farhana mohamad: Interview Guru Kafa Kelantan 2015

26 December 2014

Interview Guru Kafa Kelantan 2015



Assalamualaikum wbt.

minggu lepas aku menghadiri interview cikgu kafa bagi sesi 2015. sesi interview diadakan di ppd masing-masing. macam aku, aku ke ppd bachok. aku difahamkan ada beberapa daerah di kelantan yang belum lagi menjalankan sesi interview. meh sini meh aku share sikit pengalaman aku. Mungkin juga berguna buat sahabat-sahabat luar Kelantan.

bagi ppd bachok, hampir seratus lebih calon yang membuat permohonan dan yang lulus bagi menghadiri sesi temuduga hanyalah seramai 90 orang. calon-calon yang tak terpilih tu bukan disebabkan mereka tak bagus, cumanya mungkin mereka tak mengisi borang dengan betul. kesalahan kecil ketika mengisi borang kata ustaz terbabit. 

tepat jam 7.40 pagi aku dah terpacak di ppd bachok. jam 8 kami diminta masuk ke dalam dewan. sebelum sesi interview, ada ujian bertulis terlebih dahulu. ujian bertulis tu merangkumi semua aspek sirah, aqidah, feqah, akhlak, jawi, bahasa arab dan Al-quran. anda perlu jawab semua soalan tu, semuanya berbentuk subjektif dan masa diberi hanyalah satu jam sahaja.

aku masih ingat kesemua soalan tu, tapi risau kalau nak dedahkan semuanya. kang jadi isu soalan bocor pula. aku hanya tulis secara rawak sahaja, dan korang persiapkan diri.

untuk bahagian al-quran, anda diminta tuliskan ayat al-quran tersebut. contohnya, soalan mintak surah yaasin, so korang tulis lah ayat-ayat tu beserta barisnya. insyaAllah, surah senang-senang je. tak mungkin kot kalau diaorang kasi surah yang susah kan. dan ada juga soalan tajwid. macam biasalah, hukum-hukum bacaan tu.

next, translate. translate dari bahasa arab kepada bahasa melayu, dan dari bahasa melayu ke bahasa arab. sila perbanyakkan buka kamus okay. kihkih. ohh ya, kena buat ayat juga tau. diaorang sediakan perkataan arabic then korang kena buat ayat. 

untuk bahagian sirah, feqah, akhlak dan aqidah, korang bacalah mana yang patut. hurmm, kalau ikutkan sebenarnya, aku confirm korang semua boleh jawab. benda basic dalam agama kita je. untuk sirah, baca pasal kisah-kisah nabi. ala, soalan simple je. bacalah pasal hijrah nabi ke, perang dalam islam ke. senang je.

untuk akhlak, hurmmm. dah namanya akhlak kan. aku nak kena explain juga ke? hihihi. korang kena listkan je akhlak terhadap siapa-siapa.... haa, cenggitu. korang boleh hentam je kot. untuk feqah, yang ni pengetahuan asas kita semua dalam bab hukum. contohnya, lafaz niat solat ke, rukun solat ke, bab bersuci. benda yang kita dah selalu buat, takde masalah kot kan bagi korang. untuk aqidah, soalan berkaitan tauhid la kan. contohnya rukun iman, rukun islam, sifat wajib bagi Allah.

apa lagi ye. korang juga perlu menjawi perkataan. kihkih. betul ke penggunaan perkataan menjawi tu? diaorang kasi beberapa perkataan dan korang perlu tuliskan dalam jawi. Ohh yaa, kesemuanya jawapan bagi ujian bertulis tu korang kena tulis JAWI tau. Jangan tulis rumi pula, kang tak pasal-pasal kena tolak markah.

oraitt. settle bab ujian bertulis. next sesi interview. aku antara orang terawal diinterview. Dan aku juga orang paling lama diinterview. Setengah jam duk dalam bilik tu. Bila keluar je bilik, calon lain semua tegur kenapa lama sangat. Hihihi. Redha je la kena tanya banyak soalan.

Sebelum kena tanya macam-macam soalan, interviewer tu mintak baca beberapa ayat quran. Erkk~ takde la beberapa, banyak la jugak kot. Then interviewer tu tanya lagi berkaitan tajwid. Sila yakin dengan jawapan yang anda berikan. 

Next, sesi soaljawab pula. Standard soalan interview la kan, soalan yang diaorang akan tanya sudah semestinya berkaitan isu-isu semasa. Memang takleh lari ehh, mostnya akan tanya pasal isu semasa. 

Antara soalan-soalan yang aku dapat:- 
· Isu kalimah Allah
· Isu berkaitan Asb
· Isu I wanna touch dog
· Isu gst
· Politik sikit-sikit *unexpected dapat soalan bab politik


Dan soalan paling gempak aku rasa,

“awak rasa antara university sains islam Malaysia (usim) dan university kebangsaan Malaysia (ukm) mana lagi bagus?’’

Dan aku tahu kenapa aku lama kena interview. Aku kalau dah bercakap susah nak berhenti. Dah kena pula isu-isu gempak macam tu, memang makanan aku la. Bagi yang bakal menjalani interview cikgu kafa Kelantan mahupun negeri lain, persiapkan diri awak baik-baik ye. 

Terkedu aku bila dengar interviewer dengan lantangnya menegur calon sebilik dengan aku buat salah.

“kenapa awak baca macam tu, cuba baca baik-baik. Awak kena ingat, awak nak mengajar orang lain pula nanti. Kalau awak pun tunggang langgang macam mana nak ajar orang lain. Silap-silap makin rosak budak.”

Ada betulnya juga teguran tu bagi aku. Kalau kita pun salah, takkan nak ajar orang benda salah pula. Berbalik pada aku sendiri, aku pun bukannya baik sangat. Tertanya sendiri, mampu ke aku nak ajar orang nanti. Takut nanti aku ajar benda tak berapa betul. Kerja sebagai pendidik ni satu tanggungjawab yang cukup besar. Nasib bakal pemimpin kita suatu hari nanti berada ditangan para pendidik.



p/s: ikhlas menjadi seorang pendidik. insyaAllah, akan diberi kesenangan dalam mendidik.






23 comments:

  1. Betul la tu..menegur...bagusnya...
    Itu cara yg paling baik. Sejuk je bila baca entri ini. Semoga berjaya farhana

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... satu yg boleh membantu buat mereka yg bakal menduduki temuduga yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak zakie. sy bantu seatkat yang mampu. :)

      Delete
  3. suka bila farah kata "Nasib bakal pemimpin kita suatu hari nanti berada ditangan para pendidik"

    apapun all the best ye, moga entry ni bermanfaat pada yang berkenaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengkiu kak yana.
      nak cakap something, sy rindu afif dan aisyah!
      nanti sy terjah sana okeh

      Delete
  4. mashaAllah, happy sgt baca post ni :) banyak benda dapat buat muhasabah diri.

    insyAllah moga sis berjaya jadi pendidik yg mencorak pelajar yg ada kaca mata islam dalam setiap apa yg dia buat nanti. bestnyaaa, nanti ajar student baca quran dgn betul, nanti masa depan dia ajar anak2 dia pulak. pahala non-stop! ameen

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin.
      terima kasih sis. :)
      pahala berterusan dengan hanya menunaikan satu amalan yang dianggap remeh.

      Delete
  5. Ana!!terjumpa blog u la..hehe..so, dpt tak kafa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. dapat yang.
      guru kafa sekarang ni.
      miss u dayu!

      Delete
  6. Replies
    1. amanah saham berhad.
      cari isu semasa yg tgh hot sekarang ni ok. time sy dulu isu prgrm sentuh anjing tu :)

      Delete
  7. Salam..nk tny.kt mn nk ambik borang kafa?klu bleh tlng whassap sy 0132129124..sbb jrng buka email

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      Tinggal mana?
      Klu kelantan, g ke ppd terdekat.
      Klu duk kota bharu, g ke ppd kota bharu.
      Klu duk bachok, ke ppd bachok.
      Minta borang cikgu kafa kat situ.
      Akhir2 tahun macam ni biasanya dah buka untuk pengambilan baru.

      Yg ni bagi negeri kelantan la.
      Klu negeri lain sy x pasti.
      Ada yg kena amek borang di pejabat agama

      Delete
  8. Salam..nk tny.kt mn nk ambik borang kafa?klu bleh tlng whassap sy 0132129124..sbb jrng buka email

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Nk tnye ckit, borang permohonan guru kafa nie bile dibuka ye??
    TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      akhir tahun macam ni biasanya dah dibuka.
      bergantung pada ppd daerah masing2.
      boleh dapatkan borang tu di ppd ye.
      cakap nak borang guru kafa.
      itu pun kalau awak tinggal di kelantan.
      kalau negeri lain sy kurang pasti. :)

      Delete
    2. Tq atas perkongsian ya.. :)

      Utk yg time interviewer suruh baca ayat quran tu, dia yg pilih surah pastu suruh kita baca ya?.. surah juz amma atau surah besar?.. :)

      Awak duk sekolah mana skrng?
      Kalau dah dpt jadi guru kafa, die contract berapa lama ya?.. :)

      Delete
    3. Tq atas perkongsian ya.. :)

      Utk yg time interviewer suruh baca ayat quran tu, dia yg pilih surah pastu suruh kita baca ya?.. surah juz amma atau surah besar?.. :)

      Awak duk sekolah mana skrng?
      Kalau dah dpt jadi guru kafa, die contract berapa lama ya?.. :)

      Delete
    4. maaf. tak perasan komen.

      utk part baca quran tu, interviewer yg tentukan surah mana². campur juz amma & surah besar. tak panjang sangat pun.

      alhamdulillah, sekarang mengajar kafa. contract renew setiap tahun. contract utk setahun.

      nak apply kafa ke? akhir tahun macam ni biasanya borang dah keluar. cuba g ppd ye. :)

      Delete
    5. assalamualaikum..nk tny sijil2 awk tu buat pengesahab dgn sape??adakah dgn ketua kampung atau mana2 je blh. terima kasih

      Delete
    6. sijil² tu semua sy minta pakcik sahkan. dia pk sekolah. untuk isi borang kafa tu memang memerlukan tandatangan dari jkkkp. tapi sy tak pasti jkkkp boleh sahkan ke tidak sijil² berkenaan

      Delete
  10. Assalam Farhana, sy ada soalan nak tnya, blh awk wasap sy di nom 012-7092381 -Sarah-
    TQ

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign