farhana mohamad: Fasa Terakhir

Pages

18 July 2014

Fasa Terakhir

Alhamdulillah. pejam celik pejam celik, kita dah pun memasuki fasa terakhir ramadhan. cepat sungguh masa berlalu. rasa seperti baru semalam berpuasa, rupa rupanya hanya tinggal beberapa hari je lagi. tuntasnya ramadhan meninggalkan kita. fasa terakhir ramadhan bermula pada hari khamis malam jumaat. cantik sungguh aturan Dia. 

fasa terakhir ramadhan, sempat lagi nak speed amalan2 kita. yang mana belum pun habiskan satu juzuk Al-Quran, boleh la speed up. walaupun tak sempat habiskan 30 juzuk, sekurang-kurangnya ramadhan kali ni sempat juga habiskan walau hanya satu juzuk. yang mana belum keluarkan zakat, anda masih berkesempatan. settle awal2 senang sikit. bukan apa, takut nanti kita lupa. 

fasa terakhir ramadhan, masjid2 makin lengang. tidaklah sekencang awal ramadhan dulu. awal ramadhan, jemaah memenuhi ruang masjid. bila dah diakhir ramadhan, hanya tinggal separuh ruang sahaja. barangkali sibuk menguruskan persiapan raya. takpe, solat terawih hanya solat sunat. boleh ditunaikan sendirian dirumah. tapi kalau di masjid, boleh berjemaah kan.   :)

fasa terakhir ramadhan, saudara2 di Gaza masih sibuk berjuang. belum sunyi. rejim2 zionis sentiasa menghujani bumi Gaza dengan serangan. entah sempat atau tidak bersahur, entah sempat atau tidak untuk berbuka. sahurnya mungkin di dunia, iftarnya mungkin di syurga. impian mereka ingin membunuh setiap ibu, umi, mak, mama dibumi Gaza. takut ibu2 hebat itu melahirkan lebih ramai pejuang barangkali. 

fasa terakhir ramadhan, malaysia dikejutkan lagi dengan berita yang menyayatkan hati, merobek hati, meruntunkan hati. MH17 terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia. pesawat dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. mungkin sebilangan penumpang MH17 itu adalah students disana, yang mahu pulang beraya bersama keluarga. Allah.. belum pun sembuh hati dengan peristiwa MH370, MH17 pula diduga. satu demi satu malaysia diuji. Dia mahu tegur kita! kita dah terlalu jauh. 

fasa terakhir ramadhan,
# speed up amal
# pray for gaza
# pray for MH17 
# pray for MH370
# pray for all muslims

   

5 comments:

  1. eda singgah komen sini., follow sekali.

    ReplyDelete
  2. Ramadhan kian meninggalkan kita moga tahun depan kita masih punya kesempatan bertemu Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.
      mudah mudahan kita berkesempatan merasai ramadhan pada tahun hadapan.

      Delete
  3. Banyak yang telah berlaku.. Masa berlalu dengan pantas..

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign