa ana buat ibumu seusai melunaskan khalwatku dengan si DIA. amin...

semoga kalian tabah menghadapi ujian kecil ini dari Penciptamu..


grup 3 forever and ever...

salam mujahadah

suddenly i missing diz moment~~ sob3

our papa.. ustaz wan~~


our last class with sir hazmi before he fly~

wif ustaz hadi~ arabic tutor

our english tutor.. mdm norizan

4 'S'~~ syusyue, syidut, suda', skandal


missing diz 2 girl~ ifah n syida

also missing our little bro walakin kabir..hehe.. palo~

our hero~ missing afiq.. wee~~ =P

muslimat grup 3

syabab grup 3~

missing all d grup 3 member that hve been left us..

shahirah~ university of jordan
ainur yusra nabila~ institut perguruan tanjung malim
ainatul mardhiah~ institut perguruan teknik
arifah~ cairo university
hasyida~ cairo university
fazlur~ cairo university
afiq~ institut perguruan di sarawak

ayuh berjuang meneruskan perjuangan kita sbgai seorg pelajar di samping menaikkan islam di mata dunia sahabat2ku, jgn mudah mnyerah kalah. teruskan perjuangan kalian walau dimana sekalipun kita berada... kita adalah muslimin dan muslimat harapan agama, x pernah mengenal erti penat dalam menuntut ilmu. semoga gelaran shuhada' yang kita kejar selama ni menjadi milik kita bersama..

grup 3 tamhidi 08/09: tengku mansur, thaqif mokhtar, basri ibrahim, akmal razali, riduan nordin, numail, musa, atiqah fadzil, syuhada a.halim, amalina moh shaimy, hafizah shamsudin, hazirah hasim, asyikin kamaruzzaman, aisya bairu, nazihah norzilan n me....

p/s: did i left anyone..?? hope nop... =D

law vs myself...

salam mujahadah...

law~~ 1 of my favourite subject since tamhidi. in diz first semester sir syed najib being my lecturer for diz subject while sir shahrulmizan been my tutor. i really love both of them although sometimes my friends and me couldn't understand what sir syed najib teach us bcoz of his soften and slow voice. and sometimes i hate when u r cancelling our lecture on tuesday ( mybe some student like when u r cancelling diz class)...

besides that's, same situation we've to go through, sir shahrulmizan is a fussy tutor. opss,, sory sir.. but i really like ur class although u r quite fussy, doing activities and discussing with u is a great moment. i've miss 1 moment wif u sir, i couldn't attend ur open house in bangi ( open house ke..?? no, it's open office actually..) jangan marah sir, nanti kena jual.. =P

p/s: adakah ini dikire mengata... maihh.. such a gud student..

there's 8 part of malaysian legal system that i've to covered for diz final exam.. tough enough for me... i hope that i can answer diz subject very well although it quite challengging... d topic is:-

~ distribution of federal and state
~ position of islam in malaysia
~ freedom of religion
~ subsidiary legislation
~ legislation process in parliament
~ emergency powers
~ fundamental liberties ( i dont like diz topic very well.. huk3)
~ jurisdiction of court in malaysia

i've had cover all d topic but i think dat i've to review it back for d 2nd round. i'm not focusing more for fundamental liberties, i'm sick study dat topic...huhuhu

lastly, i would like to say thnx to sir syed najib and sir shahrulmizan for teaching me diz subject. i'll do my bez for ur subject... pray for me and also all ur student...

wt asgment law time tamhidi dlu..


our law lecturer for sem 1 tamhidi.. mdm lin~ doing phd in uk


our lecturer while we are sitting in sem 2 tamhidi.. sir hazmi a.k.a sir spongebob~ doing phd in uow, australia..

05 November 2009

search ur name in japan...

salam mujahadah..

sje je post kali ni... nak share something sbagai pengetahuan dan mungkin jgak for release tension..

Cuba nama anda dalam Bahasa Jepun ini...

A - ka B - tu C - mi D - te E - ku
F - lu G - ji H - ri I - ki J - zu
K - me L - ta M - rin N - to O - mo
P - no Q - ke R - shi S - ari T - chi
U - do V - ru W - mei X - na Y - fu
Z - zi

as a result.. diz is my japan name..

~todoshi lukashirikatoka tukitochiki rinmorikarinkate~

perghhh.. susah nak sebut and susah nak tulis... enjoy diz~~

bittaufiq wa an-najah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign