farhana mohamad: July 2014

Pages

21 July 2014

Kerabu Epal


yummy. aku cukup suka makan kerabu.
aku nak share sikit resepi kerabu epal.
sebelum ni asyik makan kerabu mangga je kan, nah try plak kerabu epal.
sangat sedap untuk dijadikan juadah berbuka puasa.
ataupun sebagai kudap2 selepas balik terawih.

Bahan :-

- 3 biji epal hijau
- 1 ulas bawang merah/kecik
- 2 biji cili
- 1 sudu besar sos ikan/nampla
- 1 biji limau nipis (kalau tak suka masam taruk separuh je)
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :-

- potong epal. hiris jadikan kecik2. (sagat pun boleh kot)
- campurkan je semua bahan2 tu. then masukkan perahan limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
garam taruk sikit je sebab sos nampla tu dah cukup masin.
-gaul sampai sebati.
- dah siap!

haha. senang yang amat dan sangat sedap.
bawang dan cili tu depends pada korang la, 
klu suka bawang dan nak lebih pedas boleh taruk lebih.
kalau budak2 nak makan sama, boleh kurangkan cili.
kalau nak lagi sedap, korang masukkan ikan bilis dan juga kacang tanah.
ikan bilis tu pecah2 kan sikit.

selamat mencuba!

p/s: jangan lupa selitkan doa buat saudara2 kita di Gaza.
juga doa buat MH370 dan MH17.



SALAM RAMADHAN 1435 HIJRAH

 Salam Ramadhan 1435 Hijrah

 jom join contest dari harith!
# juz klik banner

tarikh tutup: 1 Syawal 1435 hijrah (malam raya)

p/s: aku cukup tertarik dengan hadiah yang harith tawarkan. 
Ensiklopedia Solat dari Telaga Biru.
dah lama aku cari. tapi bila ke kedai asyik sold out je.
laju2 la klik banner tu.
ni first contest dari harith.  :)

18 July 2014

Fasa Terakhir

Alhamdulillah. pejam celik pejam celik, kita dah pun memasuki fasa terakhir ramadhan. cepat sungguh masa berlalu. rasa seperti baru semalam berpuasa, rupa rupanya hanya tinggal beberapa hari je lagi. tuntasnya ramadhan meninggalkan kita. fasa terakhir ramadhan bermula pada hari khamis malam jumaat. cantik sungguh aturan Dia. 

fasa terakhir ramadhan, sempat lagi nak speed amalan2 kita. yang mana belum pun habiskan satu juzuk Al-Quran, boleh la speed up. walaupun tak sempat habiskan 30 juzuk, sekurang-kurangnya ramadhan kali ni sempat juga habiskan walau hanya satu juzuk. yang mana belum keluarkan zakat, anda masih berkesempatan. settle awal2 senang sikit. bukan apa, takut nanti kita lupa. 

fasa terakhir ramadhan, masjid2 makin lengang. tidaklah sekencang awal ramadhan dulu. awal ramadhan, jemaah memenuhi ruang masjid. bila dah diakhir ramadhan, hanya tinggal separuh ruang sahaja. barangkali sibuk menguruskan persiapan raya. takpe, solat terawih hanya solat sunat. boleh ditunaikan sendirian dirumah. tapi kalau di masjid, boleh berjemaah kan.   :)

fasa terakhir ramadhan, saudara2 di Gaza masih sibuk berjuang. belum sunyi. rejim2 zionis sentiasa menghujani bumi Gaza dengan serangan. entah sempat atau tidak bersahur, entah sempat atau tidak untuk berbuka. sahurnya mungkin di dunia, iftarnya mungkin di syurga. impian mereka ingin membunuh setiap ibu, umi, mak, mama dibumi Gaza. takut ibu2 hebat itu melahirkan lebih ramai pejuang barangkali. 

fasa terakhir ramadhan, malaysia dikejutkan lagi dengan berita yang menyayatkan hati, merobek hati, meruntunkan hati. MH17 terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia. pesawat dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. mungkin sebilangan penumpang MH17 itu adalah students disana, yang mahu pulang beraya bersama keluarga. Allah.. belum pun sembuh hati dengan peristiwa MH370, MH17 pula diduga. satu demi satu malaysia diuji. Dia mahu tegur kita! kita dah terlalu jauh. 

fasa terakhir ramadhan,
# speed up amal
# pray for gaza
# pray for MH17 
# pray for MH370
# pray for all muslims

   

16 July 2014

Sehari Bersama SL1M Tabung Haji

Assalamualaikum wbt.

aku nak cerita sikit haa pasal SL1M under Tabung Haji tu. Tabung Haji tu apa? erkkk. memang pelik la kan kalau ada yang tak kenal Tabung Haji.    (=.=)

macam ni, pada Isnin lepas 14hb Julai aku sesaja g menyemak dekat interview terbuka SL1M tabung haji tu di Kuala Terengganu. kali ni untuk zon pantai timur. zon barat iaitu di kuala lumpur dah settle, zon utara di alor star pun dah settle. tinggal satu peluang je lagi bagi sesiapa yang berminat nak join SL1M under tabung haji iaitu di Johor pada 17hb Julai. kalau tak silap aku akan diadakan di Tabung Haji Johor. 17hb Julai? esok? haaa. esok!

sila bawa bersama :-
* salinan ic
* resume
* salinan transkrip exam
* salinan spm
* 2 keping gambar passport

# hanya bagi sesiapa yang dah grad ok!

ok. sambung cerita.
asalnya, aku nak temankan adik je. bosan duk rumah sorang2, then decide la nak ikut my parents. aku bawak sekali semua sijil2 aku sebab plannya odw balik nanti nak singgah rumah mak sedara untuk sahkan salinan sijil2 aku sebab yang dah sedia ada dah habis. *aku memang selalu standby salinan sijil. incase kalau nak guna, baru la tak kalut nanti.

kami gerak lepas subuh, lebih kurang kul 6.15 dan sampai kuala terengganu kul 7.35. sampai je sana, memang terkejut yang amat. tersangatlah ramai orang, dan barisan pun panjang. ada 4 line semua, kesemuanya sangat panjang. adik aku ajak beratur sekali, alang2 nak beratur aku angkut je semua sijil2 aku. hampir sejam jugak la beratur then tiba giliran kami. untuk saringan pertama, diaorang cek samada kita bawak tak dokumen2 yang diperlukan tu dan menepati syarat ke tak. 

adik aku tak lulus, tapi yang lulusnya aku!
adik tak lulus sebab belum grad
oiii. terkejut jugak sebenarnya sebab memang langsung tak prepare!
yess, tak bukak buku pape. dan tak tau pun SL1M tu apa sebenarnya. maksud aku, tak tahu secara details. sekadar tahu itu skim latihan.

bila dah lulus saringan pertama, aku diminta naik ke tingkat atas untuk sesi interview. owhhh ya, interview SL1M ni dibuat di TH hotel kuala terengganu. naik la aku sorang2 ke tingkat atas. sampai je tingkat atas, memang dah ramai la calon2 haa. isi borang, then diminta untuk tunggu didalam dewan bersama beratus calon yang lain. kul 10 pagi, dapat tau dari staff kaunter bawah dah tutup. hampir 1000+ calon terpaksa pulang. giler ramai. nasib baik jugak aku sampai awal. alhamdulillah. aku tunggu dalam dewan tu sampai tengahari sebelum berpindah ke dewan sebelah! sambil menunggu tu, staff edarkan satu kertas. orite, rupanya kami kena buat esei in english. masa diberi 20 minit. maybe disebabkan terlampau ramai orang, staff cakap buat je la esei tu sehingga dipanggil untuk interview.

aku baru tahu rupanya ada 3 ujian ok.
- ujian bertulis (esei english tu)
- ujian fardhu ain
- interview

bila dah tengahari, dalam kul 11 lebih aku dan beberapa calon dipindahkan ke dewan sebelah. menunggu lagi di sana. menunggu tanpa berbuat apa2. hehehe. kalau bawak buku dapat jugak belek2. maka tertunggu2 la kami untuk diinterview sampai ke petang. kul 4.30 sampai la giliran aku. jenuh kau tunggu dari pagi. hehehe. dari mula2 semangat nak interview, tiba2 jadi down. ekekeke.

aku diminta masuk ke dalam bilik untuk sesi interview bersama 2 orang calon lagi. interview bersama, 3 orang calon sekaligus. bukan sorang2. sepatutnya ujian fardhu ain dulu, kalau pass baru interview. tapi disebabkan terlampau ramai calon, diaorang jalankan sekaligus. ada yang interview dulu baru ujian fardhu ain, begitu la sebaliknya. untuk sesi interview, kami diberi 1 tajuk dan diminta untuk bincangkan atau bahas. ala macam speaking muet untuk grouping tu. tajuk semuanya tak sama, dan siapa yang bernasib baik dapat la tajuk dalam bahasa melayu, kalau tak in english. kitaorang dapat tajuk in malay. sesudahnya discussion, kami diminta untuk describe pasal urself in english. alhamdulillah, semuanya ok. partners aku pun hebat2. settle part ni. 

then tunggu untuk sesi ujian fardhu ain. yang ni cuak sikit sebab yela kita tau pengetahuan masing2 setakat mana kan. dan aku admit masih banyak yang aku perlu belajar. luas haa bidang fardhu ain ni, jangan tau fardhu ain tu solat je. ketika sesi ujian fardhu ain ni jugak aku dapat tau rupanya kena baca Al-Quran dan jawi. ok lagi kot bagi aku. lupa nak habaq, ada soal jawab pasal tajwid sekali tau! haha. adoiii. mati aku. time duk menunggu tu, macam2 soalan dah yang aku dengar dari calon2 sebelumnya. ada yang kena soal pasal bab aqidah, bacaan sujud sejadah, sujud sahwi, sirah nabi, malaikat, solat jenazah, mandi wajib dan macam2 lagi la. keluar semua aqidah, sirah, feqah. heheee. 

tiba giliran aku, first kena baca Quran dan terjemahan. then ustaz tanya 6 soalan hukum tajwid. ada 2 soalan aku tak dapat jawab! confuse nama2 tu haa. haha. padan muka, sape suruh tak asah skills part tajwid. last ustaz suruh aku listkan nama2 malaikat dan tugas2nya. alhamdulillah, yang ni pun ok. part tajwid tu je aku rasa sigh sikit.

settle! yesss. boleh balik. tau kul berape? kul 6.10 dah pun! haha. dan masih ada ramai lagi calon yang tengah menunggu! maybe dalam 200 orang. tak tau la diaorang habis kul berapa. yang pasti kepala aku dah terasa pening2 sikit haaa. pening menunggu pening tengok ramai orang.  =P

untuk sesiapa yang berhajat nak menyertai SL1M Tabung Haji, make sure korang sampai awal dan bawak semua barang2 yang diperlukan. kalau korang tertinggal je pape, memang selamat jalan romeo. takde maaf bagimu. kawan aku tak lulus sebab bawak 1 keping je gambar passport. staff nak 2 keping. sebab itu sahaja! dan persiapkan diri korang dengan pengetahuan yang secukupnya ok. soalan2 aku dah bocorkan dah, so prepare urself. kalau ada sahabat2 dan kenalan yang berhajat nak join, bagitau diaorang pengalaman aku ni ehh. yang paling penting part soalan2 tu haa. perkemaskan diri, InsyaAllah ada rezeki anda bersama SL1M nanti!    :)

p/s: jom buru lailatul qadar!

Segmen Blogwalking by Eiqa Almond


HADIAH ( perserta yang bertuah ) :
Kimono Cardigan ( labuh ) x 1 peserta yang bertuah
Topup RM5 x 2 peserta yang bertuah

jom join!
# juz klik banner

tamat: 24hb Julai 2014

07 July 2014

sungguh beruntung dirimu ibu

sangat terkejut bila dapat berita tentang pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. petangnya pula dapat berita anak kepada artis Linda Rafar meninggal dunia selepas agak lama bertarung dengan sakitnya. cancer kalau tak silap aku. meninggal di bulan Ramadhan. bertuahnya mereka.   :)

kerap menerima berita kematian lately. takut? 
of course aku takut.
dan aku pasti kita semua takut dengan kematian. 
sangat takut sebab aku sendiri tahu amalan2 aku belum mencukupi untuk tampung kehidupan aku kat sana. sungguh aku dambakan husnul khatimah! moga pengakhiran kita semua baik2 saja.

aku cukup tersentuh setiap kali melihat si anak menjadi imam solat jenazah ibunya sendiri. terharu! sebak! sungguh beruntung dirimu si ibu. bila melihat anak arwah Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, mengiringi jenazah ibunya ke liang lahad, memenuhi permintaan arwah sewaktu pengurusan jenazah. 
Ya Allah. sebak. bertuah arwah memiliki anak seperti Aliff. 

khusus buat kaum adam, cubalah belajar solat jenazah. alangkah bahagianya rasa bila melihat seorang anak menjadi imam solat jenazah ibubapanya sendiri mahupun ahli keluarganya sendiri. jarang sekali dapat melihat seorang anak mengimamkan solat jenazah ibubapa sendiri. pasti ibumu tersenyum bila melihat anak yang mengimamkan solat jenazahnya.  :)


عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
 إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Al-fatihah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Program Jalinan Ramadhan 1435h - anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor

Program Jalinan Ramadhan 1435H -

Sempena bulan yang mulia ini,Aku selaku salah seorang ahli tetap Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor ingin memohon bantuan dari rakan-rakan Blogger untuk membuat hebahan terhadap program Jalinan Ramadhan yang akan diadakan tidak lama lagi.Semoga jasa baik korang semua mendapat Rahmat dari Ilahi.

Apa yang korang perlu buat untuk buat hebahan tentang Program Jalinan Ramadhan ini.Aku cuma minta korang buat satu entry ringkas tentang Program.Dan war-warkan di blog dan Facebook masing-masing.Mana tau dengan usaha kita ini dapat mengumpulkan sedikit Dana untuk mereka yang memerlukan diluar sana.in shaa allah.

Maklumat Program :-

Program Jalinan Ramadhan

Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor. (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)

Tarikh dan Tempat -
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor

Matlamat -
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.

Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.

Kos Program -
Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200

Jumlah Dana yang diperlukan -
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)

Sasaran Sumbangan -
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.

Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui

Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8

Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340

Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in

Sila emailkan nama anda, nama bank, Tarikh dan masa bank-in, jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362.

Info lanjut di

FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, 
Zamri 019-2745034, 
Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar,
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah


p/s: sama2 bantu setakat yang mampu. tak dapat bagi banyak, kita bagi sikit. bergantung kepada kemampuan diri kita. seronok rasanya bila dapat membahagiakan orang lain. Semoga Allah redha.

Segmen Salam Aidilfitri bersama Irrayan.com


siapa nak kad raya?
jom meriahkan segmen salam aidilfitri kak irra.
kak irra nak bagi kad raya untuk korang.
cepat2 sebelum terlambat.

# juz klik banner
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign