farhana mohamad: Sehari Bersama SL1M Tabung Haji

16 July 2014

Sehari Bersama SL1M Tabung Haji

Assalamualaikum wbt.

aku nak cerita sikit haa pasal SL1M under Tabung Haji tu. Tabung Haji tu apa? erkkk. memang pelik la kan kalau ada yang tak kenal Tabung Haji.    (=.=)

macam ni, pada Isnin lepas 14hb Julai aku sesaja g menyemak dekat interview terbuka SL1M tabung haji tu di Kuala Terengganu. kali ni untuk zon pantai timur. zon barat iaitu di kuala lumpur dah settle, zon utara di alor star pun dah settle. tinggal satu peluang je lagi bagi sesiapa yang berminat nak join SL1M under tabung haji iaitu di Johor pada 17hb Julai. kalau tak silap aku akan diadakan di Tabung Haji Johor. 17hb Julai? esok? haaa. esok!

sila bawa bersama :-
* salinan ic
* resume
* salinan transkrip exam
* salinan spm
* 2 keping gambar passport

# hanya bagi sesiapa yang dah grad ok!

ok. sambung cerita.
asalnya, aku nak temankan adik je. bosan duk rumah sorang2, then decide la nak ikut my parents. aku bawak sekali semua sijil2 aku sebab plannya odw balik nanti nak singgah rumah mak sedara untuk sahkan salinan sijil2 aku sebab yang dah sedia ada dah habis. *aku memang selalu standby salinan sijil. incase kalau nak guna, baru la tak kalut nanti.

kami gerak lepas subuh, lebih kurang kul 6.15 dan sampai kuala terengganu kul 7.35. sampai je sana, memang terkejut yang amat. tersangatlah ramai orang, dan barisan pun panjang. ada 4 line semua, kesemuanya sangat panjang. adik aku ajak beratur sekali, alang2 nak beratur aku angkut je semua sijil2 aku. hampir sejam jugak la beratur then tiba giliran kami. untuk saringan pertama, diaorang cek samada kita bawak tak dokumen2 yang diperlukan tu dan menepati syarat ke tak. 

adik aku tak lulus, tapi yang lulusnya aku!
adik tak lulus sebab belum grad
oiii. terkejut jugak sebenarnya sebab memang langsung tak prepare!
yess, tak bukak buku pape. dan tak tau pun SL1M tu apa sebenarnya. maksud aku, tak tahu secara details. sekadar tahu itu skim latihan.

bila dah lulus saringan pertama, aku diminta naik ke tingkat atas untuk sesi interview. owhhh ya, interview SL1M ni dibuat di TH hotel kuala terengganu. naik la aku sorang2 ke tingkat atas. sampai je tingkat atas, memang dah ramai la calon2 haa. isi borang, then diminta untuk tunggu didalam dewan bersama beratus calon yang lain. kul 10 pagi, dapat tau dari staff kaunter bawah dah tutup. hampir 1000+ calon terpaksa pulang. giler ramai. nasib baik jugak aku sampai awal. alhamdulillah. aku tunggu dalam dewan tu sampai tengahari sebelum berpindah ke dewan sebelah! sambil menunggu tu, staff edarkan satu kertas. orite, rupanya kami kena buat esei in english. masa diberi 20 minit. maybe disebabkan terlampau ramai orang, staff cakap buat je la esei tu sehingga dipanggil untuk interview.

aku baru tahu rupanya ada 3 ujian ok.
- ujian bertulis (esei english tu)
- ujian fardhu ain
- interview

bila dah tengahari, dalam kul 11 lebih aku dan beberapa calon dipindahkan ke dewan sebelah. menunggu lagi di sana. menunggu tanpa berbuat apa2. hehehe. kalau bawak buku dapat jugak belek2. maka tertunggu2 la kami untuk diinterview sampai ke petang. kul 4.30 sampai la giliran aku. jenuh kau tunggu dari pagi. hehehe. dari mula2 semangat nak interview, tiba2 jadi down. ekekeke.

aku diminta masuk ke dalam bilik untuk sesi interview bersama 2 orang calon lagi. interview bersama, 3 orang calon sekaligus. bukan sorang2. sepatutnya ujian fardhu ain dulu, kalau pass baru interview. tapi disebabkan terlampau ramai calon, diaorang jalankan sekaligus. ada yang interview dulu baru ujian fardhu ain, begitu la sebaliknya. untuk sesi interview, kami diberi 1 tajuk dan diminta untuk bincangkan atau bahas. ala macam speaking muet untuk grouping tu. tajuk semuanya tak sama, dan siapa yang bernasib baik dapat la tajuk dalam bahasa melayu, kalau tak in english. kitaorang dapat tajuk in malay. sesudahnya discussion, kami diminta untuk describe pasal urself in english. alhamdulillah, semuanya ok. partners aku pun hebat2. settle part ni. 

then tunggu untuk sesi ujian fardhu ain. yang ni cuak sikit sebab yela kita tau pengetahuan masing2 setakat mana kan. dan aku admit masih banyak yang aku perlu belajar. luas haa bidang fardhu ain ni, jangan tau fardhu ain tu solat je. ketika sesi ujian fardhu ain ni jugak aku dapat tau rupanya kena baca Al-Quran dan jawi. ok lagi kot bagi aku. lupa nak habaq, ada soal jawab pasal tajwid sekali tau! haha. adoiii. mati aku. time duk menunggu tu, macam2 soalan dah yang aku dengar dari calon2 sebelumnya. ada yang kena soal pasal bab aqidah, bacaan sujud sejadah, sujud sahwi, sirah nabi, malaikat, solat jenazah, mandi wajib dan macam2 lagi la. keluar semua aqidah, sirah, feqah. heheee. 

tiba giliran aku, first kena baca Quran dan terjemahan. then ustaz tanya 6 soalan hukum tajwid. ada 2 soalan aku tak dapat jawab! confuse nama2 tu haa. haha. padan muka, sape suruh tak asah skills part tajwid. last ustaz suruh aku listkan nama2 malaikat dan tugas2nya. alhamdulillah, yang ni pun ok. part tajwid tu je aku rasa sigh sikit.

settle! yesss. boleh balik. tau kul berape? kul 6.10 dah pun! haha. dan masih ada ramai lagi calon yang tengah menunggu! maybe dalam 200 orang. tak tau la diaorang habis kul berapa. yang pasti kepala aku dah terasa pening2 sikit haaa. pening menunggu pening tengok ramai orang.  =P

untuk sesiapa yang berhajat nak menyertai SL1M Tabung Haji, make sure korang sampai awal dan bawak semua barang2 yang diperlukan. kalau korang tertinggal je pape, memang selamat jalan romeo. takde maaf bagimu. kawan aku tak lulus sebab bawak 1 keping je gambar passport. staff nak 2 keping. sebab itu sahaja! dan persiapkan diri korang dengan pengetahuan yang secukupnya ok. soalan2 aku dah bocorkan dah, so prepare urself. kalau ada sahabat2 dan kenalan yang berhajat nak join, bagitau diaorang pengalaman aku ni ehh. yang paling penting part soalan2 tu haa. perkemaskan diri, InsyaAllah ada rezeki anda bersama SL1M nanti!    :)

p/s: jom buru lailatul qadar!

27 comments:

  1. Wahh.! Alhamdulillah, itulah yg dinamakan rezeki.
    Kita yg x ready pape pun tetiba dapat..
    Gilee ramai 1000+++

    Nie x confirm lg kan dapat ke tak.??
    Kalau x confirm lagi..
    eiqa dari jauh doakan semoga Allah luaskan rezeki Farhana, permudahkan segala urusan Farhana di dunia dan akhirat, aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin.
      belum confirm lg dear. :)
      mmg tersangat ramai.
      masing2 berebut utk bekerja. peluang pekerjaan sangat terhad sekarang.

      Delete
  2. salam ramadhan dan salam ukhuwah...have a nice day Farhana...

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa Farhana, apapun urusan semoga dipermudahkanNya jua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.
      mudah mudahan kak.
      selamat berpuasa

      Delete
  4. Semoga Farhana salah seorang yg terpilih untuk sertai SL1M yer... Insha Allah

    ReplyDelete
  5. salam. ni nak cerita pengalaman sy interview kat kl pulak. hehe

    mmg sy setuju dgn sis farhana. kena dtg awal. kalau x mmg xtahu la habis pkul berapa.

    ada 3 part interview. yg pertama esei eng mengenai SL1M-TH. yg kedua interview sorg2. interviewer tanya psl diri, kegiatan di universiti, pastu dia sruh pilih salah satu kad dan decsribe in eng psl kad apa yg kita dpt. ada jugak org lain yg ditanya psl isu2 semasa, GST, etc. tp alhamdulillah sy xdpt soalan tu. part ketiga interview fardhu ain, sorang. baca satu ptongan ayat Quran, bca tulisan jawi dan mngenai hkum tajwid. interviewer tya sy psl solat jama' dan qasar.

    sis farhana, nk tanya. awk tahu x bila sebenarnya dijangkan skim latihan ni start? awk dh dpt panggilan dr tabung haji x?betul ke diorg nak 100 org pelatih je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ktorg part ujian fardhu ain je sorang2, yg interview tu buat dlm grouping. 3 org satu group. hehe. agak mencabar jugak ye soalan interview d kl.

      sy ada borak dengan sorang staff pd hari interview tu. untuk kl dan alor star, 300 lebih calon yang berjaya daripada 1000+ calon. utk pantai timur dan johor tak pasti berapa orang je yang tabung haji amek sebab untuk kl dan alor star dah terlampau ramai.

      katanya slim akan start pada raya ke-4 yg lepas. lokasi di bangunan tabung haji kl, tapi mungkin calon akan dihantar ke cawangan tabung haji yang lain sebab terlampau ramai. mungkin mahirah boleh confirmkan balik dengan pihak tabung haji. mana tau pihak tabung haji dah ubah tarikh panggilan. nanti boleh inform sy skali.hehe. sy ada juga tanya tabung haji kat sini, tapi diaorang pun tak tau sebab benda ni under hq.

      stakat ni sy xde terima panggilan dari tabung haji lg. kawan2 yg lain pun blum dapat panggilan. mungkin belum rezeki. :)

      Delete
    2. oh yeke. mmg kat kl haritu sgt rmai. smpaikan masa sy nk keluar tu xboleh. kena berhimpit-himpit. harap2 kita dpt la in sha Allah :)

      oh, haritu ada emel bila dijangka program ni bermula tp diorg xckp pulak bila. diorg just bgtahu ni ''Terima kasih atas kiriman e-mel cik. Untuk makluman, Lazimnya, pihak Tabung Haji akan menghubungi calon-calon yang menghadiri sesi temuduga untuk Program Skim Latihan 1 Malaysia sekiranya berjaya. Sekiranya tiada apa-apa maklumbalas daripada bahagian berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas sesi temuduga, permohonan tersebut adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

      kena bersabar, doa banyak2 dan tunggu. hehe. mcm tahun 2012 sy ada google diorg start bulan september.

      Delete
    3. sy pun terkejut jugak bila staff cakap slim start raya-4. tak habes raya lagi haa time tu. tengah mood raya lagi.

      mungkin tabung haji buat panggilan secara berperingkat kot. takpe, kita doa je dulu. insyaAllah ada rezeki kita nanti. doa jangan putus, solat hajat jangan lupa. :)

      ada fb? kalau ada add la fb sy. senang sikit contact. kot sy terlepas pandang komen mahirah nanti. :)

      https://www.facebook.com/farhanamch

      Delete
    4. haha betul3. in sha Allah :)
      sy dh add fb farhana. nnt apa2 sy pm ye. terima kasih byk2.

      Delete
    5. orait. nanti sy approve.
      tq mahirah. all d best tau!

      Delete
  6. assalamualaikum sis,
    nak tya, dpt x sl1m ni?

    ReplyDelete
  7. Salam

    adik awak xlulus sbb mmg belum grad or belum convo?
    sbb sy ni pn status dah grad but not officially convo la...sbb convo day akhir bln 8 ni..

    pliss respon ASAP :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. x lulus sebab belum convo.
      pihak slim nak sijil pengijazahan tu. :)
      sory, x perasan komen awak

      Delete
  8. Salam. Saya konvo akhir bulan 9 ni. Agak2 sabtu ni kalau g interview SL1M tabung haji lepas tak? Macam kes adik sis la kan.. Hee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      no comment.
      sy pun x berani nak cakap. :)
      cumanya masa tu memang diaorang tak terima kalau belum konvo. slim th dah mention siap2 diaorang nak yg dh konvo je.
      awak try je g dulu. mana tau ada rezeki awak nanti. :)

      Delete
  9. salam sis, macamne kita nak tahu sl1M TH ni bile lg nk walk in interview?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      Kalau tak silap sy baru2 ni ada interview terbuka slim th di kl.
      Sentiasa cek laman web th ye.
      Biasanya diaorang update kat situ

      Delete
  10. Salam sis nak tnye.. sis lepas tak iv nie?

    ReplyDelete
  11. Nak tanye punya contact kantor tabung haji 5 stars

    ReplyDelete
  12. salam.... sekarang masih di tabung haji ke?

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum sis.. nam tanya soalan esei english tu berkaitan dengan apa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      pasal pembangunan negara kalau tak silap sy sis. sy pun dah tak ingat sangat. dia bagi tajuk fan kita olah. short essay je

      :)

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign