farhana mohamad: June 2015

Pages

21 June 2015

16 June 2015

Seminar Fiqh of Ramadhan



Kali ini Majlis Ilmu Pulau Pinang (MiPP) membawakan kepada anda sebuah program ala2 Daurah yang khusus supaya kita benar2 faham tentang misi mencapai Taqwa dari pensyariatan Siyam (Puasa) dan Ibadat Lain di Bulan Ramadhan 

Sesuai untuk semua (Muslimin dan Muslimat 

Pengisian (Content) pada peserta :
1. Fiqh of Siyam 
2. Fiqh of Qiamullail,Iktikaf dan Lailatul Qadr 
3. Fiqh of Tarawih dan Witir 
4. Fiqh of Al- Eid 
5. Soal Jawab Puasa dan Zakat Istimewa bersama AJK Fatwa P.Pinang 

Maklumat Program:
πŸ“… 27 Jun 2015,Sabtu 
⏰8am-6.15pm
🏑 Dewan Seminar 1,Masjid Jamek Seberang Jaya,P.Pinang 

✏Panelis : 
1.Pencetus Ummah Shahul Hameed 
2.Ustaz Syaffi Yusof Ghani 
3. Ustaz Ahmad Husam Dato Badarudin 
4. Ustaz Rosli Othman 
5. Ustaz Fawwaz Mohd Jan 

 πŸ’š Yuran Promosi : 
πŸ‘‰ RM 30 Seorang 
πŸ‘‰ RM 50 Dua Orang 

🌟Daftar online : bit.ly/ramadhan2015
Atau mesej/Whatsapp ke 011-12137493 

~Jadikan Ramadan kita kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya~

Tempat Adalah TERHAD 

Boleh disebarkan. Moga bermanfaat buat semua.

Layari Facebook.com/majlisilmupulaupinang utk maklumat lanjut 

 Jazakumullahu khairan kathira

Angin Monsun



itulah perempuan. hihi.
tengah borak dengan suami, tetiba je menangis. pening laki aku tengok wife dia.

posted from Bloggeroid

14 June 2015

kek coklat gst


terasa nak makan kek coklat, gigih la suami mencari. ni hasil yang suami dapat.



kek coklat gst.
rm 5.

cuba tengok ketebalan kek tu.
nipis nau nau.
tak padan dengan harga.
rasa macam rugi je beli.
rasa pun kurang.
terlampau-lampau manis.
lain kali buat sendiri je kata suami.

12 June 2015

penuhi citarasa menantu



bila menantu tak makan sos cili, ni la jadinya. gigih umi ajak g pasaraya. ingatkan nak beli apa je. rupanya nak sos tomato ni je pun.

"ye la. menantu umi kan tak makan sos cili. kesian kat dia pula"

wahhh. gitu ayat umi. 

10 June 2015

rindu kekasih hati






cikna rindu awaks!

#muhamad firash zafran
#muhamad danial haikal


08 June 2015

Tips Kekalkan Hubungan Suami Isteri


Assalamualaikum wbt.


meh sini meh aku nak share tips sikit. haha. dan dan je kan. baru kahwin sebulan dah kepoh nak share tips bagai. lantak la kan. aku share apa yang mertua aku ajar pada aku dan anak-anak menantu yang lain.





1) Beralah

- bila suami ataupun isteri tengah marah, satu lagi seeloknya beralah seketika. Kalau suami marah isteri mengalah, kalau isteri marah suami mengalah. tak jatuh saham pun kalau suami mengalah kejap dengan isteri.
jarang-jarang sekali layan la perangai macam-macam isteri tu. isteri dah follow awak 200%, takkan nak mengalah kejap tak bolehkan. Api lawan api sampai bila pun masalah tak settle.

2) Jangan Bergaduh Lama-lama

- normal la kan bila dah jadi suami isteri. takde nya la sweet setiap waktu. pasti akan bergaduh juga walaupun sekadar gaduh manja. kalau boleh, bila bergaduh pagi, jangan dibawa sampai ke petang. kalau bergaduh hari ni, jangan bawa sampai esoknya. tak tenang hati kot duk masam muka laki bini kan. haaa gitu mertua aku cakap. kalau aku la kan, memang takleh tidur la jawabnya kalau duk bantai bergaduh.

3) Cool Down

- bagi masa dan ruang untuk pasangan cool down seketika bila bergaduh. macam point first tu, salah seorang kena mengalah then tunggu masing-masing dah cool down baru tegur balik. Bila masing-masing dah sejuk, cuba la settlekan masalah perlahan-lahan. Luahkan apa yang tak puas hati, apa yang terkesan di hati. InsyaAllah, slow-slow pasangan boleh terima teguran atau pandangan tu. Kalau pakat duk luah perasaan time tengah panas, memang tak selesai pun masalah tu.

4) Selesaikan Masalah

- bila masing-masing dah sejuk maka boleh la settlekan masalah korang tu. Cari inisiatif untuk selesaikan masalah tu. Kalau masalah tu kecil, jangan dibesarkan. Tak best la kan gaduh disebabkan masalah kecil je. Bincang dari hati ke hati, cari masa yang sesuai untuk luahkan perasaan masing-masing. Bincang time tengok tv pun boleh.  contoh la kan pasangan tengah tengok tv, korang p la usik-usik, belai-belai tangan dia then gtau la dengan nada yang biasa-biasa ataupun nada manja gedik-gedik sikit ke.

"You nak tau tak, i terasa hati sangat-sangat tau pasal semalam........."

So, takde la stress sangat kan nak settle masalah tu, kiranya masalah tu diselesaikan bukan dalam keadaan tegang.

5) Jangan Sesekali Berasingan Tempat Tidur

- bergaduh besar macam mana sekalipun, elakkan tidur berasingan. Jangan sesekali berasingan tempat tidur, melainkan anda dan pasangan dah tahap kronik sangat. Point ni yang mak mertua aku duk ulang setiap masa. gaduh tu gaduh la juga, tidur tetap kena sebilik, sekatil, seselimut, sebantal. Gitu kau! mana la tahu kan kot katil tu menjadi tempat penyatuan dua hati balik. Wahhh.    *kihkih. Jap lagi ada yang ngadu 18sx



Sekian saje dari ustajah yang baru kahwin buat tatapan pasangan-pasangan yang baru kahwin mahupun yang dah lama kahwin ataupun yang bakal berkahwin. Sama-sama jaga kebahagiaan rumahtangga kita.

Kunci kebahagiaan rumahtangga kita tu terletak pada kita sendiri sebenarnya. macam mana kita nak kemudi rumahtangga kita. Sebab tu aku selalu tekankan lengkapkan diri kita secukupnya dengan ilmu rumahtangga dan pengetahuan agama sebelum berumahtangga. jangan ingat kahwin tu best sangat, kena faham tanggungjawab masing-masing lebih-lebih lagi kaum adam. Rumahtangga awak terletak dibahu awak. Pandai-pandai la belajar macam mana nak jaga anak isteri awak nanti mengikut apa yang agama kita ajar. Kalau diri sendiri masih tunggang langgang, jangan tergedik nak kahwin. Tanggungjawab nak didik anak isteri tu sangat besar.



P/s: doakan rumahtangga aku terus disinari sakinah, mawaddah warrahmah.

02 June 2015

happy first month anniversary!



hihi. over pula rasanya.

alhamdulillah, hari ni dah genap sebulan kahwin. doakan kami diberi kekuatan dalam melayari bahtera rumahtangga hingga akhir hayat kami. 
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign