farhana mohamad: 2016

28 December 2016

Keputusan Interview Guru Kafa


Assalamualaikum wbt

Sebelum ni aku ada maklumkan interview untuk Guru Kafa Kelantan telah pun dibuka. Dan hari ni untuk pengetahuan anda semua, keputusan bagi temuduga tersebut telah pun ada sebenarnya. Bagi calon-calon yang menghadiri temuduga baru-baru ini, please alert dengan phone anda. Pihak PPD daerah masing-masing akan cuba menghubungi anda calon yang berjaya secepat mungkin dari hari ni sehingga 6 bulan akan datang. 

All the best semua!
Tahniah bagi yang berjaya.


P/s: Ada yang bertanya aku berapa ribu gaji guru kafa dengan nada sinis. Cehhh, itu soalan orang yang takde ilmu didada. 

Meh sini aku nak bagitahu. Ya, gaji guru kafa ni sikit je. Rm 800 sebulan (bagi negeri Kelantan). Tak semewah dan tak semahal seperti guru kpm mahupun kerja-kerja yang lain. Untuk pengetahuan anda, kami hanya mengajar untuk 3 hari seminggu iaitu Ahad, Isnin dan Selasa. Itupun bermula tengahari sehingga jam 5 petang. 

Diulangi 3 hari seminggu!

So, ce kira dalam sebulan ada berapa hari? 
Dan yang penting, kau masih ada masa untuk bersama anak-anak dan keluarga masing-masing. 

Tolong jangan pandang hina mereka yang bergelar guru kafa. Tanpa guru kafa kau tak mungkin pandai baca Al-Quran, pandai solat, tahu pengetahuan agama. Basic agama yang kau ada sekarang pun, kau peroleh dari guru kafa yang pernah mengajar kau dulu.

Dan tanpa guru kafa, mustahil kau sendiri ada masa untuk mengajar agama pada anak-anak kau!

Chill bro! 

23 December 2016

Pengalaman melahirkan Auni Faqihah

Assalamualaikum wbt.

Kawan aku Afifah tengah sakit bertarung nak melahirkan seorang bakal pemimpin. Hanya aku sahabat yang mengetahui tentang kehamilan dia. Setelah banyak hari sakit, keluar masuk hospital, mungkin hari ni masanya the lil one nak keluar. 36 minggu dah turun darah dengan bukaan 1cm, agak awal bagi aku. Aku dulu pun melahirkan auni pada 37 minggu kehamilan. Baru teringat, rupanya aku tak cerita lagi pengalaman aku sendiri melahirkan auni.

Edd aku sepatutnya 29 Mei 2016. Tapi pagi isnin, 9 Mei tengah khusyuk layan whatsapp group, tiba-tiba aku rasa something keluar. Terus cek cepat-cepat. 

Turun darah!

Sepanjang mengandung, ini pertama kalinya aku turun darah. Gabra semacam rasanya. Terus tanya umi, umi pun tak tahu nak cakap apa sebab umi tak pernah alami macam ni.

Aku ambil inisiatif untuk call klinik kesihatan tempat aku rutin cek setiap bulan. Misi minta aku terus ke hospital memandangkan aku dah dalam edah untuk bersalin. Dah masuk 37 minggu bermaksud kelahiran akan terjadi bila-bila masa. 

Then call la suami yang baru 30 minit je sampai office. Terkejut, tergamam, kenaling kot sampai bekal yang aku sediakan dia tinggal je kat office rushing balik rumah. Sampai rumah dengan muka blurr je aku tengok. Nak tergelak pun ada tapi perasaan masa tu bercampur baur terfikir baby kat dalam. Dalam kepala ni duk fikir baby ok ke tak, sebab aku tak rasa sangat pergerakan baby. Dan yang sebenarnya, aku tak siap packing pun lagi. Aku langsung tak packing barang aku walaupun misi tu pesan 7 bulan dah kena stand by barang dalam kereta. Kalut la ehh duk packing segala bagai.

Settle packing kami ke hospital. Umi tunggu kat rumah memandangkan anak saudara aku ada kat rumah. Umi baru je sampai kelantan 2 hari lepas dan bawa balik firash sekali. Sampai hospital, kami ke pendaftaran dan staff kat situ dah pesan awal-awal bagitahu untuk request doktor perempuan. Di fail aku pun dia dah highlight request doktor perempuan. Siap daftar, aku kena masuk dalam untuk prosedur cek kandungan. Terkejut aku, ramainya la ibu-ibu mengandung tengah tunggu turn. yang ni air ketuban leaking, yang ni diabetes, yang ni darah tinggi, yang ni nak kena induced. seram mak nak!

Cek degupan jantung baby, cek jalan semua ok! degupan baby ok, jalan pun belum bukak. *yang paling scary, bendalah yang sumbat untuk cek jalan tu patah. patah masa doktor tengah cek aku.nangis tak berlagu aku kat situ.

lama juga ye satu-satu prosedur. Dari pagi sampai kul 4 petang baru selesai. Siap scan baby aku tanya doktor boleh balik tak memandangkan jalan pun tak buka lagi, dan baby pun ok je. HO tu cakap boleh balik! oiii happy rasanya. Dah plan macam-macam nak ajak suami g situ sini sebelum bersalin, nak makan itu ini sebelum pantang. Tiba-tiba misi cakap, "ehh, awak tak boleh balik lagi. kena tunggu doktor pakar cek sebab awak dah turun darah ni walaupun takde bukaan lagi". Agak-agak apa perasaan aku? meleleh air mata kat situ jugak. 

Dengan muka sememeh aku maklumkan dekat suami kena tunggu doktor pakar dulu. Tadi excited sangat bagitahu dah boleh balik. Sedih kau! Then datang la doktor pakar cek aku dan jawapan dia, "ok, awak warded terus ye walaupun jalan tak buka lagi. risiko kepada awak kalau terjadi apa-apa dekat rumah nanti ataupun dalam perjalanan nanti. kalau dekat sini kami boleh jaga awak". Teriak la hati aku! dengan airmata yang takmo keluar, aku maklum dekat suami kena warded dah lepas ni. maka terkejut la suami aku sebab plan asalnya aku nak bersalin di klinik swasta. Tapi kita hanya mampu merancang. 

Aku dibawa ke wad 25 iaitu wad yang penuh dengan ibu-ibu mengandung. ehh sayu pula hati aku! touching pula dah nak beranak ni. Suami belikan aku makanan, dan aku request nak milo ais. hahaha. Last minum ais sebelum start pantang. Haru aku rasa nak masuk wad tu. Dengan takde siapa teman aku. Suami tak boleh masuk nak tunggu aku. Umi kat rumah jaga firash. Adik, kakak ipar semua duk jauh. Teriak la aku malam tu. Dalam hati ni masih duk doa, minta boleh keluar esok. Banyak lagi benda aku nak makan ni.haha. Mandi, pakai baju hospital, ambil wudhu, solat dengan bertemankan sorang akak ni. Akak ni kena masukkan belon kat bawah. Lupa pula aku apa sebabnya.

Lepas isya' bagitahu la akak tu rasa macam senggugut la kak. Soalan budak-budak aku tanya dekat akak tu, "kenapa rasa macam ni kak? takkan nak beranak kot. awal lagi ni saya kalau nak beranak pun". Tergelak akak tu. Dan dia cakap berdasarkan pengalaman dia sebelum ni, rasa senggugut tu memang dah tanda nak beranak. Gulp! Tak ready lagi mak oiiii

Lepas isya' call umi borak-borak dengan umi dan bagitahu juga rasa macam senggugut tu. umi cakap kalau dah rasa senggugut tu dah tak lama la tu. Lagi seram pula bila umi cakap macam tu, sama dengan apa yang akak tu bagitahu. Sambil layan perasaan tu duk la whatsapp dengan suami. Ngadu sakit macam senggugut, pastu bagitahu apa yang umi cakap tu. Terkejut suami, katanya takkan awal sangat. Suami aku tunggu dalam kereta, nak tidur dalam kereta katanya. Aku minta dia balik walaupun dalam hati kalau boleh taknak dia balik, nak dia ada sebelah, nak borak dengan dia, nak dia picit belakang. Aku minta dia balik dan datang pagi esok je sambil bawak barang baby. Ya, aku tahu dia penat.

Kul 12 tengah malam, aku dah mula gelisah. kejap kejap tengok jam. ok, aku dah sakit 10 minit sekali. Berdasarkan apa yang dibaca, 10 minit sekali tu bermakna lambat lagi nak beranak. Tak lena aku tidur. Contraction datang, aku pusing kiri kanan. Akak tu tanya dah sakit ke. Dengan muka duk tahan sakit aku jawab "sakit juga ye kak contraction ni". Kul 4 pagi, rasa sakit tu makin kuat.Whatsapp suami cakap sakit, tapi tak berbalas. ok, letih sangat tu tak sedar whatsapp masuk. Tengok jam lg, masih lagi dengan kiraan 10 minit sekali sakit. Kebetulan ada misi datang cek tekanan darah, aku minta dia cek jalan. Sampai subuh sudahnya misi tak datang cek jalan aku. Gelisah tak usah cakap la macam mana. berguling-guling atas katil tu haa. Subuh tu suami aku reply whatsapp "sakit dah nak beranak ke? tunggu la dulu. jangan beranak lagi". Aku tak tahu nak sedih ke nak gelak baca whatsapp tu.

Kul 7.30 pagi doktor tukar shift. Katil sebelah HO lelaki tengah cek, risau aku kot nya kejap lagi doktor lelaki tu jugak yang cek aku. Kebetulan aku nampak HO perempuan, terus minta dia cek jalan. Alhamdulillah, dia terus ambil alatan dan cek aku. Bukaan dah 4cm. Whatsapp suami dan keluarga bagitahu jalan dah buka. Maka kelam kabut la suami aku. Dia ada dekat luar wad, tak boleh masuk. Suami buat alasan konon nak hantar barang dan makanan, so dapat la masuk jap. Belum pun sampai katil, misi lain bagitahu letak je barang lepas tu keluar sebab doktor pakar nak round wad. Sempat la ngadu jap cakap sakit. Aku gagahkan diri makan roti gardenia tu sekeping dan 3 biji tamar. Siap makan doktor pakar round wad dan datang la mengadap aku bersama beberapa orang HO. Aku tengah sakit, dan aku dijadikan bahan untuk HO tu terangkan kepada pakar. Tanya aku itu ini. Ko rasa apa aku buat? aku tak endah dah diorang depan aku, aku berguling pusing kiri kanan. Then doktor pakar tu minta HO cek contraction aku, kuat katanya. Seminit lepas tu, doktor pakar cakap "you ambil ubat tahan sakit kasi dekat patient ni". aku di inject dan terus tak sedar apa-apa.

Kul 10.45 aku tersedar, suami kejutkan. Dia terkejut tengok aku tidur. Tengok phone, lebih 10 kali call, whatsapp pun tak reply, patut la dia redah masuk. Tak sempat habis cakap, contraction datang. Aku minta suami panggilkan misi cek jalan sebab aku rasa macam nak meneran dah. terkocoh-kocoh misi dan HO datang cek aku. bukaan 8cm. Dengan kelam kabut aku ditolak ke labour room. Banyak benda berlaku dalam labour room. HO cucuk tangan aku merata tempat, tapi tak masuk elok. kiri kanan berjarum. Dan sebenarnya, aku masih lali sepanjang dalam labour room tu.

Tepat jam 2.20 petang, Alhamdulillah, keluarlah insan yang aku tunggu selama 9 bulan. Alhamdulillah normal walaupun hampir di vacum.


Auni Faqihah binti Aizuddin Hariri
10 Mei 2016
2.20 pm
2.7 kg
gegirl



01 December 2016

SPRAY8 Produk Penjagaan Kulit Semulajadi


Assalamualaikum wbt



Pernah dengar Spray8 tak? Meh nak story. Spray8 ni adalah produk penjagaan luka tradisional yang mengandungi ekstrak herba yang mapu merawat kesan terbakar, parut lama, parut pembedahan, mengurangkan bengkak degan pantas dan menggalakkan pertumbuhan selsel baru. Dalam erti kata lain, spray8 ni dirumus khas untuk penjagaan kulit. haa, siapa yang taknak kulit cantikkan? sakit tau mata bila tengok kulit berparut.

Spray8 dihasilkan dengan ramuan utamanya ialah ekstrak kulit manggis (Garcinia mangostana L) yang telah digunakan secara tradisional di Asia untuk rawatan kulit. dan luka. Ramuan lain yang turut terkandung adalah ekstrak daun neem (Azadirachta indica) yang mempunyai khasiat analgesik (melegakan kesakitan), anti-histamin, anti-alergi, anti-virus, anti bakteria, anti fungi dan anti ulser. selain itu juga, nimbin dan nimbidin dalam ekstrak manjakani juga mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Pendek kata, spray8 ni sememangnya terbukti berkesan untuk semua jenis luka, melecur, gatal-gatal, ruam dan sesuai untuk semua jenis kulit. Produk ini mampu melegakan rasa gatal, dan mengeringkan luka. 

Selain itu, SPRAY8 mampu mengatasi masalah-masalah seperti :
  • Luka Diabetes
  • Luka pembedahan/Bekas jahitan/Parut lama
  • Ekzema
  • Kulit sensitif
  • Bed Sore (luka akibat lama tidak bergerak)
  • Nekrosis (sel mati)
  • Lepuh air panas
  • Varikos (biasanya di kaki disebabkan salur darah rosak)
  • Calar
  • Kulit rapuh (orang tua)
  • Ruam Lampin
  • Gatal-gatal kulit
  • Campak
Kelebihan Spray8 :
  • Membunuh bakteria berbahaya
  • Mengeringkan luka tanpa keretakan kulit
  • Mengalakkan pertumbuhan sel-sel baru
  • Mengalakkan pembinaan kapilari baru
  • Pantas mengurangkan inflamasi dan kegatalan(anti histamin)
  • Menghalang pembentukan lepuh (air panas) 
SPRAY8 Terdapat Dalam 2 Saiz iaitu :
  • 50 ML - RM35.00 
  • 100 ML - RM50.00 
Cara Penggunaan Spray8 :
  1. Bersihkan luka
  2. tidak perlu goncangkan botol
  3. Semburkan terus Spray8 pada kawasan luka
  4. Biarkan ia meresap ke dalam kulit
Anda disarankan guna spray8 secara berterusan, iaitu 3 kali sekali. InsyaAllah, anda boleh tengok perubahan yang berlaku. 



Since abah aku mengalami gatal-gatal di bahagian kaki. Gatal-gatal ni berpunca daripada fungus yang mana abah selalu pakai kasut but bila bekerja. aku terus hulurkan spray8 pada abah. So sekarang ni abah dah consume guna spray8. Beli online je, kan senang.

Mana nak dapatkan Spray8?
Spray8 boleh di dapati di farmasi tempatan atau dibeli secara online di laman web https://store.furleybio.com/ atau melalui Aplikasi App Store dan Google Play.

Untuk pembaca blog farhana mohamad, sekiranya korang guna coupon code yang aku bagi ni, korang boleh jimat RM10.00... 

COUPON CODE : FBIO-4HZ

Atau korang KLIK SINI untuk memudahkan korang membeli.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


20 October 2016

Permohonan Jawatan Guru Kafa


assalamualaikum wbt.


puhh puhh puhh. 
tiup habuk sikit.

lately ramai yang pm tanya bila ya permohonan jawatan Guru Kelas A-Quran & Fadhu Ain (KAFA) untuk negeri Kelantan dibuka. dan sekarang aku bawakan berita baik untuk adik-adik, kakak-kakak, abang-abang rakyat kelantan. 

borang permohonan guru kafa dah dibuka!
tunggu apa lagi.
ambil kunci motor atau kereta anda sekarang dah terus ke Unit Kafa PPD daerah masing-masing!
jangan tangguh-tangguh lagi.


nak tips untuk jawab interview guru kafa?
meh baca sini.

semua akak dah kasi dah maklumkan korang. jangan cakap akak tak payung ok!

All the best bagi yang apply.





25 September 2016

Safi Shayla Pek Fleksi


Assalamualaikum wbt

"Rambut adalah mahkota setiap wanita"

haa. kan. aku pasti semua pernah dengar pepatah ni. Rambut sememangnya mahkota wanita. Sebab tu la orang perempuan ni kena pandai jaga dan belai rambut. Tapi, yang lebih utama kenapa dikatakan rambut adalah mahkota wanita kerana rambut ataupun bahagian kepala adalah part of body yang wajib ditutup, bukanlah untuk ditayang pada umum. 

Apabila bertudung, lain pula cara penjagaannya. Padang kadang rambut tengah basah pun kita sarungkan tudung. Penjagaan rapi perlu dititikberatkan supaya rambut kekal segar, sihat dan menawan. Macam yang aku tengah alami sekarang ni, bila ada anak kecil dan anak pula dah start menyembur, maka berguguran rambut aku. kadang rasa seram je nak sikat rambut.

so apa yang aku buat, aku cari syampu yang bersesuaian dengan wanita bertudung. ye, aku guna Safi Shayla. Memang dah lama guna SAFI Shayla iaitu satu rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda . Dah banyak botol aku beli. Tapi sekarang ni, Safi Shayla diinovasikan dalam bentuk comel pula, Safi Shayla Pek Fleksi. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, sudah pasti aku sangat menitik beratkan sesuatu perkara sebelum membeli. Sesuatu yang murah dan menjimatkan menjadi pilihan aku. Jimat dan murah tetapi mempunyai kualiti yang sama dengan yang mahal. Serius sangat comel dan yang pasti sangat mudah dibawa ke mana-mana.



Kata Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, " Safi Shayla sebagau teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mydah guna buat semua wanita. Dengan Safi Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Dalam erti kata lain, hanya dengan satu syampu, kita para pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan berbeza.

Untuk pengetahuan korang juga, warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi masih dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla dalam bentuk botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Safi Shayla Pek Fleksi yang hanya bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. 




Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga  hanya RM14.65. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari pautan Safi seperti dibawah:- 

Facebook:

Instagram: 

YouTube:

10 August 2016

Cabaran Raja Kuah Knorr 2016


Peraduan masakan Cabaran Raja Kuah Knorr julung kalinya telah diadakan bagi tahun 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dibahagikan kepada 4 zon iaitu zon barat, zon selatan, zon pantai timur dan juga zon utara. sehingga kini cabaran bagi zon barat, selatan dan pantai timur telah pun selesai. hanya tinggal zon utara sahaja yang bakal dilangsungkan pada 3 September 2016.


Pada 29 Julai yang lalu, aku dan beberapa lagi sahabat blogger berkesempatan menonton sendiri Cabaran Raja Kuah Knorr yang diadakan di Pasaraya Nirwana Kubang Kerian.

Seramai 10 orang peserta berentap untuk memasak dan hanya pemenang utama bagi setiap zon yang akan mara menghadapi cabaran peringkat akhir. Peserta dikehendaki memasak satu hidangan berkuah Melayu samada kari, masak kicap ataupun masak lemak. Sentuhan kreatif para peserta didalam masakan dengan menggunakan salah satu produk knorr adalah antara syarat pertandingan. aku cukup suka guna produk knorr dalam masakan aku sebagai penambah perasa. seolah olah ada satu sentuhan keajaiban yang menyedapkan masakan aku. *pinjam ayat sheila rusly dalam ketuk-ketuk ramadhan.

Lupa nak cerita, Cabaran Raja Kuah Knorr ni diadili oleh 3 orang juri yang hebat. siapa dia? of course la kan orang yang expert dalam bidang masakan. Antara juri Cabaran Raja Kuah Knorr adalah Mohd Johari Edris ataupun lebih dikenali sebagai Chef Jo, chef selebriti malaysia. errkk, tak kenal ehh?
juri lain yang turut serta adalah Chef Mohd Hadzrin Mohd Din selaku chef Unilever Food Solutions dan juga blogger Kelantan, Ruzita Idias Ismail. 3 kriteria penting diambil kira juri sepanjang pertandingan untuk pemarkahan iaitu markah juri (60%) dekorasi (30%) dan kebersihan (10%).


Tahniah kepada Mohd Hilmi bin Mohamad Alias Ahmad dari Sungai Petani, Kedah dengan masakannya masak lemak ayam salai bersama pucuk ubi ala knorr yang telah dinobatkan sebagai juara zon pantai timur. Tahniah juga kepada Unilever Food Solutions dan juga penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly, jenama santan dan kicap Harmuni atas penganjuran Cabaran Raja Kuah Knorr 2016.











-kami blogger Kelantan-





20 May 2016

permata ibu ayah


welcome to the world sayang. 

alhamdulillah, dah selamat melahirkan seorang puteri pada 10 Mei 2016. keluar awal dari tarikh due. tak expect akan bersalin pada ketika itu. 


semoga menjadi anak yang solehah duhai puteriku Auni Faqihah binti Aizuddin Hariri. jadilah penawar hati penyejuk mata ibu dan ayah. hilang segala resah ibu bila memandang wajahmu anak. 

11 March 2016

7 Mac 2016


sanah helwah farhana!
makin tua dah.
cepat pulak masa bergerak rasanya.
pejam celik pejam celik dah 26 tahun rupanya aku kat dunia ni.
pejam celik pejam celik dah habis seminggu.
pejam celik pejam celik dah habis sebulan. 

bila usia makin meningkat, bermakna juga aku semakin dekat dengan kematian.
betul, ajal maut kita tak tahu bila.
tapi kebiasaannya macam tu la kan, 
bila dah semakin tua ni, kubur pun semakin memanggil kita.
sangat takut.
takut tak sempat bertaubat sebelum malaikat tarik nyawa. dosa semakin bertambah,
 kot la amal sebelum ni tak sempat nak back up dosa-dosa yang bertimbun tu.

dan 7 mac 2016 juga genap 7 bulan aku mengandung. makin sarat dah. makin tak larat nak buat kerja. dah semakin dekat waktu nak bersalin. rasa macam baru je semalam dapat tahu pregnant. so far alhamdulillah, alahan takde pun.
 cuma letih je. 

baby pun semakin aktif dalam rahim aku.
pagi petang siang malam duk bergolek je.
hero ke heroin?
nanti kita tengok ye.
aktif semacam je. 
berombak ombak perut haa.
kejap berbonjol kat sebelah kanan,
 kejap sebelah kiri.

 memandangkan aku bukan la yang jenis suka bergambar, baru perasan belum ada sekeping pun gambar aku sepanjang aku pregnant.
 lupa nak snap. 
boleh gitu? haha

orang lain pregnant punya la excited buat photoshoot bagai. tapi aku dengan suami tak pun. bukan tak excited nak dapat baby, tapi kami bukan la yang jenis suka bergambar.
 posing sana posing sini.
selfie sambil muncung mulut.
pastu hastag entah pape. 

ohh no no no!
geli aku.
kadang meluat pula tengok yang jenis suka selfie ni. tak kira tempat nak bergambar. 




p/s: doakan aku dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia untuk aku sentiasa topup amal aku. doakan juga kandungan aku dipermudahkan sehingga aku melahirkan.

03 January 2016

welcome back nuna!

 Assalamualaikum wbt.

astaghfirullah. 
teruknya blog ni.
lama sangat dah terabai.

sempena tahun baru ni, hope aku dapat balik aktifkan blog. *semoga aku tunaikan janji ni.

kalau ikutkan hati nak je ngadap dan update blog. tapi mood sepanjang preggy ni ke laut. nak kata alahan teruk, rasanya macam tak pun. malas je lebih. beria buka blog, pastu tak tau nak update apa. last2 tekan pangkah, ngadap muka suami. 




2hb januari 2016.
genap 8 bulan kami kahwin. 
pejam celik pejam celik, 
rupanya dah 8 bulan kahwin. 
dan dah 5 bulan pregnant.
alhamdulillah. doakan kami terus kuat mengemudi bahtera rumahtangga kami.
doakan juga aku dipermudahkan semua urusan sepanjang kehamilan ni sehingga aku lahirkan anak dalam kandungan.

erkk~
ok.
dah cukup.
nanti aku update lagi.
kahkah.
bajet ko retis ada orang peduli ko update blog ke tak?
bertabah la blog.
-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign