farhana mohamad: June 2011

Pages

14 June 2011

MTQN '11



salam mujahadah...

fuhhhh fuhhhh fuhhhhh~

Ya Allah, lamanya tak update blog ni. sebenarnya banyak sangat benda yang nak diupdate, tapi semangat nak post entry tak terseru lagi.

baru-baru ni, ana dilantik SPMM sebagai urusetia untuk Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN '11). yup, majlis tilawah al-quran dan nasyid untuk anak-anak yatim. MTQN ni anjuran Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM). da lama ana berhajat untuk mengikuti program bersama anak2 yatim, dan kali ni Allah memakbulkan doa ana. Syukran Ya Allah..

adik-adik diberikan peluang untuk menunjukkan bakat mereka dalam deklamasi sajak, syarahan, azan, berzanji, nasyid, tilawah dan hafazan. selain itu terdapat juga penyertaan dari ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan lain-lain lagi.

alhamdulillah, ana ditaklifkan untuk Unit Teknikal, Pertandingan dan Pemarkahan dalam program ni, dan kami mula bertungkus lumus untuk menjayakan program ni pada 3hb jun 2011. unit kami diletakkan dibawah ust. razman iaitu penolong pendaftar INFAD, dan kami juga automatically dibawah pengawasan INFAD keseluruhannya.

semua kerja dijalankan di infad (terasa seperti wanita bekerjaya..mengadap laptop je). ana, nisa', shahirah, azahani dan syafihah ditugaskan untuk key-in data2 peserta. 2 malam kami korbankan tidur kami semata-mata nak key-in data2 peserta dan terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah dari kontinjen2 yang mengambil bahagian pada keesokan harinya. ust razman, puan mai dan puan wani banyak membantu dan menasihati kami agar terus kuat menjalani hari-hari mendatang yang berkemungkinan lagi banyak masalah akan melanda.

setelah beberapa hari bersama adik2,ana dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. ana berpendapat, mereka sebenarnya langsung tak mengalami kekurangan dari segi wang mahupun harta. mereka mampu memiliki handphone2 canggih yang belum tentu dapat diperoleh oleh mereka2 yang masih lagi mempunyai ibu ayah. hanya satu kekurangan mereka, KASIH SAYANG. mereka tak kurang dari sudut harta benda, mereka hanya kurang kasih sayang!

kenapa ana berkata demikian..? majoriti adik2 yang sempat ana berkenalan tak segan silu menceritakan asal usul mereka dan bercerita tentang keluarga mereka. mereka bukanlah anak yatim piatu, tapi mereka hanya kehilangan salah seorang dari parents mereka. kalian jangan terkejut sebab ada salah seorang anak yatim yang sempat ana kenal adalah sebenarnya anak tiri kepada seorang artis tanah air, tak perlu ana sebut siapa artis tersebut.

Aina(bukan nama sebenar) telah kehilangan ayah, dan dia diserahkan ke rumah anak-anak yatim bersama adik-beradiknya yang lain setelah ibunya berkahwin dengan artis tersebut. buntu fikiran saya kenapa mereka dihantar ke rumah anak-anak yatim, walhal kalau difikirkan secara logik, artis dan ibu Aina berkemampuan untuk menjaga mereka adik-beradik, dan handphone canggih yang digunakan oleh Aina membuktikan mereka boleh menyara Aina. Aina memberitahu bahawa handphone itu pemberian ibunya.

bila ditanya berapa kerap ibu melawat mereka di rumah anak2 yatim, Aina hanya menggelengkan kepala dan memberitahu bahawa ibunya tak pernah menziarahi mereka. pedih hati ana mendengar berita tu dan secara tak sengaja, air mata ana menitis tanpa dikawal. ana hilang kata-kata mendengar luahan hati Aina dan beberapa adik yang lain.


ana akui, ana tak kuat untuk berhadapan dengan mereka. melihat wajah suci bersih mereka menjadikan hati ana hiba. malam last mereka di usim, ana menyuarakan hasrat hati ana kepada shahirah untuk bertemu mereka buat kali terakhir sebelum mereka pulang keesokannya.

"shira, esok ana nak jumpa dieorang sebelum mereka bertolak pagi esok, nak join ana tak..?."

shira: "ok je.. pagi esok kita turun ea"

keesokannya, shira: "ana, cepat la. cakap nak jumpa dieorang. nanti tak sempat lak"

ana membalas: "takpe la, ana tak nak turun. nanti ana nangis. kalau ana nangis, nanti dieorang pun nangis. ana tak sanggup tengok air mata dieorang. kalau shira nak turun, shira turun la. nanti kirim salam kat dieorang ea"

shira: "ana, turun la. jangan hampa kan mereka. bila lagi kita nak jumpa mereka. turun la untuk kali terakhir. nanti kalau dieorang tanya kenapa ana turun, shira nak jawab pe. ana kan rapat dengan dieorang. terasa lak dieorang nanti."


dengan berat hati, ana turuti kata shahira. kami menuju ke cafe, dan dari jauh lagi atikah sudah melambai2 ke arah kami. hati ana sebak, ana cuba untuk kuatkan diri ana, tapi air mata da melimpah keluar dari kelopak mata. ana berpaling dan berharap mereka tak nampak air mata ana. tapi dalam diam, atikah terlebih dahulu nampak air mata ana berguguran. ana berjumpa pula dengan toha, wati, diana dan ramai lagi, mereka turut menangis.

arghhh...ana kuat! jangan nangis depan mereka! (tapi ana tak mampu....)

sebelum mereka berangkat, kami sekali lagi berkumpul bersama-sama dan berpeluk untuk kali terakhir. ana rapat dengan dieorang, agak sukar untuk ana menerima perpisahan ni. Ya Allah, ana tak sanggup. tak sampai setengah jam bus meninggalkan hostel, mereka call ana. mereka nangis lagi!

dan sehingga hari ini, kami masih lagi berhubung dan ana berharap agar hubungan ini kekal untuk selama-lamanya.


teringat ungkapan dari ketua unit ana,

"tiada keindahan beriman melainkan kemanisan berukhwah."




p/s: memandang muka adik2 ni membuatkan ana teringat pula kejadian tanah runtuh di madrasah At-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat.. innalillah...dan pastinya sahabat ana ini lebih terasa sedihnya berbanding dengan kita yang tidak mempunyai ikatan dengan mangsa2 kejadian. dan Allah telah menyelamatkan diri beliau pada hari kejadian. sahabat ana ini sepatutnya berada di tempat kejadian untuk mengajar nasyid kepada mangsa2, tapi dengan pelbagai halangan, sahabat ana lambat sampai di madrasah tersebut dan terus dikhabarkan dengan tragedi tersebut seusai sampai di Hulu Langat.

T_T

Al-Fatihah...
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign