Assalamualaikum wbt.
Tanggal 10 Januari yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran insan yang sangat aku kagumi. Insan yang sangat hebat dimata aku. Cukup kagum dengan ketinggian ilmu agama beliau, sikapnya yang zuhud. Memang jauh beza dengan diri aku, ilmu baru hujung jari.
Alhamdulillah, anak buah aku berpeluang bertahnik dengan Tuan Guru bulan November lepas. Abah cakap ambil lah kesempatan sementara beliau masih ada. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Ambil berkat ulama'.
beliau dah terlalu uzur tapi masih gagahkan diri ke masjid untuk solat 5 waktu. Kita yang sihat ke masjid pun tidak.
"Umur ialah anugerah Allah SWT kepada kita. Ia hanyalah merupakan bekas yang boleh diisi samada dengan pahala atau dosa. Orang yang beriman akan sangat bimbang mengisi bekas umur ini dengan dosa kerana takut kesannya pada hidup. Sebagaimana orang kita kalau ingin meracun lalang, dibancuh racun di dalam baldi. Baldi itu sebelum diguna semula untuk tujuan lain akan dibasuh sebersih-bersihnya kerana bimbang kesan buruk racun jika tidak dibersihkan. Maka sebagaimana kita basuh baldi yang berisi racun bimbang kesan buruknya, demikian bekas umur kita wajib dibasuh dengan amalan soleh jika pernah diisi dengan dosa..." - petikan kuliah YB Tuan Guru semasa menafsirkan Surah Al-Asr.
P/s: beliau berada di icu sekarang.
Doakan beliau terus diberi kesihatan yang baik.
Dunia masih memerlukan insan hebat ini.
Ketepikan seketika sentimen politik dan sama-sama doakan beliau.
#prayfortokguru
#kelabbloggerbenashaari
P/s: beliau berada di icu sekarang.
Doakan beliau terus diberi kesihatan yang baik.
Dunia masih memerlukan insan hebat ini.
Ketepikan seketika sentimen politik dan sama-sama doakan beliau.
#prayfortokguru
#kelabbloggerbenashaari
semoga tuan guru cepat sembuh...sedih bila dgr berita dia dalam icu :(
ReplyDeleteInsyaAllah.
Deletesama2 doakan kak.
Kita masih perlukan org yang kuat agama macam beliau.
semoga beliau sempat sembuh..bertuah anak buah farhana dapat berkat tuan guru.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deleterezeki firash jumpa tgna.
Dari buat majlis cukur jambul kat rumah, ada baiknya bawa firash jumpa alim ulama. Mintak berkat dari mereka. Sekarang pun dunia dah macam2, itu belum lagi era firash akan datang. Boleh jadi makin teruk dari sekarang
masa akak baca entry ni, tuan guru dah pergi meninggalkan kita
ReplyDeleteentah kenapa terasa sebak ketika mengetahui kematian dia
walau secara jujurnya dari segi politik, fahaman terlalu berbeza
tapi akak menyanjung tinggi keperibadian dia
moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman
p/s-beruntungnya anak saudara ana tu. moga jadi anak yang soleh