Assalamualaikum wbt.
Tiada siapa membayangkan banjir tahun
ni sangat buruk. Banjir diakhir tahun adalah suatu acara tahunan yang ditempuh
rakyat di pantai timur. Seingat aku, last banjir paling teruk pada tahun 2004.
Seminggu juga ambil masa bersihkan halaman sekolah yang rosak teruk.
Alhamdulillah, kediaman aku selamat
dari bencana banjir. Banjir 2004 tak kena, banjir 2014 pun tak kena.
Alhamdulillah. Daerah aku satu-satunya daerah yang tidak terlibat dengan
banjir. Hampir seluruh Kelantan lumpuh. Agak tergugat dengan banjir 2014. Hati
tak tenteram, risau kalau banjir. Air mengalir sangat deras. Setiap masa dapat
update dari kawasan sekeliling memandangkan air sedang menuju ke kawasan kami.
Bila melihat pada kesan banjir di Gua
Musang dan Kuala Krai khususnya, sungguh sebak. Keadaan sangat-sangat teruk.
Maaf jika aku katakan, seolah-olah baru dilanda tsunami. Betapa teruknya Banda
Acheh selepas tsunami, begitu jugalah teruknya beberapa tempat di sini. ada
yang kehilangan tempat tinggal.
Allahuakbar..
Kosong. Takde apa yang tinggal. Balik
rumah dengan harapan nak bersihkan rumah, malangnya takde apa yang tinggal.
Hanya tapak bekas rumah yang kosong.
Ada juga beberapa sanak saudara yang
terlibat dengan banjir. Atuk, pakcik, datuk saudara, junior serta beberapa
orang murabbi aku antara yang menjadi mangsa banjir. Sedih melihat keadaan
rumah yang tunggang langgang.
Bersyukurlah kita semua tak diduga
macam tu. Bekalan elektrik diputuskan, bekalan air juga tiada, terputus
hubungan dengan ahli keluarga. Area rumah aku hanya terputus network. Itupun
dah rasa macam takde arah. Nak call orang pun tak boleh, memang tak dapat
update dari mana-mana. Itu kawasan aku yang hanya terputus network. Boleh
bayangkan tak kawasan-kawasan yang terputus bekalan elektrik, air takde,
makanan takde. Bekalan makanan hampir lumpuh kat sini. Masuk pasaraya mahupun
kedai runcit biasa, korang hanya pandang rak-rak kosong. Masing-masing dah
stand by sekiranya banjir. Stesen-stesen minyak pun dah kehabisan petrol. atm
out.
Sekali lagi aku tegaskan, ini kawasan
aku yang tak dilanda banjir. Boleh bayangkan tak kawasan-kawasan banjir tu
macam mana? Hampir dua minggu bergelap, takde bekalan air bersih, bekalan
makanan pun takde. Nak makan minum pun susah. Terputus hubungan dengan ahli
keluarga. Duit takde. Di pasir mas, heli mendarat di sebuah sekolah dan air
diagihkan. Hanya sebotol air mineral diberikan. Sebotol air tak mencukupi bagi
satu keluarga besar.
Bila ke tempat-tempat yang terlibat
banjir, korang dapat tengok ada yang tidur di bawah jambatan. Pasang khemah dan
berteduh di tepi jalanraya. Berteduh di bus stop. Itu satu-satunya pilihan yang
mereka ada. Bukan taknak ke tempat pemindahan, tapi ada sesetengahnya lokasi
jauh dari rumah mereka. Macam mana nak ke sana kalau transport takde. Dan
tempat pemindahan juga dah terlalu padat. Yang berada di tempat pemindahan juga
ada yang tak sempat makan minum. Bantuan ada tapi tak mencukupi. Jumlah mangsa
banjir terlampau ramai.
Kata seorang pakcik dalam siaran tv,
“pokcik lebih rela tidur tepi jale ni dari g tempat mindah tu. Tempat jauh.
Pokcik takdop kereta nak g denuh. Kereta selam air habis doh. Duk sana pun ada
hok takleh makan. Pakcik duk sini ada juga hok sanggup bereti kereta hulur
makanan, hulur pitis sikit. Boleh juga g cari makanan ko anak-anak.“
Allahurabbi…
aku mungkin tak setabah mereka.
insyaAllah, ada sesuatu yang menanti anda. aku percaya Allah takkan bagi dugaan
hebat ni pada insan yang biasa-biasa. Aku tak tahu samada word “sabar’’ mahupun
‘’jangan sedih’’ relevan atau tak diungkapkan pada mangsa. Mungkin senang untuk
kita berkata-kata sebab kita tak rasa apa yang mereka rasa.
p/s: satu persatu Allah tegur. Kita
perasan tak teguran Allah ni? Teguran Allah dah banyak, kita berubah ke tak. Ke
makin hanyut dengan dunia?
Tepuk dada Tanya iman.
Takziah buat abang eraz dan kak
fiza. Antara ahli kbba yang terlibat dengan banjir. all the best buat team kbba yang akan ke kuala lipis, pahang bagi membantu mangsa banjir. semoga dipermudahkan semua urusan kalian.
#prayforpantaitimur
#kelabbloggerbenashaari
berat sungguh dugaan yang menimpa pada tahun 2014 khususnya buat mangsa banjir..walaupun tidak berada di sana tapi kak wana dapat rasakan keperitan mereka menjalani hari2 yang penuh dugaan macam tu..hanya mampu mendoakan dari jauh..moga mangsa banjir terus tabah dan dapat bantuan yang sewajarnya..pasti ada hikmah dibalik semua ini..
ReplyDeleteInsyaAllah kak.
Deletemereka cukup tabah.
kata makcik,
"makcik redha walaupun rumah dah takde. Kita siapa nak persoal yang Allah buat. Ni semua kerja Allah. Dia duga kita kena sabar dan terima la. InsyaAllah. Ada benda baik menanti kelak. Percaya pada takdir Allah".
kepada orang di pantai timur..semoga mereka tabah dalam menempuh dugaan ini, syukur alhamdullillah ramai yang membantu dari phk kerajaan, NGO dan sumbangan individu....
ReplyDeleteTURUT BERSIMPATI
Alhamdulillah
Deleteramai membantu.
cuma mungkin kena baiki dari segi pengagihan.
Terima kasih rakyat malaysia!
Allahuu
ReplyDeleteMoga mereka diberikan ketabahan.
#PrayForPantaiTimur
InsyaAllah
Deletemereka sangat tabah
#kitakanislam
betullah farhana, kita perlu bersyukur
ReplyDeletejika dibandingkan nasib kita dengan mereka di sana
akak jadi sedih tengok diorang macam tak sangka itu negara kita
part merebut makanan tu yang buat akak syahdu betul
ALLAH, besar betul ujian buat mereka
tapi sebenarnya ianya satu peringatan buat kita semua
Menitis air mata tengok diaorang berebut makanan. Lagi sedih bila tengok dlm tv ahli keluarga kita sendiri berebut makanan. Allahh..
Deletesatu teguran Allah buat kita semua.tapi masih ada yang belum buka mata
besar betul dugaan mereka yang menghadapi banjir nih...sy harap mereka bersabar dan tabah dalam menempuh dugaan ini..kita doakan yang terbaik untuk mereka
ReplyDeleteInsyaAllah kak deanna
Deletesama-sama doakan mereka.
kuta kena ambil iktibar dari kejadian ni. Allah tengah tegur ni sebenarnya