farhana mohamad: bila soalan tu akan berhenti?

Pages

23 February 2014

bila soalan tu akan berhenti?

bila dah habis belajar ni, kerap pulak diaorang aju soalan semputcemas.
famous question,
"bila nak kahwin?"

hamboiii. geram kot setiap kali diajukan soalan ni. senyum je la dulu then jawab, ''bila tiba masanya.''

since abang2 dah selamat berkahwin, makin kerap pulak soalan tu berulang. Inche Gabbana cakap; "berkahwin itu tidak semudah memakan biskut rangup lagi lazat famous Amos itu!"

kadang2 aku pelik dengan sikap masyarakat kita zaman sekarang ni, pelik dengan soalan yang ntah pape je rasanya. pernah tak diaorang fikir dulu sebelum bertanyakan soalan tu. sentap kot bila dapat soalan2 yang kita sendiri tak pasti jawapannya macam mana.

bila tengah belajar, "bila nak habis belajar?''
bila dah habis belajar, "bila nak kerja?''
bila dah kerja, "bila nak kahwin?''
bila dah kahwin, ''bila nak dapat anak?''
bila dah ada anak, ''bila nak tambah lagi? merancang ke?''

bila soalan2 ni muncul, nak je balas balik "bila ko nak meninggal? dah lama ke rasa hidup kat dunia ni? amal dah cukup?" -kan biadap kalau aku cakap macam ni- 
so far aku masih ada akal untuk menjaga hati si pemberi soalan. huhuu. tak sangka aku ni rupanya penyabar

lets me explain,
"korang tahu tak bila korang akan mati?''
''korang tahu tak bila korang akan kahwin?''
''korang tahu tak bila korang akan dapat zuriat sendiri?''
"korang tahu tak pengakhiran hidup korang nanti macam mana? sempat tua ke tidak?''

benda2 macam ni diluar perancangan kita. sebaiknya tak perlu kot nak tanya orang dengan soalan2 irrelevant tu. semua takdir kita Allah dah tentukan. siapa kita nak mempersoalkan ketentuan Allah? rezeki setiap orang tak sama. aku percaya ada rezeki masing2, cuma bezanya lambat atau cepat. pernah tak fikir perasaan orang yang ditanya tu. kadang2 aku perhatikan kaedah soalan tu yang tak kena. niat baik untuk bertanya, tapi struktur ayat tu agak menyakitkan hati. usah bebani perasaan seseorang dengan soalan bodoh seperti tu.

sebagai contoh (kisah benar), si A belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin hampir 15 tahun. masyarakat sekeliling sibuk duk bertanya; "bila nak dapat anak'', "kenapa korang ni still takde anak, ko takleh mengandung ke, ke ko memang taknak anak?", "tarikh kahwin kita sama tau, tengok sekarang aku dah bunting pelamin. ko ni bila lagi?''

si A berpindah jauh ke negeri lain yang mana takde saudara mara di sana. pergi membawa diri ke sana disebabkan tertekan dengan soalan2 tu. hakikat yang sebenarnya terjadi, A dah banyak kali terima rawatan untuk dipermudahkan mengandung. 8 kali operate disebabkan masalah rahim, kandungan gugur beberapa kali, terpaksa makan pelbagai jenis ubat. macam2 lagi yang beliau hadapi tapi Allah itu Maha Pengasih, akhirnya si A dikurniakn anak. dah 6 tahun usia anak si A. si A bersyukur atas kelahiran anak itu, sebelum ni doktor pernah maklumkan bahawa beliau mungkin tak dapat mengandung. katanya, "Alhamdulillah, dapat sorang pun jadilah. sekurang-kurangnya ada juga pewaris. syukur sangat diberi peluang merasa untuk mengandung, bersalin. doktor pun terkejut bila dah confirm mengandung dulu."

bersangka baiklah dengan ketentuan Allah. Allah itu sebaik2 perancang. Dia tahu kita belum bersedia untuk bekerja, lantas Dia belum bagi rezeki untuk bekerja. Dia tahu kita belum bersedia untuk timang anak, Dia tangguhkan dulu sampai kita betul2 bersedia untuk ada anak. bersangka baik dengan perancangan Allah. percayalah pintu rezeki tu ada dimana2.


p/s: bila nak kahwin?
      pagi esok lepas subuh aku kahwin. pfffftttttt




7 comments:

  1. bersangka baik sajalah... semunya dah Allah tetapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess kak. kta dah elok bersangka baik n bleh terima apa yg dh ditentukan, tpi mentaliti org sekeliling suka utk mempersoalkn urusan yg kta xtau

      Delete
  2. Haha..good entri..pedulikan apa org ckp dik...org tak tahu apa yg kita nak & apa yg kita rasa..misi hidup kita, kita yg punya..janji matlamat kita utk kebaikan dan nawaitu kerana Allah Taala..think positive mcm k.ma..hehe ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. insyaAllah kak.
      always be positive wlaupun agak sakit ati. :)

      Delete
  3. haha good answer my dear..ada perkara yg diluar kemampuan kita,manusia hanya merancang ketentuan di tanganNya..salam ukhwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. benda2 tu sume diluar kemampuan kita. no need utk mempersoalkn sesuatu yg kta juga tak tahu apa hasilnya. salam ukhuwah. nma kta sama. heee

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign