farhana mohamad: January 2015

24 January 2015

Kuala Krai Dihadapan Mata

*autopublish

Assalamualaikum wbt

Dua hari lepas aku berkesempatan melalui Kuala Krai untuk pulang ke rumah. Plan asalnya nak ikut lebuhraya pantai timur, tapi cancel sebab abah dah penat. Beza 100 km lebih untuk sampai ke rumah kalau ikut lpt. Agak jauh jika dibandingkan melalui Gua Musang.

Dari awal gerak memang dah target kalau boleh nak sampai kuala krai sebelum maghrib. Kalau malam baru sampai kuala krai, tak dapat tengok lah kesan banjir baru-baru ni.

Alhamdulillah, jam 5.45 petang kami memasuki kuala krai. Tak tahu nak cakap macam mana. Sedih tengok kawasan di sana. Sangat teruk kesan banjir di sini. Paras air banjir masih kelihatan di sepanjang jalan. Memang sangat tinggi. Boleh bayangkan tak paras air melebihi tiang elektrik. Yang mana rumah berada rendah dari jalanraya memang tenggelam 100%. 

Aku sertakan beberapa gambar yang sempat diambil. Banyak gambar yang sempat diambil, aku upload sikit je la ehh. Ni hanyalah gambar di jalan utama, tak tahu macam mana keadaan mereka yang berada agak jauh dari jalan utama. Mungkin lebih teruk dari apa yang aku lihat disini.









Sepanjang perjalanan, macam-macam keadaan yang sempat aku tengok. Kiri kanan jalan kelihatan khemah di dirikan di hadapan rumah masing-masing yang dah rosak teruk. Ada yang senget benget, ada yang tinggal tapak je. Rumah-rumah kayu yang ranap dibawa air sangat banyak. Disebabkan arus air banjir baru-bari sangat deras, banyak rumah yang terhanyut. Pokok-pokok banyak yang tumbang mengikut arus air. Tiang elektrik pun sama tumbang juga.

Jalan banyak rosak. Pecah teruk. Dan ada beberapa tempat yang terjadi tanah runtuh. Dan keadaan di sana sangat berdebu. Debu yang disebabkan selut yang dah kering. Sama juga keadaannya di bandar kota bharu. Disarankan untuk memakai mask lebih lebih lagi bagi yang menghidap asma. Sangat pedih tekak dan mata. Tapi ini dah tak seteruk awal-awal dulu. Pada awal banjir surut dulu aku sempat ke bandar kota bharu, pada ketika tu memang tak berani nak keluar kereta. Berdebu yang sangat teruk.

Kiri kanan jalan juga aku tengok banyak sampah. Sampah yang dibuang ketika proses pembersihan rumah. Sama juga di bandar kota bharu pada awal banjir surut dulu. Sampah bertimbunan di merata tempat. Sampah-sampah ini dah tak sebanyak awal-awal dulu.

Masing-masing tengah gigih bersihkan rumah. Nak bersihkan lumpur bukan satu kerja yang senang. Barang-barang bertimbun di luar rumah masing-masing. Dua kali basuh belum memadai, memang kena sental banyak kali. Pakcik aku sendiri duk ulang basuh barang-barang hampir 5 kali. Itu pun bukanlah bersih 100%. Memang penat.

Dan di beberapa bus stop mahupun pondok, kelihatan timbunan pakaian-pakaian yang didermakan orang awam. Sangat banyak memenuhi ruang bus stop tu. Aku rasa bukan diaorang tak menghargai pemberian orang, cumanya bila dilonggok di situ, berhujan panas, basah, macam mana diaorang nak pakaikan. Dan diorang juga terkejar-kejar nak balik kemas rumah masing-masingkan.

Sepanjang jalan juga aku berselisih dengan banyak kereta yang konvoi untuk misi bantuan. Berpuluh trak atm yang aku jumpa sepanjang jalan. Sangat tinggi jasa kalian bagi mereka dalam kesusahan. 


Dan yang penting sekali, mereka tak pernah lupa jasa mereka-mereka yang turun padang membantu mangsa. Terima kasih sukarelawan-sukarelawan, ngo, badan kerajaan dan semua yang sama-sama menggembling tenaga membantu mangsa banjir. 


Kain rentang ucapan terima kasih ini yang aku lihat di sepanjang jalan. Dan ada juga kain rentang penghargaan hasil tulisan mangsa-mangsa sendiri.
 Anda semua adalah superhero mereka!
Terima kasih rakyat Malaysia!



P/s: Fasa pemulihan yang akan memakan masa yang panjang. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Sang Pencipta.


#ilovemalaysia!
#kitakanislam
#togetherweunite
#kelabbloggerbenashaari

20 January 2015

Sanah Helwah Tuan Guru

*autopublish


Assalamualaikum wbt.


Tanggal 10 Januari yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran insan yang sangat aku kagumi. Insan yang sangat hebat dimata aku. Cukup kagum dengan ketinggian ilmu agama beliau, sikapnya yang zuhud. Memang jauh beza dengan diri aku, ilmu baru hujung jari.


Alhamdulillah, anak buah aku berpeluang bertahnik dengan Tuan Guru bulan November lepas. Abah cakap ambil lah kesempatan sementara beliau masih ada. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Ambil berkat ulama'.

beliau dah terlalu uzur tapi masih gagahkan diri ke masjid untuk solat 5 waktu. Kita yang sihat ke masjid pun tidak.


"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah YB Tuan Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr. 





P/s: beliau berada di icu sekarang.
 Doakan beliau terus diberi kesihatan yang baik.
Dunia masih memerlukan insan hebat ini.
Ketepikan seketika sentimen politik dan sama-sama doakan beliau.



#prayfortokguru
#kelabbloggerbenashaari

16 January 2015

Hak Dalam Institusi Keluarga


Assalamualaikum wbt

Jemput datang bagi yang berkelapangan dan berdekatan. Ketahui hak anda dalam institusi keluarga. Khususnya buat anda para isteri dan ibu sekalian. Mungkin ada hak-hak yang anda tak tahu. Jangan menidakkan hak anda. Ambil peluang yang ada ni untuk tambah ilmu kita semua. 


Seminar Wanita dan Syariah
"Hak Dalam Institusi Keluarga"
Ahad, 18 Januari 2015
8.30 pagi-12.30 tengahari
tempat: Kompleks Pendidikan Islam Bangi, Bandar Baru Bangi


Terbuka untuk semua. 
Lelaki pun boleh datang. 
Seminar free, sangat rugi kalau anda lepaskan peluang ni.
Sangat bagus bagi pasangan yang bakal berkahwin!
jangan ingat kahwin tu sesuatu yang mudah.
selami ilmu rumahtangga secukupnya. 
Ketahui hak anda agar mudah menghadapi masalah yang mungkin timbul kelak dalam rumahtangga anda. 



P/s: rugi kalau tak datang. Panel yang hebat dan berpengalaman luas dalam ilmu guaman syarie. Tuan Hj Musa Awang, salah seorang idola yang aku kagumi.

aku merayu sangat-sangat korang yang berdekatan dan berkelapangan untuk join seminar ni. Apa yang aku boleh simpulkan sepanjang berada di mahkamah, kebanyakan kaum isteri tak tahu hak kita sebagai seorang isteri. Jangan ingat hanya lelaki berhak dalam semua perkara. Anda juga ada hak. Jangan sesekali menidakkan hak anda.

14 January 2015

MY BIRTHDAY GIVEAWAY BY DR SHIKIN


Assalamualaikum wbt

Dah lama tak join giveaway.
kali ni nak join giveaway dari dukturah kita ni, dr shikin.
thanks kak wana for tagging.
hari tu dah terlepas satu giveaway yang kak wana tag. So kali ni takmo kejadian sama berulang lagi. Sebagai menghargai jasa kak wana yang sudi tag budak sorang ni. 


Jemput join bagi yang berkelapangan.
Tamat bila-bila masa.
jadi, sila laju laju join ye.

Tak tahu follower ke berapa sebab dah lama follow kak shikin. Kihkih


Ni hadiahnya

Suit cover x 1 pemenang
Washing bag x 10 pemenang
Shiseido face mask hitam x 4 pemenang

12 January 2015

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid IKIM Fm 2014


*autopublish

Dalam family aku rasanya hanya aku yang layan nasyid-nasyid. Hehe. So tengoklah Anugerah Nasyid IKIM Fm 2014 sorang-sorang je. Ni adalah senarai pemenang pada malam 10 Januari 2014. Rasanya takde yang tertinggal dah kot.

Juara Nasyid Terbaik: Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)
Naib Juara : Seiring Sehaluan : (UNIC)
Ketiga : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)
Lirik Terbaik : Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)
Vokal Terbaik : Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)
Persembahan Terbaik : Mawi & Dato’ AC Mizal (Al-Haq…Yang Satu)
Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta : Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)
Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta : Kasih Padamu ( Hafiz Hamidun)
Artis Nasyid Baru Terbaik : Kumpulan Du’a
Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)
Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun
Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : Kumpulan Nowseeheart


P/s: tahniah kepada semua pemenang. 
Aku cukup suka lirik Tangis Sebatang Tamar. Bukan sekadar lagu. Ada kisah disebalik lagu tu, sirah nabi yang mungkin kita belum pernah baca tentangnya. Boleh baca kisah tu kat sini ye >>>> di sebalik tangis sebatang tamar

08 January 2015

70sen sebiji dik


*autopublish


Terasa nak makan puding karamel. Alang-alang abah pun ada kat rumah, boleh la buat. Kalau tak membazir je buat pastu takde orang makan. Gigih la ke pantai timur, billion, kedai runcit bagai mencari telur. Kat pasaraya telur takde. Bukan setakat telur je, barang-barang lain pun banyak takde. Rak banyak kosong.

Last kedai baru ada telur. Gigih sangat mencari sebab semangat nak buat puding karamel kan.

"Kak, nak telur tiga ringgit" 

Aku mintak macam biasa. Then akak tu reply,

"Telur mahal sekarang ni dik" nampak akak tu serba salah je mukanya.

"Mahal berapa kak?" 

"70 sen sebiji dik. Telur susah nak dapat sekarang. Tu yang mahal"

Angguk je la aku haa. Nak tersedak aku dengar jawapan akak tu. Dah la kat kedai lain semua takde telur. Yang ada pulak dah naik harga.



P/s: kat tempat aku je ke harganya macam ni. Tempat korang macam mana? Mahal jugak ke.

Belum berkesempatan untuk blogwalking. So sorry. 

Yang mana duk bising dalam whatsapp tu, nanti aku terjah korang ye. Gedik!   =P

03 January 2015

Pasca Banjir


Assalamualaikum wbt.

Tiada siapa membayangkan banjir tahun ni sangat buruk. Banjir diakhir tahun adalah suatu acara tahunan yang ditempuh rakyat di pantai timur. Seingat aku, last banjir paling teruk pada tahun 2004. Seminggu juga ambil masa bersihkan halaman sekolah yang rosak teruk.

Alhamdulillah, kediaman aku selamat dari bencana banjir. Banjir 2004 tak kena, banjir 2014 pun tak kena. Alhamdulillah. Daerah aku satu-satunya daerah yang tidak terlibat dengan banjir. Hampir seluruh Kelantan lumpuh. Agak tergugat dengan banjir 2014. Hati tak tenteram, risau kalau banjir. Air mengalir sangat deras. Setiap masa dapat update dari kawasan sekeliling memandangkan air sedang menuju ke kawasan kami.

Bila melihat pada kesan banjir di Gua Musang dan Kuala Krai khususnya, sungguh sebak. Keadaan sangat-sangat teruk. Maaf jika aku katakan, seolah-olah baru dilanda tsunami. Betapa teruknya Banda Acheh selepas tsunami, begitu jugalah teruknya beberapa tempat di sini. ada yang kehilangan tempat tinggal. 

Allahuakbar..

Kosong. Takde apa yang tinggal. Balik rumah dengan harapan nak bersihkan rumah, malangnya takde apa yang tinggal. Hanya tapak bekas rumah yang kosong.

Ada juga beberapa sanak saudara yang terlibat dengan banjir. Atuk, pakcik, datuk saudara, junior serta beberapa orang murabbi aku antara yang menjadi mangsa banjir. Sedih melihat keadaan rumah yang tunggang langgang.

Bersyukurlah kita semua tak diduga macam tu. Bekalan elektrik diputuskan, bekalan air juga tiada, terputus hubungan dengan ahli keluarga. Area rumah aku hanya terputus network. Itupun dah rasa macam takde arah. Nak call orang pun tak boleh, memang tak dapat update dari mana-mana. Itu kawasan aku yang hanya terputus network. Boleh bayangkan tak kawasan-kawasan yang terputus bekalan elektrik, air takde, makanan takde. Bekalan makanan hampir lumpuh kat sini. Masuk pasaraya mahupun kedai runcit biasa, korang hanya pandang rak-rak kosong. Masing-masing dah stand by sekiranya banjir. Stesen-stesen minyak pun dah kehabisan petrol. atm out.

Sekali lagi aku tegaskan, ini kawasan aku yang tak dilanda banjir. Boleh bayangkan tak kawasan-kawasan banjir tu macam mana? Hampir dua minggu bergelap, takde bekalan air bersih, bekalan makanan pun takde. Nak makan minum pun susah. Terputus hubungan dengan ahli keluarga. Duit takde. Di pasir mas, heli mendarat di sebuah sekolah dan air diagihkan. Hanya sebotol air mineral diberikan. Sebotol air tak mencukupi bagi satu keluarga besar.

Bila ke tempat-tempat yang terlibat banjir, korang dapat tengok ada yang tidur di bawah jambatan. Pasang khemah dan berteduh di tepi jalanraya. Berteduh di bus stop. Itu satu-satunya pilihan yang mereka ada. Bukan taknak ke tempat pemindahan, tapi ada sesetengahnya lokasi jauh dari rumah mereka. Macam mana nak ke sana kalau transport takde. Dan tempat pemindahan juga dah terlalu padat. Yang berada di tempat pemindahan juga ada yang tak sempat makan minum. Bantuan ada tapi tak mencukupi. Jumlah mangsa banjir terlampau ramai.

Kata seorang pakcik dalam siaran tv, “pokcik lebih rela tidur tepi jale ni dari g tempat mindah tu. Tempat jauh. Pokcik takdop kereta nak g denuh. Kereta selam air habis doh. Duk sana pun ada hok takleh makan. Pakcik duk sini ada juga hok sanggup bereti kereta hulur makanan, hulur pitis sikit. Boleh juga g cari makanan ko anak-anak.“
Allahurabbi…

aku mungkin tak setabah mereka. insyaAllah, ada sesuatu yang menanti anda. aku percaya Allah takkan bagi dugaan hebat ni pada insan yang biasa-biasa. Aku tak tahu samada word “sabar’’ mahupun ‘’jangan sedih’’ relevan atau tak diungkapkan pada mangsa. Mungkin senang untuk kita berkata-kata sebab kita tak rasa apa yang mereka rasa.




p/s: satu persatu Allah tegur. Kita perasan tak teguran Allah ni? Teguran Allah dah banyak, kita berubah ke tak. Ke makin hanyut dengan dunia?

Tepuk dada Tanya iman.

   Takziah buat abang eraz dan kak fiza. Antara ahli kbba yang terlibat dengan banjir. all the best buat team kbba yang akan ke kuala lipis, pahang bagi membantu mangsa banjir. semoga dipermudahkan semua urusan kalian.


#prayforpantaitimur
#kelabbloggerbenashaari


-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign