farhana mohamad: matikan kami dalam husnul khatimah

Pages

21 February 2014

matikan kami dalam husnul khatimah

belek2 paper, terbaca satu berita tentang kematian seorang pakcik ketika sedang solat di kelantan. aku juga inginkan pengakhiran yang baik seperti itu! teringat pada as-syahid arwah 'Ammar dan arwah Ahmad Ammar. 

**Ya Allah, matikan aku dalam husnul khatimah. Amin.

pemergian arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam di Turki mengingatkan kami kembali kepada arwah 'Ammar Zulkifli. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. semoga arwah 'Ammar dan arwah Ahmad Ammar ditempatkan dikalangan para syuhada.

arwah 'Ammar adalah senior aku. telah meninggal pada 11 Jun 2009 di Mesir akibat kemalangan jalan raya. aku berkesempatan bertemu dengan ummu 'ammar pada hari Munzir mendaftar sesi kemasukan baru pelajar tamhidi 2009. fb menjadi penghubung kami sekarang. rindu ummi! 


arwah Ahmad Ammar Ahmad Azam

arwah 'Ammar pemilik Dalam Jiwa Hamba.
-Jiwa hamba yang hangat cintanya mencari akhirat,
laksana anak-anak akhirat, 
melihat dunia dari jendela akhirat-


Kenangan-kenangan.

Saya dan arwah Ammar Zulkifli. Kenangan tahun 2005. Ketika Kem PeWaris Kebangsaan pertama di Hulu Langat, Selangor. Ammar meninggal dalam kemalangan jalan raya di Mesir pada tahun 2009. Umurnya ketika itu 21 tahun. Saya di Jordan sekadar mampu menerima berita sedih tersebut.

Saya ada banyak kenangan dengan Ammar, sebab kami sekolah sama, di MATRI. Kami juga sama-sama dalam pengawas. Pernah bertengkar, pernah bergembira, sama-sama. Walaupun saya di Jordan, dia di Mesir, kami tetap berhubungan melalui YM.

Beberapa bulan selepas kematiannya, berlaku satu peristiwa di dalam diri saya. Ketika itu Subuh. Saya sudah bangun. Tetapi kemudian, saya nampak Ammar. Sihat walafiat, dan tersenyum ceria. Pantas saya mendapatkan Ammar.

"Ammar! enta hidup lagi rupanya. Eh, enta ok ni? Tak ada apa-apa? Mak enta tahu tak enta hidup lagi ni? Risau dia." Saya menepuk-nepuk bahunya selepas berpelukan erat.

Ammar hanya tersenyum.
Kemudian sahabat saya, Sahel Nordin memanggil saya.
"Hilal, Subuh."

Saya bangun dan sempat berpesan kepada Ammar:
"Tunggu ana tau. Ana pergi ambil wudhu' sekejap."

Ammar sekadar tersenyum.
Masa saya ambil wudhu' itu, bila saya basuh wajah saya, basuh tangan saya, saya memandang semula ke arah bilik saya, ke arah katil saya.

"Eh?"
Dan baru saya tersedar, tadi itu adalah mimpi. Namun terasa amat benar sekali. Tersangat benar.

Hingga hari ini saya tidak lupa.

Saya masih ingat pada hari saya menerima sms Ammar meninggal dunia. Saya sempat tertawa: "Salah hantar mesej ni."

Tetapi dia benar telah pergi.

Mati.
Siapa dapat menjangka?
Jangan mendabik dada.
Jangan ingat dunia ini selama-lama.
Tua. Muda. Mati tidak berkira-kira.
Muhasabahlah kita bersama

by: hilal asyraf










2 comments:

  1. Sejuk perut ibu allahyarham mengandungkan arwah kan...seronok baca kisah2 Allahyarham Ahmad Ammar ni....-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum berkesempatan lgi cari buku cerita cinta arwah. :'(
      moga rifqi juga menjadi seperti mujahid ammar. :)

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign