farhana mohamad: semoga dipermudahkan...

Pages

23 June 2014

semoga dipermudahkan...

sebenarnya hari ni ada 2 kes penting yang aku tunggu penghakimannya. kes yang menjadi perhatian seluruh rakyat malaysia.

1) isu penggunaan kalimah Allah

2) kes pembunuhan Altantuya


Hari ini di Mahkamah Persekutuan ditetapkan untuk keputusan permohonan kebenaran merayu oleh Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur. dari pagi duk tunggu update dari dato zainul rijal abu bakar. sangat berdebar rasanya menunggu dato zainul rijal update bilangan panel untuk final decision.

ada 7 orang panel yang terlibat. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Alhamdulillah. rayuan Titular ditolak!

4-3 final decision. sangat sengit. berdebar sangat2. satu2 bilangan panel dato update. p/s: dah rasa macam duk tengok world cup dah bila menunggu update bilangan panel tadi.

tahniah dato zainul rijal and teams! 
kes ni bukan sesuatu yang mudah bagi barisan peguam yang terlibat.

Alhamdulillah bersyukur kerana para Hakim kita telah membuat keputusan yang tepat. Moga mereka mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah SWT kerana melindungi hakikat nama-Nya yang tiada boleh disyirikkan dan diterjemahkan dalam apa-apa bahasa sekalipun.
 
p/s: masih menanti keputusan kes pembunuhan Altantuya. 
rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bil khoir

5 comments:

  1. iya, menunggu jugak kes yang kedua itu..

    ReplyDelete
  2. lama tak tengok berita isu antatuya nie.. ketinggalan lak rasanya

    ReplyDelete
  3. wslm. tq for invite.
    insyaAllah, klu berkesempatan nanti sy join.
    teringin jugak pelikat pants. :)

    ReplyDelete
  4. Hehe.baca paper on9 je kak dkna. Klu nak tgk berita tv, mmg tak sempat la. Salam peluk cium buat mikha. :)

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign