farhana mohamad: July 2009

25 July 2009

isra' mikraj

PENGENALAN

Rejab akan melabuhkan tirai. Sya'ban kini dan Ramadhan menanti. Semakin terasa dekatnya diri ini untuk bertemu dengan bulan mulia lagi penuh rahmat itu. Namun seringkali dilupai bahawa di penghujung bulan Rejab berlaku suatu peristiwa yang besar dan penuh bermakna bagi seluruh umat Islam khususnya. Peristiwa yang dimaksudkan ini ialah peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W menurut jumhur ulama.

Terdapatnya sedikit khilaf dalam menentukan tarikh dan waktu sebenar berlakunya peristiwa Israk Mikraj ini sebenarnya. Namun itu bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjangkan pedebatannya. Apa yang terlebih penting adalah peristiwa ini benar-benar berlaku kepada Rasulullah S.A.W. kerana ia ada dinyatakan oleh al-Quran al-Karim dan diceritakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang telah diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat penting daripada peristiwa Israk Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah S.A.W. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamuNya pada malam yang sangat bersejarah itu. Para ulama telah mencapai kata sepakat bahawa sesiapa yang meragui atau langsung tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj ini maka hukumnya adalah kafir.

Sungguhpun peristiwa luar biasa Israk Mikraj yang terjadi itu nampak mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia namun selaku umat Islam maka wajib percaya dan yakin bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Imam Nawawi menyatakan bahawa perkara sebenar yang telah disepakati para ulama dan begitu juga para sahabat bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah diIsrak dan dimikrajkan oleh Allah Taala dengan roh dan jasadnya sekali.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah Taala kepada baginda untuk memperlihatkan tanda-tanda keagungan dan kekuasaanNya. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah Taala selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

PENGERTIAN ISRAK DAN MIKRAJ

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Surah al-Israa: ayat 1)

Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar.

(Surah an-Najm: ayat 13-18)

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa peristiwa Israk Mikraj adalah sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad S.A.W. pada malam hari di atas kehendak dan keizinan Allah Taala dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan kemudian naik ke langit sampai ke Sidrat al-Muntaha bahkan menembusi tujuh lapis langit lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

SEBAB KEPADA ISRAK MIKRAJ

Bulan Rejab iaitu tahun ke-11 dari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. disifatkan oleh ahli sejarah sebagai tahun dukacita bagi baginda berikutan dengan dua musibah yang menimpa baginda secara berturut-turut. Iaitu kehilangan dua insan yang baginda sayangi berikutan kewafatan Khadijah (isteri baginda) dan kemudian disusuli pula dengan pemergian Abu Talib (bapa saudara baginda).

Musibah yang menimpa itu mempunyai pengaruh besar terhadap diri Nabi Muhammad S.A.W. Baginda merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan ini mendorong baginda untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Namun segala harapan baginda hancur kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada baginda malah baginda dicaci dan dihina dan pelbagai lagi.

Nabi Muhammad S.A.W. kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa dan dukacita. Lalu Allah Taala menganugerahkan Israk Mikraj yang antara lain bertujuan untuk menghibur dan memantapkan iman Nabi Muhammad S.A.W. Sebab kepada Israk Mikraj ini adalah antara sebab musabab berlakunya peristiwa ini namun semuanya di atas kehendak dan ketetapan dari Allah Taala.

PERJALANAN ISRAK DAN MIKRAJ

Telah disebut pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. sedang duduk di tepi Kaabah lalu datanglah malaikat Jibril A.S. dengan seekor Buraq untuk membawa Nabi Muhammad S.A.W. dalam peristiwa Israk Mikraj ini. Dari segi bahasa Buraq bererti kilat cahaya. Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan. Saiznya besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Buraq dijadikan oleh Allah Taala dari cahaya. Ia boleh melangkah sejauh mata memandang.

Setelah itu berangkatlah Nabi Muhammad S.A.W. dengan ditemani oleh malaikat Jibril A.S. menuju ke Bait al-Maqdis dan baginda solat dua rakaat di situ dan menjadi imam kepada para nabi lain. Setelah selesai solat maka Nabi Muhammad S.A.W. telah dihidangkan dua bejana yang mengandungi dua jenis minuman iaitu satu bejana mengandungi susu dan satu bejana lagi mengandungi arak. Setelah itu Nabi Muhammad S.A.W. mengambil bejana yang mengandungi susu dan tindakan baginda memilih bejana mengandungi susu mendapat sanjungan dari Jibril A.S. kerana menepati fitrah manusia. Kemudian baginda dan Jibril A.S. meneruskan Mikraj ke langit pertama hingga ke tujuh.

KEJADIAN SEPANJANG ISRAK MIKRAJ

Di sini Allah Taala memperlihatkan pelbagai gambaran kejadian aneh dan pelik sebagai balasan dari Allah Taala kepada hamba-hambaNya mengikut apa sahaja perbuatan yang telah dilakukan. Di antara yang kejadian yang diperlihatkan kepada baginda sepanjang Israk dan Mikraj adalah:

Baginda melihat orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Inilah gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah Taala.

Baginda mencium bau yang amat wangi dari kubur Masyitah. Ceritanya: Sedang Masyitah menyikat rambut anak Firaun maka sikat yang digunakan itu terjatuh lalu Masyitah menyebut: Dengan nama Allah. Bertanyalah anak Firaun kepada Masitah tentang tuhan selain bapanya. Masyitah menjawab: Tuhanku dan tuhan bapa kamu adalah Allah. Anak Firaun memberitahu bapanya akan hal ini lalu Masyitah diugut oleh Firaun supaya kembali ke agama asalnya. Masyitah enggan dan tetap dengan pendiriannya. Lalu Firaun mencampakkan seorang demi seorang anaknya ke dalam air yang mendidih sehingga tiba giliran anak terakhirnya yang sedang disusui olehnya. Masyitah merasa sangat bimbang dan kesian akan anak kecilnya itu lalu Masyitah cuba melengah-lengahkan masa. Dengan kuasa Allah Taala maka bayi tersebut dapat berkata-kata lalu menyebut: Wahai ibuku! Sesungguhnya azab akhirat itu jauh lebih pedih dari azab dunia maka usahlah ibu menjauh-jauhkan diri kerana ibu di pihak yang benar. Lalu Masyitah melepaskan bayinya dan Firaun dengan segera mencampakkan bayi itu ke dalam didihan air. Masyitah berkata: Aku mempunyai permintaan iaitu supaya engkau (Firaun) mengumpulkan semua tulang dan menanamnya. Firaun berkata: Aku akan melakukannya. Lantas Firaun pun mencampakkan Masyitah ke dalam air didihan itu.

Baginda melihat sekumpulan manusia berpakaian compang-camping sambil memakan sampah-sarap serta rumput. Itulah gambaran golongan manusia yang enggan mengeluarkan zakat dan tidak bersedekah kerana sayangkan harta yang dimiliki.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang mempunyai perut yang besar sehingga tidak terdaya lagi untuk bangun dan berdiri. Inilah gambaran manusia yang memakan hasil daripada perbuatan riba.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang asyik memakan daging mentah dan busuk sedangkan di sisi mereka juga terdapat daging yang telah dimasak dan berkeadaan baik. Inilah gambaran manusia yang telah melakukan zina dalam hidup mereka sedangkan mereka sudah pun mempunyai isteri yang telah dikahwini secara sah.

Baginda turut melihat sekumpulan manusia yang sedang memecahkan kepalanya sendiri. Inilah gambaran manusia yang terlalu sibuk dengan hal-hal keduniaan sehingga lalai menunaikan kewajipan bersolat.

Baginda melihat sekumpulan manusia yang memotong lidahnya sendiri secara berterusan. Inilah gambaran manusia yang dalam hidup mereka suka menabur fitnah dan berbohong apabila berkata-kata.

Baginda melihat wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Inilah gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

Baginda melihat wanita tergantung pada rambutnya serta otaknya menggelegak dalam periuk. Inilah gambaran balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

Baginda melihat wanita berkepala seperti babi dan badannya seperti kaldai dan menerima berbagai-bagai balasan. Inilah gambaran wanita yang suka membuat fitnah dan bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

DIFARDHUKAN SOLAT LIMA WAKTU

Daripada pelbagai kejadian yang disaksikan sendiri oleh Rasulullah S.A.W. ini ada suatu hal yang amat besar dan penting yang melibatkan proses peribadatan umatnya iaitu perintah Allah Taala agar melakukan ibadat solat fardu.

Sewaktu tiba di Sidrat al-Muntaha maka Rasulullah S.A.W. telah menerima perintah Allah Taala iaitu perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya sebanyak 50 waktu sehari semalam. Sebaik sahaja menerima perintah tersebut tanpa banyak bicara baginda dan Jibril A.S. bersiap sedia untuk turun ke bumi.

Pada masa inilah baginda bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang bertanyakan hal itu kepada baginda. Setelah mendengar penjelasan Nabi Muhammad S.A.W. maka Nabi Musa A.S. berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringanan kerana bilangan tersebut tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu.

Nabi Muhammad S.A.W. dan Jibril kembali mengadap Allah Taala. Jumlah bilangan waktu solat telah dikurangkan kepada 40 waktu. Apabila berjumpa Nabi Musa A.S. kemudiannya maka Nabi Musa A.S. meminta baginda kembali menemui Tuhan untuk meminta dikurangkan lagi jumlah tersebut. Setelah beberapa kali Nabi Muhammad S.A.W. berulang alik menemui Allah Taala dan pada akhirnya Allah Taala telah mengurangkan bilangan solat fardu tersebut menjadi 5 waktu sahaja.

Apabila kembali semula maka Nabi Musa A.S. masih merasakan umat Nabi Muhammad S.A.W. masih tidak terdaya untuk melakukannya dengan bilangan 5 itu. Nabi Muhammad S.A.W. menyatakan bahawa beliau tidak akan mengadap Allah Taala lagi untuk memintaNya mengurangkan bilangan solat itu kerana baginda merasa malu untuk berdepan dengan Allah Taala.

PERTIKAIAN KAFIR QURAISY

Tiada alasan untuk menolak hakikat peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad S.A.W. dengan roh dan jasadnya sekali kerana baginda telah diIsrak dan diMikrajkan oleh Allah Taala. Sekalipun peristiwa Israk Mikraj itu adalah perkara luar biasa di sisi akal manusia tetapi bagi Allah Taala Yang Maha Berkuasa maka Dia boleh melakukan apa jua perkara yang dianggap pelik menjadi perkara biasa dan tiada yang mustahil bagiNya.

Kalaulah peristiwa Israk Mikraj itu sekadar mimpi Nabi Muhammad S.A.W pergi ke Bait al-Maqdis dan juga mimpi naik ke langit tujuh maka kaum musyrikin Makkah tidak akan marah dan mempersenda baginda kerana mimpi adalah perkara biasa bagi semua orang. Bilamana kafir Quraisy menentang habis-habisan dan berusaha mati-matian menyangkal peristiwa Israk Mikraj yang berlaku dengan roh dan juga jasad Nabi Muhammad S.A.W. ini bererti dengan sendirinya mereka mengakui bahawa baginda telah diIsrak dan diMikrajkan dengan roh dan jasadnya sekali. Ini kerana mimpi bukanlah suatu yang luar biasa dan tidak menyebabkan orang bersengketa mempertikaikan jika ada orang yang mendakwa sedemikian rupa.

Sekiranya Nabi Muhammad S.A.W itu sekadar mimpi naik ke langit sahaja maka tidak ada mustahaknya orang-orang kafir Quraisy mencabar baginda untuk membuktikan kebenaran ceritanya dengan menanyakan baginda berkenaan rupabentuk Masjid al-Aqsa serta jumlah pintu dan tiangnya dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan masjid tersebut.

Pertanyaan kafir Quraisy mengenai keadaan rupabentuk Masjid al-Aqsa dengan tujuan untuk memerangkap Nabi Muhammad S.A.W. kerana mereka yakin seratus peratus bahawa baginda tidak pernah menjejakkan kaki ke Bait al-Maqdis. Sebaliknya apabila semua pertanyaan telah dijawab dengan betul maka mereka menjadi panik dan bingung. Mereka tahu bahawa Nabi Muhammad S.A.W. sebelum peristiwa ini sememangnya tidak pernah pergi ke Bait al-Maqdis tetapi mereka hairan bagaimana baginda boleh menjawab semua pertanyaan berhubung Masjid al-Aqsa itu dengan tepat. Mereka telah hilang punca dan mereka terpaksa membuat tuduhan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ahli sihir.

Sememangnya tiada dalam ingatan Nabi Muhamamd S.A.W. tentang rupabentuk Masjid al-Aqsa kerana baginda sekadar dibawa singgah sebentar oleh Jibril A.S. untuk menunaikan solat dua rakaat. Bagaimanapun Allah Taala tidak akan membiarkan RasulNya terperangkap dalam percaturan jahat puak musyrikin Makkah yang cuba hendak memalukan baginda. Allah Taala datangkan Masjid al-Aqsa ke hadapan Nabi Muhammad S.A.W. Justeru itu Nabi Muhammad S.A.W. dapat melihat Masjid al-Aqsa dengan jelas sehingga mudah untuk baginda menjawab semua pertanyaan puak musyrikin.

Orang yang beriman akan terus beriman dan makin bertambah kukuhlah iman mereka. Manakala orang yang tidak beriman akan terus kufur bersama kekufuran mereka. Semuanya telah dibentangkan di depan mata.

PENUTUP

Dari segala apa yang telah saya nyatakan ini maka sudah tentulah pelbagai pengajaran dapat diambil dari peristiwa Israk Mikraj ini. Ia bukanlah hanya sekadar cerita untuk didengar dan dibaca semata-mata namun jauh dari itu ia dapat dijadikan pedoman hidup selama kita di dunia ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dari tulisan ini. InsyaAllah.

15 July 2009

tanggungjawab bertambah...

assalamualaikum...
ana bru je blik dri kampus, penat pun x hilang lagi. tapi di gagahkan juga body ana utk post something. sbnarnya jadual hari ni x pack cam hari len, da 1 klas je hari ni itupun 2 jam je, then kul 4.30 da ko-kurikulum. cuba teka ana join pe?? urm~ of course le silat... hehehe...

perjumpaan ptg td briefing je, actually it supposed to be last week but our coach have a tournament with selangor team, so we do our 1st conference today. our coach that is en. dzulnizam n en. aril have their own team. abg dzul as uiam coach and abg aril as upm coach. we juz call them abg dzul n abg aril, coz they not too old and also not too young... in the middle... hehehe... maybe they at the same age with my brother.

in that conference, all of the members agree that i'm be a ladies leader for group 2 silat and afdzal as a leader for guy. this is becoz of our experience in kelab pencak silat usim under abg man and abg mail as a coach. i'm quite surprise with this result, but i accept it and i promise to carry out my responsibility with all my efforts. i dont think that i'm good in silat, i strongly believed that some of the members have a good experience in silat.

when i'm on my way going back to hostel, i suddenly think about my responsibility. a lot of responsibility that i have to carry out. the 1st one is as a daughter and older sister in my family, then a responsibility as a student, as a leader, as a person that have to handle ascent mount prgrmme, as a person that have to gather alumni maahad and urghh~~~ a lot of things....

very big responsibility that i have to through out... huhu...
actually i afraid if i cant do my duty very well, as we know being a leader is not easy as we think. all the things is on our shoulder, what will i answer to our GOD when he asking me what have i do when i being a leader? did i carry out all my effort? did i do all my responsibility well??

what i'm gonna to say if i'm strongly not carry out my responsibility??

13 July 2009

gundaH guLana...

muet... ooooo.... muet.....
alahai gerun btul rse nyer....
tkut nyer nk cek muet....
nampak nyer,,
ana t'paksa teruskan ngn fiqh fatwa (smff) klu x dpt band 4 utk muet kli ni...
waaaaaaa....
xpe2,, nnti ana cuba buatkan diri ana jatuh cinta ngn smff....
huhuhu

12 July 2009

inDah khabar dri rUpa...

assalamualaikum,,
setelah tamat briefing lecture pd ari isnin lepas, sahabat ana iaitu x-ketua group 5, azri naim mengkhabarkn 1 program yg akan diadakn pd 10 dan 11 julai 2009 bertempat di putra world trade centre (pwtc).

tajuk program tu amat menarik perhatian ana.."program wacana kedudukan institusi beraja dan melayu dlm perlembagaan persekutuan" program ini juga dibarisi ramai ahli panel yang amat berpengalaman dan gah di mata masyarakat kini antaranya prof. dato ramlah adam, dato salehuddin saidin, mantan perdana menteri ke-4, tun dr. mahathir mohamad, perdana menteri malaysia, dato seri najib tun abdul razak dan ramai lagi.

perasaan ingin mengikuti program bual bicara yang membicarakan tentang institusi beraja dah lama bersarang di hati ana. ana begitu teruja untuk mengikuti program sebegini, namun terdetik juga di lubuk sanubari ana, adakah program ini wacana umum atau bersifat politik?? urm~ jauh di hati ana berkata pelihara hati, think positif, husnulzhon... sebagai seorang muslim ana x nk bersangka buruk..

hari yang dinanti telah tiba,, namun ana hanya dapat mengikuti program pda ari sabtu shja. ana terlepas utk mengikuti sesi bersama tun dr. mahathir yang dijadualkn pda ari jumaat lantaran tugas ana sbgai mahasiswi usim..

sesi pertama dimulakan oleh prof. dato ramlah adam. man hiya?? mesti ramai tertanya siapa gerangan itu? beliau adlh lecturer uitm dan juga pengarang buku teks sejarah tingkatan 3 dan 5. Tjuk talk speech beliau amat menarik iaitu Melayu,kini dan selamanya: Gahnya tanjak di kepala, tumpulnya keris di pinggang. Sesi diteruskan dgn dato salehuddin saidin dgn tjuk Art 153 federal constitution dlm mengimbangi kedudukan melayu dan kaum2 lain. Beliau merupakan org yg b’tanggungjawab mngendalikan kes canny ong dan juga bekas peguambela kes altantuya sharibuu’. Sesi petang diteruskan lagi dgn 2 org ahli panel utk menyampaikan hujah masing2. Pada sebelah malam program diakhiri dgn sesi bersama perdana menteri kita, dato seri najib tun abdul razak.

Tajuk2 hujah amat menarik perhatian ramai especially buat manusia yang bergelar pelajar sprti ana. Namun program tersebut x sprti yang ana impikan. Indah khabar dri rupa. Knape ana berkata demikian?? Urm~ sangkaan ana tntg program ni pda awalnya amat tepat skali. Intipati yang dinyatakan dlm program ni berbaur politik semata2. Pelbagai kata2 sesat dilemparkan kpd parti politik pembangkang oleh ahli panel dan juga penonton. Pelbagai gelaran diberikan antaranya Parti Anak Syaitan, animal kingdom dan bnyk lagi. X sanggup rsenya utk diluahkn, tapi itulah hakikatnya yg terjadi spnjg program itu. Ana terfikir sejenak, adkh ini slh satu agenda politik utk menarik para pljr mngundi parti mereka, hal ini kerana hmpir separuh yg menghadiri program ini adlah mahasiswa dan mahasiswi ipt yg akan layak mngundi x lama lagi.

1000 satu persoalan muncul dibenak kepala ana yg amat daif ini. Adakah ini pemimpin yg kita inginkn?? Tepuk dada tanya iman… setahu ana ahli2 panel amat disegani ramai dan jga diketahui umum tntg diri mereka yg b’pndidikan tinggi, namun ana amat kecewa skali dgn prstiwa yg terjadi. Spatutnya golongan bangsawan yg m’punyai pendidikan tinggi dpt b’fikiran t’buka dlm sstgah hal. Kenapa hal politik harus dikeluarkan di saat kita m’bincang usul yg x b’kaitan dgnnya. Dimana tahap pemikiran golongan2 ini?? This is something out of our thinking. Ideology para panel amat cetek skali, knapa prorm sebegini digunakn utk mnyampaikn fahaman politik.

Ana meninggalkan dewan dgn perasaan yg amat hancur skali, x sangka secetek itu pemikiran mereka. Setinggi2 mereka bljr, masih cetek lagi pemikirannya…..

10 July 2009

soalan and jwpan misionary non-muslim kpd muslim

tiba2 je ana rse bnyak yg nk dikongsikn stlh lme x mengupdate blog,, beberapa hari lepas ana bukak friendster then ana jenguk salah satu fs member ana... x perlu ana nyatakn sape member ana tu coz ana pun x kenal... ana begitu tertarik dengan fs beliau,, nk tau x ape yg menarik sgt tu??

die siarkan soalan dan jawapan misionary kristian kpd umat islam... urm~ ana minta izin ngn die utk copy soalan tu,,

and now,, ana nk share soalan dan jwpan tu...

S1: Muhammd telah mati tpi Isa..? masih hidup n dianggkt Allah kelangit n kan turun diakhir zaman..jd Isa lg hebat dari nabi kamu krn Muhammd telah mati n Isa msih hidup
J1:nabi Isa masih hidup n akn diturnkan kebumi buknlah sbgi seorng Nabi tpi sbg umt Muhammd yg ditgskn Allah utk mmbtolkn akidh org Kristian yng "baginda bkn Tuhan".Ini krn kaum Nsrani satu2nya kaum yng mengangkat nabi yg diutuskan Allah sbg Tuhan..

S2:Muhammad ad bpk dan mak..tpi Isa ad mak xde bpk..jd sape bpk Isa make Allah la bpk Isa.? jd Isa lgi hebt dr nabi kamu (islam)
J2:org Kristian amat percye pd nbi Adam dan kite kta kpd mrk Adam xde mak n bpk pun..jd Adam lg hbat n knp xnk jdikan Adam Tuhan kmu..kejadian Isa adalh mukjizat n same kjadiannya dgn Adam A.S

S3:Siapa lagi hebat?..Muhammd disebut dlm Quran hny 5 kali tpi Isa 25 kli..? padhal Quran dturunkn utk Muhammad..
J3: OK..jwb kpd mrk nbi Musa disebut dlm Quran sbnyk 200 kali n knp kmu x jdikan Musa sbgi Tuhan kamu..satu lagi dlm Bible sndiri menyebut Setan lbih bnyk dri maryam sndri..knp xjdika Setan tuhan kamu klu isu ini dimainkan

S4: mrk bertny siapakh Nabi terakhir adakah Isa atu Muhammd? ini kerana Isa yg akan turun diakhir zaman n bukan Muhammd??..
J4: dlm isu ini..klu nk thu sape Nabi terakhir bukanlah dr sudut sape yg lmbt turun tp yg lmbt LAHIR..jd Muhmmd yg lmbt lhir b'bndng Isa..sbgi logik seorng bpk mempunyai 4 anak n ank pertma, kedua n terkhir telah mati..adakah gelaran ank sulong n bongsu yg tlh mati tadi akn diberikn kpd ank ketiga yng masih hidup..ia masih tetap ank ketiga n ank tekhir tetap bongsu dlm kuarge tersbut.

S5:Dlm Quran juga diajar tntang Trinitas iaitu 3 tuhan dlm 1..bila Allah menggunakn perktaan Kami @ "nahnu" yg munujukn bnyak @ plurality. jd btol la Allah ini bnyk..?
J5: dalm bhs inggeris n arab "Kami" ini ada 2 mksud iaitu mnunjukkn Banyk @ jamak(kuantiti) dan menunjukan keagungan atu kebesaran. Ratu Elizibeth sendiri bertitah n menamakan dirinya sbgi WE@kami bkn ME krn ia menujukkan kebesarnya sbgi Ratu..bgitu juga Allah yg menyatakn Maha BEsar n AgungNya.. sebb itu kaum quraisy mekah x timbulkn isu ini krena mereka org arab n thu penggunaan KAmi @ nahnu...


PERSOALAN UNTUK KRISTIAN DAN YAHUDI:
Mengapa dalam kitab lama atau old testament dan kitab baru atau new testament tidak menyebut di dalamnya agama kristian atau yahudi..sedangkan kamu mahu memperomosikan agama kamu..? secara logiknya seorang penjual barangan tidak akan berjaya jika menjual barangan yang tidak bernama.."encik mahu beli barang ini..? tanpa nama".. TETAPI ISLAM dalam kitabnya iaitu Quran menyebut berbilang kali tentang islam..sperti "encik mahu beli selipar" ada nama..orang makin jelas tentang barang yang hendak dijual...Sumber: seorang yahudi masuk islam

S6 :kenapa kita sembah berhala yakni KAABAH...?
j6 : kaabah bukan kami sembah tapi Allah. kaabah hanya sbagi center point bagi seluruh umat islam didunia ini menghdp Allah. islam mengjar umtnye bersatu-padu n jka tiada kaabah saya pasti umt islam yg berjuta saling berbalah akn arah yg sepatutye.."sorang ke timur sorng pula ke brat." dan jika kaabah adalah berhala adakah wajar dan boleh dinaiki n dipijak.? kami sebgi org islam boleh menaiki kaabah n sentiasa memijaknya ketika sembahyang iaitu sejadah yg kami sering gunakan.. dan jika kaabah itu boleh di alih ke Jepun atu China sekalipun kami masih menghadap Mekah kerna ia adalah kiblat kami bukan kaabah.

S7 :Adakah Muhammad Sex Maniac@ gila sex dgn bekhwin 12
J7 : jawap kpd mrk (kafir) dgn tegas..BUKaN!!..adakah Muhammad yg gila sex itu akan berkhwin dgn Khadijah yg berumur 40 tahun ketika mana umurnye masih 25 tahun..n dpt bertahan sehingga umur Khadijah itu 60 tahun n x khwin len semasa tempoh itu.. n selepas khadijah meninggal pd umur 60 tahun Muhammad menduda selam 2 tahun...adakah seorang yg gila sex masih dpt bertahan dgn wanita tua dan boleh menduda selama 2 tahun...Muhammad hnye khwin selps itu sekadar membantu yg diperlukan n Muhammad berkhwin dengan Janda n seorg sahaj anak dara(Aisyah)..tny kepad org kafir itu adakah seorg yg gila sex akan khwin dengan janda yg berumur n seorng sahaj anak dara selama 63 tahun hayatnye.

semoga soalan dan jwapan ni dpat dijadikn panduan buat kita sbgai umat islam utk menjawab soalan2 non-muslim yg ditujukn kpd kita...

istiqomahkn diri kita utk menyebarkan islam...

hohoho~

adushh,, lme nyer x update...
bnyak keje,, huhuhu
skrang ni tgh blur ngn ptptn....
pening fkirkn psal ptptn nii...
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign