farhana mohamad: Kuala Krai Dihadapan Mata

Pages

24 January 2015

Kuala Krai Dihadapan Mata

*autopublish

Assalamualaikum wbt

Dua hari lepas aku berkesempatan melalui Kuala Krai untuk pulang ke rumah. Plan asalnya nak ikut lebuhraya pantai timur, tapi cancel sebab abah dah penat. Beza 100 km lebih untuk sampai ke rumah kalau ikut lpt. Agak jauh jika dibandingkan melalui Gua Musang.

Dari awal gerak memang dah target kalau boleh nak sampai kuala krai sebelum maghrib. Kalau malam baru sampai kuala krai, tak dapat tengok lah kesan banjir baru-baru ni.

Alhamdulillah, jam 5.45 petang kami memasuki kuala krai. Tak tahu nak cakap macam mana. Sedih tengok kawasan di sana. Sangat teruk kesan banjir di sini. Paras air banjir masih kelihatan di sepanjang jalan. Memang sangat tinggi. Boleh bayangkan tak paras air melebihi tiang elektrik. Yang mana rumah berada rendah dari jalanraya memang tenggelam 100%. 

Aku sertakan beberapa gambar yang sempat diambil. Banyak gambar yang sempat diambil, aku upload sikit je la ehh. Ni hanyalah gambar di jalan utama, tak tahu macam mana keadaan mereka yang berada agak jauh dari jalan utama. Mungkin lebih teruk dari apa yang aku lihat disini.









Sepanjang perjalanan, macam-macam keadaan yang sempat aku tengok. Kiri kanan jalan kelihatan khemah di dirikan di hadapan rumah masing-masing yang dah rosak teruk. Ada yang senget benget, ada yang tinggal tapak je. Rumah-rumah kayu yang ranap dibawa air sangat banyak. Disebabkan arus air banjir baru-bari sangat deras, banyak rumah yang terhanyut. Pokok-pokok banyak yang tumbang mengikut arus air. Tiang elektrik pun sama tumbang juga.

Jalan banyak rosak. Pecah teruk. Dan ada beberapa tempat yang terjadi tanah runtuh. Dan keadaan di sana sangat berdebu. Debu yang disebabkan selut yang dah kering. Sama juga keadaannya di bandar kota bharu. Disarankan untuk memakai mask lebih lebih lagi bagi yang menghidap asma. Sangat pedih tekak dan mata. Tapi ini dah tak seteruk awal-awal dulu. Pada awal banjir surut dulu aku sempat ke bandar kota bharu, pada ketika tu memang tak berani nak keluar kereta. Berdebu yang sangat teruk.

Kiri kanan jalan juga aku tengok banyak sampah. Sampah yang dibuang ketika proses pembersihan rumah. Sama juga di bandar kota bharu pada awal banjir surut dulu. Sampah bertimbunan di merata tempat. Sampah-sampah ini dah tak sebanyak awal-awal dulu.

Masing-masing tengah gigih bersihkan rumah. Nak bersihkan lumpur bukan satu kerja yang senang. Barang-barang bertimbun di luar rumah masing-masing. Dua kali basuh belum memadai, memang kena sental banyak kali. Pakcik aku sendiri duk ulang basuh barang-barang hampir 5 kali. Itu pun bukanlah bersih 100%. Memang penat.

Dan di beberapa bus stop mahupun pondok, kelihatan timbunan pakaian-pakaian yang didermakan orang awam. Sangat banyak memenuhi ruang bus stop tu. Aku rasa bukan diaorang tak menghargai pemberian orang, cumanya bila dilonggok di situ, berhujan panas, basah, macam mana diaorang nak pakaikan. Dan diorang juga terkejar-kejar nak balik kemas rumah masing-masingkan.

Sepanjang jalan juga aku berselisih dengan banyak kereta yang konvoi untuk misi bantuan. Berpuluh trak atm yang aku jumpa sepanjang jalan. Sangat tinggi jasa kalian bagi mereka dalam kesusahan. 


Dan yang penting sekali, mereka tak pernah lupa jasa mereka-mereka yang turun padang membantu mangsa. Terima kasih sukarelawan-sukarelawan, ngo, badan kerajaan dan semua yang sama-sama menggembling tenaga membantu mangsa banjir. 


Kain rentang ucapan terima kasih ini yang aku lihat di sepanjang jalan. Dan ada juga kain rentang penghargaan hasil tulisan mangsa-mangsa sendiri.
 Anda semua adalah superhero mereka!
Terima kasih rakyat Malaysia!



P/s: Fasa pemulihan yang akan memakan masa yang panjang. Semoga dipermudahkan segalanya oleh Sang Pencipta.


#ilovemalaysia!
#kitakanislam
#togetherweunite
#kelabbloggerbenashaari

6 comments:

  1. sangat teruk tengok pemandangan lepas banjir tu..kak wana turut sedih tengok..alhamdulillah rakyat malaysia ni sangat prihatin..ringan membantu mangsa2 banjir..

    ReplyDelete
  2. sedih tengok keadaan lepas banjirkan...semoga diorang terus tabah

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. semuanya musnah mcm kena tsunami. :'(

    ReplyDelete
  4. sedihnya... moga mereka tabah hadapinya...


    pssstttt.. tahniah ya... http://www.mialiana.com/2015/01/pemenang-bertuah-url-blog-12.html

    ReplyDelete
  5. semoga mereka tabah hadapi dugaan ni

    Jemput join Segmen Bloglist Mac-April CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  6. ALLAH. nak menangis tengok gambo yang ana ambil
    besar sungguh ujian yang mereka hadapi
    nak suruh tabah pun, mungkin mereka naik muak sebab kita tak lalui
    cuma yakinlah bahawa ALLAH terlalu menyayangi kalian
    maka ujian ini diberikan sebagai tanda kasih
    lulus ujian ini, anda semua berada di level yang mungkin tak mampu
    ditandingi oleh manusia seperti saya

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign