farhana mohamad: Tips Kekalkan Hubungan Suami Isteri

08 June 2015

Tips Kekalkan Hubungan Suami Isteri


Assalamualaikum wbt.


meh sini meh aku nak share tips sikit. haha. dan dan je kan. baru kahwin sebulan dah kepoh nak share tips bagai. lantak la kan. aku share apa yang mertua aku ajar pada aku dan anak-anak menantu yang lain.





1) Beralah

- bila suami ataupun isteri tengah marah, satu lagi seeloknya beralah seketika. Kalau suami marah isteri mengalah, kalau isteri marah suami mengalah. tak jatuh saham pun kalau suami mengalah kejap dengan isteri.
jarang-jarang sekali layan la perangai macam-macam isteri tu. isteri dah follow awak 200%, takkan nak mengalah kejap tak bolehkan. Api lawan api sampai bila pun masalah tak settle.

2) Jangan Bergaduh Lama-lama

- normal la kan bila dah jadi suami isteri. takde nya la sweet setiap waktu. pasti akan bergaduh juga walaupun sekadar gaduh manja. kalau boleh, bila bergaduh pagi, jangan dibawa sampai ke petang. kalau bergaduh hari ni, jangan bawa sampai esoknya. tak tenang hati kot duk masam muka laki bini kan. haaa gitu mertua aku cakap. kalau aku la kan, memang takleh tidur la jawabnya kalau duk bantai bergaduh.

3) Cool Down

- bagi masa dan ruang untuk pasangan cool down seketika bila bergaduh. macam point first tu, salah seorang kena mengalah then tunggu masing-masing dah cool down baru tegur balik. Bila masing-masing dah sejuk, cuba la settlekan masalah perlahan-lahan. Luahkan apa yang tak puas hati, apa yang terkesan di hati. InsyaAllah, slow-slow pasangan boleh terima teguran atau pandangan tu. Kalau pakat duk luah perasaan time tengah panas, memang tak selesai pun masalah tu.

4) Selesaikan Masalah

- bila masing-masing dah sejuk maka boleh la settlekan masalah korang tu. Cari inisiatif untuk selesaikan masalah tu. Kalau masalah tu kecil, jangan dibesarkan. Tak best la kan gaduh disebabkan masalah kecil je. Bincang dari hati ke hati, cari masa yang sesuai untuk luahkan perasaan masing-masing. Bincang time tengok tv pun boleh.  contoh la kan pasangan tengah tengok tv, korang p la usik-usik, belai-belai tangan dia then gtau la dengan nada yang biasa-biasa ataupun nada manja gedik-gedik sikit ke.

"You nak tau tak, i terasa hati sangat-sangat tau pasal semalam........."

So, takde la stress sangat kan nak settle masalah tu, kiranya masalah tu diselesaikan bukan dalam keadaan tegang.

5) Jangan Sesekali Berasingan Tempat Tidur

- bergaduh besar macam mana sekalipun, elakkan tidur berasingan. Jangan sesekali berasingan tempat tidur, melainkan anda dan pasangan dah tahap kronik sangat. Point ni yang mak mertua aku duk ulang setiap masa. gaduh tu gaduh la juga, tidur tetap kena sebilik, sekatil, seselimut, sebantal. Gitu kau! mana la tahu kan kot katil tu menjadi tempat penyatuan dua hati balik. Wahhh.    *kihkih. Jap lagi ada yang ngadu 18sx



Sekian saje dari ustajah yang baru kahwin buat tatapan pasangan-pasangan yang baru kahwin mahupun yang dah lama kahwin ataupun yang bakal berkahwin. Sama-sama jaga kebahagiaan rumahtangga kita.

Kunci kebahagiaan rumahtangga kita tu terletak pada kita sendiri sebenarnya. macam mana kita nak kemudi rumahtangga kita. Sebab tu aku selalu tekankan lengkapkan diri kita secukupnya dengan ilmu rumahtangga dan pengetahuan agama sebelum berumahtangga. jangan ingat kahwin tu best sangat, kena faham tanggungjawab masing-masing lebih-lebih lagi kaum adam. Rumahtangga awak terletak dibahu awak. Pandai-pandai la belajar macam mana nak jaga anak isteri awak nanti mengikut apa yang agama kita ajar. Kalau diri sendiri masih tunggang langgang, jangan tergedik nak kahwin. Tanggungjawab nak didik anak isteri tu sangat besar.



P/s: doakan rumahtangga aku terus disinari sakinah, mawaddah warrahmah.

3 comments:

  1. amin...
    amboii lame honeymoonnye cikna oiii
    hari tu rase lain tau bile cikna xde
    pape pon semoga hbgan akn kekal sweet2 gitu
    xsabar nak dapat anak buah baru
    teeeeettt

    ReplyDelete
  2. Dalam rumah tangga saya, wife saya yang banyak berjasa untuk mententeramkan keadaan, nasib baik dapat isteri yang sejuk sebab saya ni jenis panas.

    ajaibnya, bila dah lama kawen (lama tak lama sgtla... baru nak masuk 4 tahun), bila dia tengah panas, saya boleh jd sejuk lak...

    ReplyDelete
  3. phewitt...
    tak tahu nak komen camne
    tapi yang paling penting tolak ansur jangan ego
    apapun nice sharing, akak doakan yang terbaik buat ana dan suami

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign