farhana mohamad: March 2014

25 March 2014

You know you will be missed


Heartbreaking - ". . . Based on this new data, it's deeply sad to announce that MH370 had sudden ended in the Southern Indian Ocean. . ." - Prime Minister, Press Conference (March, 24 2014)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. T.T

belumpun reda terkejut dengan press conference MH370, bertalu2 mesej dan whatsapp masuk.

"529 ahli ikhwanul muslim di Mesir dijatuhi hukuman gantung."

dua berita berat aku terima. beratnya dugaan-Mu Ya Allah. 
bertambah sedih bila ada yang masih suka membuat spekulasi.

"kau tak rasa pelik ke tiba2 pulak lepas prk kajang, MH370 dijumpai. dah la hilang selepas DSAI kalah kes liwat tu."
"aku rasa ni mainan politik je ni. kesian diaorang jadi mangsa."
"dah kenapa pulak pesawat tu ke lautan hindi. something happened ni."

heyyy! pliz stop! 
ni bukannya masa anda nak luahkan idea2 korang yang bernas tu.
aku tahu memang dalam kepala korang macam2 soalan timbul. but this is not the time!
could you pliz respect the family. walaupun spekulasi2 anda mungkin ada benarnya, simpanlah dulu. ataupun langsung tak payah nak mempersoalkan atau menimbulkan sebarang spekulasi.

selagi blackbox tu tak jumpa, you dont have right to make any rumours. keep on praying, lets Allah do the rest. simpan la dulu pandangan bernas korang tu. hormati perasaan ahli keluarga mangsa. almost 3 weeks menanti dengan penuh pengharapan, akhirnya spekulasi2 korang yang paling membunuh perasaan ahli keluarga mangsa. 

Iman kita pun tenggelam dalam sangat dah, tak timbul-timbul. Tolong hantar pasukan keselamatan iaitu keinsafan dan muhasabah dari tragedi yang menyayat hati kita semua ni.




p/s: In the meantime, my heartfelt condolence, sympathy and thoughts to the family of crew and passengers of MH370. We shall keep praying for MH370 insyaAllah. jauh di sudut hati, aku masih mengharapkan keajaiban berlaku. 

terima kasih kepada pihak berkuasa yang bertungkus lumus menjalankan tugas. mohon pihak media tidak mengganggu keluarga mangsa. they need times to be calm. maybe days, months, or might be years.

fitnah yang dilemparkan kepada kapten zaharie agak melampau bagi aku. mohon yang berkenaan tarikbalik statements yang mengaitkan kapten zaharie punca kehilangan pesawat. To the media especially CNN who keep on non-stop reporting false and negative reports to the world about Malaysia, no matter what you say, I am standing firm with my country!

Al-Fatihah

24 March 2014

Tangis Sebatang Tamar


Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil 
Yang rindu belaian dan perhatian 
Yang mendambakan kasih dan sayang 
Dari seorang insan yang penyayang 

Tangisan itu dari sebatang tamar 
Yang sebelumnya menjadi mimbar 
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah 
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya 

Kisah tangisan sebatang tamar 
Menyentuh hati, mengocak perasaan 
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu 
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu 

Tangisan itu dari sebatang tamar 
Yang sebelumnya menjadi mimbar 
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah 
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya 

Betapa kerasnya hatiku ini 
Untuk menghayati perjuangan mu 
Betapa angkuhnya diri ku ini 
Untuk menghargai perjuangan mu 

Ya Rasulallah 
Ingin aku menjadi sebatang tamar 
Yang menangis rindu kepada mu 

Ya Rasulallah 
Biarlah aku hanya sebatang tamar 
Namun dapat bersama mu di dalam syurga 

Tangisan itu dari sebatang tamar 
Yang sebelumnya menjadi mimbar 
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah 
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya 

    

-by Daqmie-

22 March 2014

till we meet again

till we meet again, insyaAllah.
cairo-madinah-mekkah 2013





  


21 March 2014

sungguh aku rindu Dia!

                                              اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد

selawat perdana di Putrajaya. mulanya tak ingat pasal program ni, nasib baik ada bestie2 kbba pantai timur ingatkan. terima kasih kak sue dan kak ma ingatkan program ni. 

disaat kita semua masih bersedih dengan MH370, selawat jadi penyejuk hati. menenangkan hati ahli2 keluarga yang masih lagi bersedih, aku percaya!

 
-makam Rasulullah s.a.w- 

alangkah indahnya dunia jika Beliau masih ada.
alangkah indahnya hidup andai dapat kutatap wajahMu. 
alangkah sedihnya hati Beliau bila melihat semakin banyak kehancuran di dunia ni. 

kami rindu kamu Ya Rasulullah!
betapa diri ini rindukanMu.


Jom selawat, sebarkan selawat, ajak orang lain berselawat. =)

اللهم صل على سيدنا محمد و على آل سيدنا محمد

p/s: jangan pernah kamu jemu untuk berselawat. orang yang paling hampir dengan Rasulullah s.a.w kelak adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaNya.

19 March 2014

sekilas fmfa2014

terkedu kejap aku bila tengok frontpage satu paper.
beberapa anak muda meninggal dunia dalam sambutan konsert tu. meninggal disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan. pada awalnya, aku sangkakan konsert biasa ala2 jom heboh. erkk, rupanya satu konsert besar. 

FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA 2014. aku tak tahu langsung kewujudan konsert ni dan tak tahu apa jenis konsert ni. aku sedih bila melihatkan ramai anak2 muda yang terbabit dalam konsert ni. yess, sebaya aku je usia rata2 anak muda ni. 

madam kesayangan aku up status pasal isu ni. 
"na, apa pendapat you pasal kejadian fmfa2014?"

"pendapat saya? siapalah saya untuk bagi pendapat pasal kejadian tu madam. just two things yang saya rasa,  sedih dan malu. itu je madam."

"kenapa you perlu rasa sedih? I percaya takde pun family you yang join konsert tu." madam senyum.

"mungkin betul takde family saya yang join konsert tu. tapi saya sedih dan malu bila benda ni melibatkan orang islam, saudara seislam saya walaupun takde pertalian darah. lagi sedih bila saya tengok mangsa2 tu meninggal dalam keadaan agak mengaibkan. gambar dan nama mereka terpampang di semua paper, laman2 sosial. dikritik, dikutuk, dicaci oleh mereka2 yang masih lagi bernyawa. semoga Allah melindungi saya dari semua yang mengaibkan tu. jauh disudut hati saya, saya dambakan husnul khatimah"

madam senyum lagi. "betul na, sebab tu Allah cakap, 'la taqrabu zina', jangan menghampiri zina. zina ni banyak jenis, zina mata, zina hati. anak2 I masih kecik. kalau la zaman sekarang pun dunia dah macam2, I tak tahu la zaman anak2 I dah besar nanti macam mana. kalau tak silap I, akan ada lagi satu konsert "Life in Color" akan dibuat di Sepang International Circuit, KL anjuran Zouk. Budaya gila ini semakin menjadi-jadi. Konsert-konsert ini bukan sekadar muzik, tetapi datang terus dengan pakej dadah, seks dan arak. yang paling I geram, penganjur boleh salahkan penonton yang bawa masuk dadah dan arak semasa konsert. siap nak haramkan kemasukan dua items ni dalam anjuran konsert akan datang. hangin betul I dengar. sepatutnya, konsert ni pun kerajaan dah haramkan terus! bukan takat haramkan dadah dan arak je. makin rosaklah anak2 muda nanti."

"haa kan. madam yang dah ada anak pun risau dengan anak2 madam. apatah lagi saya yang belum kawen ni. sebab tu saya cakap kat madam, saya takut nak kawen. hehehe. madam pulak asyik duk push saya suruh kawen. saya risau kot la nanti saya tak mampu jaga anak2 saya dengan baik. madam faham la kan dengan masalah sosialnya sekarang. aishh, takut saya tau." seloroh dengan madam jap sambil senyum kambing.

"ala, you takut nak kawen lepas duk mahkamah. hari2 ngadap kes cerai, tu yang you fobia sangat nak kawen. I ada calon untuk you. you nak kenal tak?"

p/s: dushhh3. kena sebijik dengan madam. cakap la isu apa sekali pun, ends up pasal kawen jugak jadi topiknya.   

02 March 2014

Muhasabah buatmu sang suami






godek2 fb, then ternampak post dari mdm fauziah. seriously ak tertarik dengan post ni. bila tengok balik senario dalam masyarakat kita sekarang, once a couple ada problem dalam rumahtangga diaorang, semestinya isteri yang akan disalahkan (pengalaman sepanjang aku berada di mahkamah). tapi kita kena ingat, tak semua masalah tu sebenarnya 100% si isteri yang salah. lets read this,  


MUHASABAH UTK SEMUA SUAMI. (Pos dari YM Raja Shamri,@Padang Luas Jerteh, Terengganu.)

Bila berlaku krisis rumah tangga, si isteri dipersalahkan,
Tak jaga kecantikan, Masak tak sedap, Tak pandai masak
Bersepah malas mengemas, Asyik nak balik rumah dia je
Badan membesar jadi gemuk tak cantik, Pemalas
Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang.

Pernahkah kamu terfikir wahai lelaki, sepanjang usia perkahwinan kamu itu :-

Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin
Makan pakaianya kamu berikan secukupnya tak?
Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
Jika tak, pernahkah kamu berusaha untuk berubat?
Bila dia perlukan teman berbual kamu ada di sisi tak?
Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?
Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?
Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis malam2 masa dia dlm pantang tak?

Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?
Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?
Kamu bawak dia ke masjid dengar majls ilmu tak?
Kamu bawak dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?
Kamu bawak dia pergi umrah dan haji tak?
Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?
Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?
Kamu bagi duit tak setakat yg kamu mampu? atau kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah TAK PERNAH untuk semua permasalahan di atas maka jangan salahkan PEREMPUAN.. they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you!

Tapi jika kau dah berikan segala2nya di atas dan dia masih macam celaka.. maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur...!

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang.. dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat sweet....

Ikhlas dari :-

YM Raja Shamri
@Padang Luas Jerteh
Terengganu.



gambar:google

Secebis Kisah

nice sharing from my classmate dalam grup whatsapp kelas. tersentuh hati. thanx ain!

Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut..

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.
Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.
Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya keseorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis.

Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke
langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari
Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat.
Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Harini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.
Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

::semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ustaz ebit lew::
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign