farhana mohamad: June 2014

Pages

30 June 2014

Dark Chocolate Tart with Ginger Crust

siapa suka baking?
aku cukup suka baking.
kek, biskut, tart semua aku suka.

nahh!
aku share dengan korang resepi Dark Chocolate Tart with Ginger Crust.
ni resepi dari Dr. Ezani Farhana, juara masterchef tu haa.
aku pun belum cuba lagi resepi ni. craving nau rasanya bila tengok gambar tart tu. ce korang tengok!



Dark Choclate Tart with Ginger Crust


Crust:
260g biskut digestives (lebih kurang 20 keping) ataupun boleh gunakan biskut Gingernut/Gingersnap (jika guna biskut ini tak perlu tambah serbuk halia dan gula)
2 1/2 sude kecil serbuk halia
3 sudu besar gula perang
125g mentega, dicairkan

Filling:
2 cawan krim (fresh cream/whipping cream)
200g coklat hitam (dark chocolate)
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:

1) Panaskan ketuhar ke 160 ° C. Kisar biskut dalam food processor bersama gula perang dan serbuk halia sehingga halus . Tambah mentega cair dan proses sehingga menjadi tekstur seperti pasir lembap. Tuang ke dalam acuan pembakar tart berdiameter 12 inci diameter dengan bahagian bawah yang boleh tanggal, ratakan dan tekankan ke dasar dan sisinya. Letakkan di atas dulang pembakar.
2) untuk filling, panaskan krim dalam periuk di atas api sederhana rendah, sehingga ia berbuih sedikit di tepi. Angkat dari api dan tambahkan coklat dan kacau hingga cair sebati.Tambah garam. Masukkan telur ke dalam campuran coklat, kacau sehingga benar-benar sebati. Tuang inti ke dalam kulit tart dan bakar 15 hingga 20 minit sehingga inti set (tidak gegar bila loyang digoyangkan) dan permukaan adalah berkilat. Jika anda melihat apa-apa buih atau rekahan terbentuk pada permukaan, keluarkan tart segera kerana ia menandakan tart sudah terlebih dibakar. Biarkan sejuk sebelum mengeluarkan dari loyang. Bila dihidang, boleh ditabur dengan serbuk koko. Enak dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

** untuk variasi, saya juga gunakan coklat putih sebagai filling. Anda juga boleh buat effect marble atau drizzle dengan 1/8 adunan filling menggunakan coklat putih

p/s: ni antara resepi yang wajib cuba! yummy


26 June 2014

Ketuk-ketuk Aidilfitri



Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan. 

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis. 

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;





Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.


**tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

**update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**


Allahumma ballighna Ramadhan




Ketuk-ketuk Aidilfitri Giveaways


lagi 3 hari kita nak puasa! Alhamdulillah. 
Rejab-Syaaban-Ramadhan, cepatnya masa berlalu.
bila dah masuk bulan Rejab, automatically count untuk puasa.
dah tak sabar nak berpuasa.
then raya pulak!
D'nialicious Cakehouse provides banyak cookies untuk korang.
yummy je aku tengok semua biskut tu.

jom join giveaways dari D'nialicious Cakehouse!
# juz klik banner
Korang nak biskut tak?
siapa nak biskut, wajib join giveaways ni ehh.
Kenapa wajib?
Sebabnya owner D'nialicious bermurah hati nak bagi biskut kepada 2 orang pemenang bertuah bagi setiap negeri.
due date 7 Julai 2014.
Jom join laju2!

moga Ramadhan kali ni lebih bermakna buat kita semua, 
seiring dengan amalannya juga.
disamping ibadah2 wajib, kita topupkan sekali dengan ibadah2 sunat.
sekurang-kurangnya ibadah sunat tu dapat tampung ibadah wajib kita yang lubang sana sini. 
Allahumma ballighna Ramadhan

23 June 2014

semoga dipermudahkan...

sebenarnya hari ni ada 2 kes penting yang aku tunggu penghakimannya. kes yang menjadi perhatian seluruh rakyat malaysia.

1) isu penggunaan kalimah Allah

2) kes pembunuhan Altantuya


Hari ini di Mahkamah Persekutuan ditetapkan untuk keputusan permohonan kebenaran merayu oleh Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur. dari pagi duk tunggu update dari dato zainul rijal abu bakar. sangat berdebar rasanya menunggu dato zainul rijal update bilangan panel untuk final decision.

ada 7 orang panel yang terlibat. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Alhamdulillah. rayuan Titular ditolak!

4-3 final decision. sangat sengit. berdebar sangat2. satu2 bilangan panel dato update. p/s: dah rasa macam duk tengok world cup dah bila menunggu update bilangan panel tadi.

tahniah dato zainul rijal and teams! 
kes ni bukan sesuatu yang mudah bagi barisan peguam yang terlibat.

Alhamdulillah bersyukur kerana para Hakim kita telah membuat keputusan yang tepat. Moga mereka mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT kerana melindungi hakikat nama-Nya yang tiada boleh disyirikkan dan diterjemahkan dalam apa-apa bahasa sekalipun.
 
p/s: masih menanti keputusan kes pembunuhan Altantuya. 
rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir

Blogwalking Sebelum Puasa

   
 

jom join sama!
sambil2 tambah blog utk blogwalking nanti
# juz klik banner

22 June 2014

Mufti Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3 hari lepas, aku dapat satu perkhabaran yang cukup menggembirakan. Salah seorang murabbi yang sangat aku kagumi ditaklifkan sebagai seorang Mufti. Tahniah buat Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ditaklifkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Dr. Zulkifli telah menandatangani saurat pelantikan pada 19 Jun 2014.

Dr. Zulkifli adalah bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang di USIM, Nilai. sebelum meletakkan jawatan sebagai pensyarah lagi Dr. Zul cukup aktif dengan kuliah2 agama di sekitar negeri sembilan. beliau juga adalah seorang penulis dan penceramah bebas. sekarang ni beliau makin banyak menulis dan menyampaikan kuliah atau ceramah di luar mahupun di televisyen. sempat juga aku menghadiri beberapa kuliah beliau sebelum ni. sesiapa yang minat menonton rancangan saluran Tv Al-hijrah mesti biasa menonton Dr. Zul dalam program Cinta Ilmu.

Tahniah murabbi Dr. Zulkifli! seorang yang tawadhu', jujur dalam memberikan pendapat dan berpegang kepada prinsip dakwah islamiah. selamat menjalankan tugas.

18 June 2014

Al-Fatihah buatmu kak syuhada





 

usai je solat maghrib, dapat whatsapp dari kak ma. kak ma maklumkan yang kak syu dah meninggal. mengucap panjang bila dapat berita tu. baru minggu lepas aku dapat berita kak syu koma. dan minggu ni, sekali lagi aku dapat berita yang sangat menyedihkan. personally, aku bukannya kenal rapat dengan kak syu. tapi aku selalu mengikuti perkembangan arwah, suka sangat baca post2 dari arwah.

berturut turut rasanya aku dapat berita kematian. Ya Allah, takut rasanya. kalau ditanya pada aku, sememangnya aku belum bersedia untuk mati. amal2 aku sendiri belum cukup banyak dan mencukupi untuk aku bawa ke sana. 

"setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati" 
- Al-Imran:85-

kak syu, moga dikau tenang di sana. Al-Fatihah
# kak Syuhada Baharudin

Segmen Blogwalking Summer Break


# followers 139
# klik banner

selamat pulang ke malaysia ubai!
ada hadiah disediakan. kalau nak sponsor hadiah, boleh pm ubai directly.   :)

p/s: cousin aku pun ubai jugak. ehhhh

17 June 2014

mereka juga berhak gembira


kita cukup beruntungkan?
masih punya ibubapa untuk berkongsi rasa, berkongsi keinginan. jarang sekali ibubapa menghampakan kita. apa yang kita nak, sedaya upaya mereka tunaikan. tapi tak bagi mereka. apa yang mereka nak, belum tentu dapat. aku sambut baik usaha kak anita ni. cuba sedaya yang mungkin untuk menggembirakan mereka. kalau kalian berkemampuan, tak salah rasanya kalau kita sama2 bantu kak anita ni. bantu setakat yang mampu. :)

#aku share dari fb#

-Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata-

Misi kami mengumpulkan baju2 baru yang akan diagihkan kepada anak2 yatim atau asnaf.

Misi kami masuk tahun ke 5 pada tahun 2014 ni.

yang kami perlukan ada baju kurung baru untuk perempuan dan baju melayu baru untuk lelaki.

kenapa baru..?

macam yang kita ketahui, setiap kali hari raya kanak2 lah yang akan lebih teruja untuk menyambut hari raya. selain duit raya makna hari raya untuk mereka adalah "raya dapat baju baru" sebab itu kami mengumpulkan baju yang baru. harga dan saiz tidak penting yang penting "baru"

bagaimana kami mengagihkan baju2 baru..?

setiap sebelum puasa kami akan mencari sekolah2 yang mempunyai anak2 yatim atau asnaf yang memerlukan baju baru.
kami akan dapatkan nama, umur dan saiz baju mereka, Dan setiap baju baru yang kami dapat kami akan ukur bahu untuk dapatkan saiz dan masukkan dalam plastik. jadi bila kami dapat nama saiz dan umur anak2 yang memerlukan kami just cari saiz yang dah kami sorting tadi.

untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya dibalqis6370@yahoo.com
0177202026 (msg/whats app sahaja)
instagram: anita mohd sharkawi
FB : anita mohd sharkawi


#kelabbloggerbenashaari

Segmen Bloglist #1 Sha Purple


jom join!
simple je syarat2 nya haa
# klik banner

08 June 2014

adab-adab ber"whatsapp"




sekarang most dah ada application whatsapp di henpon canggih manggih masing2. kalau takde whatsapp akan ada la suara sumbang cakap, 

"tak up-todate la takde whatsapp." 

"susah betul nak contact kau sorang, orang lain semua ada whatsapp."

eleh. kalau takde whatsapp tak bermakna korang ketinggalan zaman pun. sama jugak waktu mula2 fb keluar dulu. kononnya kalau takde fb tu, korang tak ikut perkembangan semasa. cehhh.

bab contact tu pulak, disebabkan takde whatsapp korang dilabelkan sebagai orang yang paling susah nak dihubungi. hamboiii. aku dengan kawan2 elok je boleh contact lagi. kan still boleh call or mesej. yang sebenarnya diri sendiri yang malas nak tanya khabar. last2 sebab takde whatsapp jugak disalahkan. alasan je semua tu. terus terang, aku tak pernah berkira pun nak call kawan2. bila dah lama tak dengar berita, cuba kita call diaorang tanya khabar, boleh jugak tahu perkembangan kawan2. 

main point is, aku nak sentuh sikit bab adab2 berwhatsapp atau dalam berhubung ni. sama jugak dalam persahabatan, ada jugak adab2 yang perlu kita jaga. aku listkan secara rambang je berdasarkan penilaian aku sendiri.

1) jangan sesuka hati add friends kita dalam mana2 group. ok, yang ni aku cukup pantang. aku kurang gemar bila ada yang sesuka hati je masukkan dlm mana2 group. kalau boleh mintak la kebenaran empunya badan, tanya pendapat dia dulu. bila dia setuju, baru add dia.

2) jangan suka post benda2 mengarut atau gambar2 yang tak senonoh. annoying sangat rasanya. tambah memalukan bila post2 mengarut atau gambar yang tak senonoh tu dipost oleh perempuan. girls, please please please dont do this. buruk nau2 aku rasa.

3) kalau ada ahli group yang minta pandangan atau memulakan discussion, cuba respons. cuba bagi pandangan kita. kalau takde idea, bagitau la sikit yang kita pun taktau. kalau ahli ada 30 orang, takkan la sorang pun takleh nak respons dalam discussion tu kan.

4) masa. cuba elakkan posting atau bersembang selepas jam 10 malam. sesetengah orang terutama yang dah berkeluarga cukup tak suka bila waktu malam diaorang diganggu. even, kalau nak call or mesej siapa2 pun kita perlu tahu batas2 masa yang kita dapat contact.

5) perlu ada batas pergaulan. tak comel rasanya bila lelaki dan perempuan terlampau galak bersembang. bertambah tak comel bila perempuan atau lelaki itu sudah berumahtangga. tak salah nak berkawan, tapi ada batasnya. nak bergurau senda, pun ada batasnya. sama2 kita jaga ikhtilat. 

adab2 ni penting sebenarnya untuk jaga hati kawan2 kita mahupun diri kita sendiri. aku pun bukannya baik sangat. tapi tak salah rasanya kalau kita saling menasihati, cuba perbaiki lagi diri kita. kita manusia biasa, memang tak perfect pun. nak jadi muslim yang ohsem, perlu la sentiasa baiki diri ye dak!







PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


jom join!   :)
klik banner kat atas.
due date 6 Julai 2014.  

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

Segmen

gigih benar blogwalking malam ni. dah lama jugak tak blogwalking.
alang2 dah ada masa kosong sikit, rajin la blogwalking.
terjumpa pulak dengan segmen aniesa ahmad. memang kena betul la.
jom join segmen ni ramai2!
jangan lupa klik banner tu ehh. 

06 June 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com


happy anniversary kak ada!
semoga rumahtangga akak disinari sakinah, mawaddah warrahmah.
jom support giveaway kak ada. 

05 June 2014

semoga diberi peluang itu

Alhamdulillah. tahniah kepada rakan2 yang selamat ditauliahkan sebagai peguam syarie negeri kelantan sesi 2014. tahniah Abdullah Long, Haizum Hamzah, Nasikah Abd Rahman, Shahrafinaz Sapiin, Lailatul Izzati dan ramai lagi! Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Kelantan diadakan pada 3 Jun 2014 setelah 2 hari sesi interview diadakan.

dulu, aku pernah tanam cita cita untuk jadi peguam syarie. tapi aku terpaksa padam cita cita yang aku nak sangat dari kecil atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. sebarang yang berkaitan dengan guaman syarie sangat menebal dalam diri aku. firm, mahkamah, fail2 kes bertimbun, dengar masalah orang, cuba settlekan masalah diorang. semua tu dalam jiwa aku. dah sebati pun. diberi peluang mendekati dan mengenali Tuan Hakim dan peguam2 sangat manis bagi aku. ilmu2 diaorang tersangatlah superb. Tuan Mohamad Nabil, Tuan Wan Mahyuddin, Tuan Wan Firdaus, Tuan Musa Awang, Dato Zainul Rijal antara idola aku.

tipu la kalau cita cita yang dah lama korang impikan boleh lenyap macam tu je. tak mungkin sama sekali korang boleh lupakan. dari kecil sampai la dah melanjutkan pelajaran di ipt, memang itu je cita cita yang ada dalam minda. masing2 ada target dalam diri, sama jugak macam aku. tapi, bukan mudah untuk gapai target tu. cabaran, pengorbanan, semangat, kekuatan perlu ada dalam diri. untuk mendapatkan sesuatu yang susah itu sangat susah sebenarnya.

doakan aku jugak! maybe one fine day. moga aku juga berkesempatan menjadi seperti mereka. cita cita tu tak pernah pudar. korang dah bakar balik semangat aku untuk kejar cita cita tu. kekuatan dan semangat itu sangat manis bila dikepilkan bersama keredhaan ibubapa.

p/s: menyesal pula tak apply. takpe. insyaAllah, ada rezeki aku nanti. cuma jalannya jauh sedikit. moga aku juga diberi peluang itu. jangan pernah jemu untuk berdoa. doakan semua urusan aku dipermudahkan Allah.
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign