Aku sekolah darjah 6 tak habis. Aku batch pertama yang sepatutnya ambil UPSR. Baru bulan 3 ayah aku masukkan ke sekolah agama. Bukan SMAP Labu, bukan KISAS tapi sebuah sekolah yang bernama Ma'hadul Azhar di Penang. Kebanyakan orang tak kenal dan tak tahu pun sekolah ni.
Mula-mula mak aku risau sebab sekolah ni takdak spm. Esok-esok nak keja apa? Tapi ayah aku kata rezeki Allah yang bagi, ditambah memang cita-cita aku nak jadi ustaz.
Mungkin pengasas sekolah tahu atau tidak, kami yang batch pertama malah batch selepas kami pun gelar sekolah ni paling takdak sistem dalam dunia. Silibus tak pernah tetap (kecuali bila kami amik 4 thanawi). Ikut suka ustaz nak pakai kitab apa.
Kami hanya mengikut tapi dalam masa yang sama hati memberontak. Niat ustaz nak lahirkan imam Syafie kedua. Umur 15 dah boleh berfatwa. Umur 15 dah boleh masuk universiti. Niat yang diketawakan oleh ramai pihak termasuk kami sendiri.
Macam mana sekolah persendirian yang takdak sistem, takdak duit sangat boleh mencapai apa yang dicita? Permata Rosmah Mansor takpala ada bajet juta-juta daripada kerajaan.
Tapi tahun 1992 merupakan sejarah Malaysia yang orang tak tahu. 2 orang anak Ma'hadul Azhar mencipta rekod bukan setakat rekod Malaysia bahkan rekod dunia rasanya (betulkan aku kalau salah). Mereka berdua diterima masuk sebagai mahasiswa di universiti Al-Azhar ketika umur 15 seorang dan 16 seorang lagi.
Siapa mereka? Mohd Hapiz Mahaiyadin dan Irwan Mohd Subri. Untuk apa aku cerita benda ni? Yang pertama syukur pada Allah. Kedua terima kasih Mak Ayah. Ketiga terima kasih us Yusoff Uthman dan maknjang.
Tanpa kepercayaan dan kasih sayang mereka semua, aku takkan sampai di tahap ini. Alhamdulillah.
يا ليتني كنت نسيا منسيا
No comments:
Post a Comment