farhana mohamad: February 2014

23 February 2014

bila soalan tu akan berhenti?

bila dah habis belajar ni, kerap pulak diaorang aju soalan semputcemas.
famous question,
"bila nak kahwin?"

hamboiii. geram kot setiap kali diajukan soalan ni. senyum je la dulu then jawab, ''bila tiba masanya.''

since abang2 dah selamat berkahwin, makin kerap pulak soalan tu berulang. Inche Gabbana cakap; "berkahwin itu tidak semudah memakan biskut rangup lagi lazat famous Amos itu!"

kadang2 aku pelik dengan sikap masyarakat kita zaman sekarang ni, pelik dengan soalan yang ntah pape je rasanya. pernah tak diaorang fikir dulu sebelum bertanyakan soalan tu. sentap kot bila dapat soalan2 yang kita sendiri tak pasti jawapannya macam mana.

bila tengah belajar, "bila nak habis belajar?''
bila dah habis belajar, "bila nak kerja?''
bila dah kerja, "bila nak kahwin?''
bila dah kahwin, ''bila nak dapat anak?''
bila dah ada anak, ''bila nak tambah lagi? merancang ke?''

bila soalan2 ni muncul, nak je balas balik "bila ko nak meninggal? dah lama ke rasa hidup kat dunia ni? amal dah cukup?" -kan biadap kalau aku cakap macam ni- 
so far aku masih ada akal untuk menjaga hati si pemberi soalan. huhuu. tak sangka aku ni rupanya penyabar

lets me explain,
"korang tahu tak bila korang akan mati?''
''korang tahu tak bila korang akan kahwin?''
''korang tahu tak bila korang akan dapat zuriat sendiri?''
"korang tahu tak pengakhiran hidup korang nanti macam mana? sempat tua ke tidak?''

benda2 macam ni diluar perancangan kita. sebaiknya tak perlu kot nak tanya orang dengan soalan2 irrelevant tu. semua takdir kita Allah dah tentukan. siapa kita nak mempersoalkan ketentuan Allah? rezeki setiap orang tak sama. aku percaya ada rezeki masing2, cuma bezanya lambat atau cepat. pernah tak fikir perasaan orang yang ditanya tu. kadang2 aku perhatikan kaedah soalan tu yang tak kena. niat baik untuk bertanya, tapi struktur ayat tu agak menyakitkan hati. usah bebani perasaan seseorang dengan soalan bodoh seperti tu.

sebagai contoh (kisah benar), si A belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin hampir 15 tahun. masyarakat sekeliling sibuk duk bertanya; "bila nak dapat anak'', "kenapa korang ni still takde anak, ko takleh mengandung ke, ke ko memang taknak anak?", "tarikh kahwin kita sama tau, tengok sekarang aku dah bunting pelamin. ko ni bila lagi?''

si A berpindah jauh ke negeri lain yang mana takde saudara mara di sana. pergi membawa diri ke sana disebabkan tertekan dengan soalan2 tu. hakikat yang sebenarnya terjadi, A dah banyak kali terima rawatan untuk dipermudahkan mengandung. 8 kali operate disebabkan masalah rahim, kandungan gugur beberapa kali, terpaksa makan pelbagai jenis ubat. macam2 lagi yang beliau hadapi tapi Allah itu Maha Pengasih, akhirnya si A dikurniakn anak. dah 6 tahun usia anak si A. si A bersyukur atas kelahiran anak itu, sebelum ni doktor pernah maklumkan bahawa beliau mungkin tak dapat mengandung. katanya, "Alhamdulillah, dapat sorang pun jadilah. sekurang-kurangnya ada juga pewaris. syukur sangat diberi peluang merasa untuk mengandung, bersalin. doktor pun terkejut bila dah confirm mengandung dulu."

bersangka baiklah dengan ketentuan Allah. Allah itu sebaik2 perancang. Dia tahu kita belum bersedia untuk bekerja, lantas Dia belum bagi rezeki untuk bekerja. Dia tahu kita belum bersedia untuk timang anak, Dia tangguhkan dulu sampai kita betul2 bersedia untuk ada anak. bersangka baik dengan perancangan Allah. percayalah pintu rezeki tu ada dimana2.


p/s: bila nak kahwin?
      pagi esok lepas subuh aku kahwin. pfffftttttt




21 February 2014

matikan kami dalam husnul khatimah

belek2 paper, terbaca satu berita tentang kematian seorang pakcik ketika sedang solat di kelantan. aku juga inginkan pengakhiran yang baik seperti itu! teringat pada as-syahid arwah 'Ammar dan arwah Ahmad Ammar. 

**Ya Allah, matikan aku dalam husnul khatimah. Amin.

pemergian arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam di Turki mengingatkan kami kembali kepada arwah 'Ammar Zulkifli. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. semoga arwah 'Ammar dan arwah Ahmad Ammar ditempatkan dikalangan para syuhada.

arwah 'Ammar adalah senior aku. telah meninggal pada 11 Jun 2009 di Mesir akibat kemalangan jalan raya. aku berkesempatan bertemu dengan ummu 'ammar pada hari Munzir mendaftar sesi kemasukan baru pelajar tamhidi 2009. fb menjadi penghubung kami sekarang. rindu ummi! 


arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam

arwah 'Ammar pemilik Dalam Jiwa Hamba.
-Jiwa hamba yang hangat cintanya mencari akhirat,
laksana anak-anak akhirat, 
melihat dunia dari jendela akhirat-


Kenangan-kenangan.

Saya dan arwah Ammar Zulkifli. Kenangan tahun 2005. Ketika Kem PeWaris Kebangsaan pertama di Hulu Langat, Selangor. Ammar meninggal dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada tahun 2009. Umurnya ketika itu 21 tahun. Saya di Jordan sekadar mampu menerima berita sedih tersebut.

Saya ada banyak kenangan dengan Ammar, sebab kami sekolah sama, di MATRI. Kami juga sama-sama dalam pengawas. Pernah bertengkar, pernah bergembira, sama-sama. Walaupun saya di Jordan, dia di Mesir, kami tetap berhubungan melalui YM.

Beberapa bulan selepas kematiannya, berlaku satu peristiwa di dalam diri saya. Ketika itu Subuh. Saya sudah bangun. Tetapi kemudian, saya nampak Ammar. Sihat walafiat, dan tersenyum ceria. Pantas saya mendapatkan Ammar.

"Ammar! enta hidup lagi rupanya. Eh, enta ok ni? Tak ada apa-apa? Mak enta tahu tak enta hidup lagi ni? Risau dia." Saya menepuk-nepuk bahunya selepas berpelukan erat.

Ammar hanya tersenyum.
Kemudian sahabat saya, Sahel Nordin memanggil saya.
"Hilal, Subuh."

Saya bangun dan sempat berpesan kepada Ammar:
"Tunggu ana tau. Ana pergi ambil wudhu' sekejap."

Ammar sekadar tersenyum.
Masa saya ambil wudhu' itu, bila saya basuh wajah saya, basuh tangan saya, saya memandang semula ke arah bilik saya, ke arah katil saya.

"Eh?"
Dan baru saya tersedar, tadi itu adalah mimpi. Namun terasa amat benar sekali. Tersangat benar.

Hingga hari ini saya tidak lupa.

Saya masih ingat pada hari saya menerima sms Ammar meninggal dunia. Saya sempat tertawa: "Salah hantar mesej ni."

Tetapi dia benar telah pergi.

Mati.
Siapa dapat menjangka?
Jangan mendabik dada.
Jangan ingat dunia ini selama-lama.
Tua. Muda. Mati tidak berkira-kira.
Muhasabahlah kita bersama

by: hilal asyraf










bila dia berbicara

-bila dia berbicara, sentap kot!-

Aku tak tahu pun benda ni kena buat…
Aku tak tahu pun ada peraturan macam ni…
Aku tak tahu pun ia salah…

Itu adalah kita selama ini, sering memberi alasan bila sesuatu tindakan dikenakan ke atas kita. Alasan ini baik dari segi agama mahupun undang-undang tidak terpakai. Dalam erti kata lain, jika kita berhujah sebegini dengan harapan untuk terlepas daripada hukuman, sia-sialah harapan. UF nak kaitkan perkara ni dalam dunia pelajar dan ahli akademik khususnya di USIM dengan tujuan untuk kita sama-sama muhasabah. Saling nasihat menasihati antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.

Sepanjang 13 tahun lebih UF mengajar di USIM, berapa ramai pelajar yang memberi alasan seperti di atas. Yang paling ketara bila UF pegang Ketua Program FIFA sebab banyak terlibat dengan pelajar secara langsung. Sebagai contoh peraturan pengajian Sarjana Muda yang merangkumi pelbagai aspek seperti pendaftaran kursus, peperiksaan, pengijzahan dan lain-lain. Ia telah diberikan pada hari pertama pelajar mendaftar di USIM lagi. Namun bila berlaku apa-apa masalah, pelajar ambil jalan mudah dengan menyatakan “aku tak tahu pun” kena buat macam tu… “takda siapa pun bagitau aku” dan macam-macam lagi.

Sedarkah anda wahai pelajar sekelian, bila anda berkata begitu, ia sebenarnya mencerminkan karektor dan peribadi anda. Ia mencerminkan bahawa anda tidak prihatin dan tidak cakna langsung dengan peraturan sedia ada. Pada peringkat permulaan kita harapkan yang pentadbiran akan “kena” dengan kita tetapi akhirnya kita yang akan malu sendiri kerana peraturan telah sedia ada sejak dahulu lagi. UF akui dan kita semua harus akui, kelemahan pelaksanaan dan penyampaian akan berlaku dan akan terus berlaku, namun sikap “aku tak tahu pun” sewajibnya kita elakkan. Sebelum mahu mengambil apa-apa tindakan, baca dan rujuk dahulu peraturan sedia ada. Jika kita mahu “bertempur” bersedialah dengan segala “senjata” bukannya dengan tangan kosong.

Sikap ini lebih bahaya jika diamalkan oleh ahli akademik USIM. UF pegang Presiden Persatuan Kakitangan Akademik USIM berapa kali malu sendiri bila bermesyuarat dengan NC atau TNCAA atau pengurusan USIM. Malu kerana apa? Malu bila ada ahli akademik berkata “aku tak tahu pun” peraturan ni ada, “bila ia berkuatkuasa?” dan macam-macam lagi yang seumpamanya. Lebih teruk lagi bila kita bermatian-matian kata pengurusan USIM tak sampaikan maklumat, tapi rupanya kita seorang ja yang tertinggal keretapi. UF tak nafikan terkadang berlaku juga “terlepas pandang” dalam kaedah penyampaian, tetapi kebanyakkannya semua peraturan atau polisi akan dihebahkan melalui Info Pro. Setiap emel Info Pro tu jangan cepat sangat delete, selalulah datang mesyuarat pentadbiran dan mesyuarat fakulti. Jangan hidup dalam dunia anda sendiri. Sama seperti kes pelajar, ia sebenarnya mencerminkan karektor anda.

Post ini memang nak bagi kita semua terasa hati termasuk UF sendiri…

**ni la jawapan pada entry aku siapa dia
    -pengarah INFAD
    ataupun papawan, lecturer kesayangan kami semua. penang mai nih, pekat aihh loghat utagha

19 February 2014

runtuhnya masjid itu

newsfeed fb aku semalam dipenuhi dengan berita perceraian dramatis Erra fazira. dari atas sampai bawah semua pasal berita tu. aku taknak ulas pasal perceraian tu sebab semua dah boleh baca dalam mana2 blog hiburan mahupun akhbar. perceraian ni mengingatkan kembali pengalaman aku sepanjang berada di mahkamah.

6 bulan aku menimba ilmu di mahkamah syariah, dan setiap hari aku berhadapan dengan kes perceraian.
yess, SETIAP HARI! aku diamanahkan untuk handle kes seorang diri tanpa bantuan mana2 staff. dalam dewan perbicaraan tu hanya aku dan juga tuan hakim.

sedih sebenarnya bila aku terpaksa mendengar si suami melafazkan cerai terhadap si isteri. ada sesetengah kes, si suami terpaksa melafazkan cerai tanpa kerelaan diri sendiri. desakan si isteri mahupun keluarga mempengaruhi si suami untuk melepaskan si isteri, lafaz dibuat dengan linangan airmata. *dan airmata aku juga turut menitis. aku sensitif sikit benda2 macam ni. lagi sedih bila perceraian melibatkan warga emas yang uzur @ budak belasan tahun. muda2 lagi terpaksa memegang gelaran janda, itu belum lagi kalau ada anak kecil.

sesetengahnya pula si isteri terpaksa menerima hakikat bahawa mereka diceraikan tanpa sebab oleh si suami. pelbagai ragam, pelbagai masalah. masalah setiap orang tak sama, kadangkala kes berlanjutan sehingga setahun.

pernah aku ajukan soalan kepada tuan hakim. kenapa mahkamah syariah terus menerima kes2 yang didaftarkan, kenapa tak berikan sesi kaunseling/slow talk dulu kepada mereka. *ya, aku tahu sesi kaunseling dibawah tanggungjawab pejabat agama.

jawab tuan hakim,

"na, bila mereka dah beria nak daftarkan kes di mahkamah, itu bermaksud rumahtangga diaorang memang tak dapat diselamatkan lagi. itu jalan terbaik untuk mereka. kalau diaorang masih sayangkan rumahtangga diaorang, diaorang akan ambil inisiatif lain untuk selesaikan masalah, bukannya dengan cara terus daftarkan permohonan cerai."

*disebabkan berhadapan kes perceraian setiap hari, aku trauma untuk kahwin*

18 February 2014

tabahnya si dia




Ya Allah...

Entah kenapa secara tiba-tiba dada ini menjadi sebak dan kelopak mata menjadi pemurah dengan titisan air hangat apabila memikir situasi anak kecil ini.

Wartawan CNN, Hala Gorani berkongsikan foto seorang anak kecil yang berumur 4 tahun yang ditemui oleh petugas PBB ketika anak kecil ini menyeberangi gurun yang kontang di Syria selepas kehilangan ahli keluarganya.

Hala Gorani berkata bahawa pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjumpai Marwan yang sedang melintasi padang pasir bersendirian dan kesepian selepas terpisah daripada keluarganya yang melarikan diri daripada tragedi di Syria.

Doakan yang terbaik untuk anak ini dan keluarganya.

sumber: dr zainur rashid

#tabahnyadia#akutaksekuatdia#

16 February 2014

kebersihan itu penting

tengah fokus drive, tetiba ada something keluar melayang dari kereta depan.

nak tau apa dia?
plastik minuman. yes, sampah!

aku cukup anti kalau ada orang buang sampah merata2. takde sivik!
sebelum ni pernah jugak borak2 dengan kawan pasal ni. then ada sesetengah yang suka buat aktiviti ni jawab, diaorang buang sampah tu sebab taknak kereta diaorang kotor.

wahh2. taknak kereta diaorang kotor. tapi pada masa yang sama diaorang lupa yang diaorang sebenarnya dah kotorkan tempat lain pulak. disebabkan nak kereta diaorang bersih, sanggup pulak buang sampah merata2.

sama jugak bila korang singgah nak beli something kat kedai. korang parking kereta depan rumah si A sebab nak beli pisang goreng diseberang jalan. bila dah buka pintu kereta, sampah2 dalam kereta tu korang lambakkan kat depan rumah si A. even benda tu tisu, it is still sampah! angin betul rasanya bila tengok sampah depan rumah. *pengalaman sendiri sebab rumah tepi jalan besar*

sayang2 sume, kebersihan tu separuh daripada iman. kalau anda tak terapkan nilai2 yang senang macam ni dalam diri sendiri, bimbang nanti susah pulak anda nak terapkan dalam diri anak cucu. kena ingat, kepimpinan melalui teladan. jangan salahkan anak2 kalau nanti diaorang suka buang sampah merata2. diaorang akan apply apa yang diaorang nampak kita buat.

anda lebih ohsem dengan menjaga kebersihan.  =)
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign