farhana mohamad: January 2010

09 January 2010

::permulaan sem 2::

Salam mujahadah…

da hampir sebulan sem 2 bermula. keje2 juga makin bertambah, pening menyudahkan article review yang diberikan sir ridwan. urm~ 2 more article i hve to finish it but still hve time for dat 2 articles. ana terpaksa menempuh 8 subjek pada sem ni. we have learned most of the subject little bit. ana bertuah coz dapat lecturer2 yang bez and a very havoc classmates for diz sem. I'll list down all my lecturers and classmates below. i know dat there's numerous obtacles dat I have to go through in diz sem. I have to study hard and study smart for diz sem becoz most of my classmate are deanlist student. arghh,, rasa tercabar sangat dapat grup ni. but, it's gonna be okey, insyaallah.


~my lecturers~

law: dr. mariam saidona tagoranao
fiqh ibadat: ust. ahmad zaki salleh
ict: en. norazizi
english: sir mohd ridwan
arabic: ustz. salma and ustz. radiah
dakwah: lupe da... pnjg sgt name nyer..


~my classmates~
~BLC 1~

muslimat: kak g, kak ha, ila, jah, achik, ain, liza, fiea, thirah, k.ehan, nonetz, hanan, ana ismail, zira, ana omar, ummu, k.ejum, zaty,soup, kak ina, ibah, shahirah, kak idza, ana suda'

muslimin: basri, pokjaq, baim, rushdi, abu baccor, paan, azizi

5 kOnsEp MeNCari PaSaNgaN...~



Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu :

"Kenal"- "Kelas"- "Kufu"- "Kasih"-"Kahwin"


.:: KENAL ::.

Kita disuruh kenal/taa'ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, suruh dan carilah orang(ibu bapa kita sendiri/sahabat si dia) yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan, corak hidup, keperibadian/personaliti dan pegangan agamanya. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

.:: KELAS ::.

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan BUKAN hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut, kelab surau dan berserban/bertudung labuh sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa 'alert', MEMAHAMI, sanggup MENERIMA dan MEMBERI TEGURAN/NASIHAT dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.



.:: KUFU ::.

Kufu amat dititikberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakangan ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

.:: KASIH ::.

Kasih BUKAN bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.

Merujuk kepada sebuah hadis:
"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau-kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Sememangnya terdapat " Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki" Kalau tidak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan:-
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan,
"Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. "Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan "Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasang dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.



.:: REDHA ::.

Redha terhadap pasangan masing masing adalah PENTING. Rasulullah sering bertanya, Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

"Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"


Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah An-Nur : ayat 26:-

"Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa .

Begitu juga sebaliknya masalah berlaku. Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki.

Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga.

08 January 2010

~2009~

Salam mujahadah..


Tahun baru sudah muncul, selamat tinggal 2009. Banyak kenangan manis terjadi sepanjang tahun 2009 antaranya ana mendapat tawaran menyambung degree di usim, faatihah dapat futher studies in uitm shah alam, abg e graduate, abg wan 3 kali tukar keje in 1 year, ciklah menunaikan rukun islam ke-5, pertama kali pulang ke kampung halaman dengan menaiki train and etc. But the most I remembered is, tahun 2009 merupakan tahun yang paling kerap abah and ummi datang kuala lumpur. Kesian ikan-ikan kat rumah, asyik kena tinggal dengan abah je.

Banyak pahit manis kehidupan terjadi pada tahun 2009. Rasanya tidak cukup ruang untuk ana ungkapkan segala suka duka yang terpaksa ana tempuhi sepanjang tahun lepas. cukup sekadar ana post kan beberapa gambar sekitar 2009.


wif ciklah at airport


abg e graduation..


on the way balik kelantan..


BLC 1 FIFA
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign