farhana mohamad: jangan panggil aku gurumu

Pages

30 January 2014

jangan panggil aku gurumu



Surat untuk semua pelajarku yang telah grad. (bacalah..fahamilah dan fikirkanlah sebelum kamu like atau delete post ini atau unfriendkan saya.)

Malam tadi saya terbaca status seorang kawan saya yang menulis tentang bagaimana sedih dan hampanya perasaan bila melihat ada pelajar2 perempuan yang telah grad yang tidak bertudung (free hair dan mewarnakan rambut). Saya boleh faham apa yang dirasai oleh kawan saya ini. Hinggakan setiap kali nak ke majlis perkahwinan pelajar2 saya, saya berdoa supya tidak dipertemukan dengan pelajar2 yang tidak bertudung ini. Kenapa hingga berdoa supaya tidak berjumpa atau bertembung dengan pelajar2 yang tidak bertudung ini?

Ini jawapannya, kata ustaz saya di UM dulu Ustaz Hasyim Yahya, kalau kamu keluar dari universiti nanti, kalau kamu jadi org yang baik, mengakulah saya ni ustaz kamu. tapi kalau kamu buat perangai tak baik, jangan sesekali sebut saya guru kamu. Dulu saya tak faham kenapa ustaz cakap macam tu. rasanya mungkin sebab itu akan memalukan ustaz. tapi hari ini saya rasa saya sudah mula faham maksud ustaz saya.

sebab utamanya ialah bila melihat pelajar2 yang sudah grad selepas bertahun2 belajar dan kita didik ini tidak bertudung, selain dari perasaan sedih dan kecewa, seperti ada satu perasaan tidak redha dengan ilmu yang kita berikan. Seperti ada rasa mahu berkata, aku tidak redha dengan apa yang aku berikan kepada kamu. hingga ada perasaan mahu berkata, aku tidak halalkan ilmu yang aku curahkan kepada kamu. Itulah perasaan seorang muallim, seorang murabbi apabila melihat pelajar2 kita yang kita ajar dan didik tidak dengar cakap kita. tidak ingat nasihat kita. adakah itu yang dikatakan redha Allah akan ada bila ibubapa kamu redha dengan kamu. redha Allah akan ada apabila guru2 kamu redha dengan kamu.

Alasan2 yang sering kita dengar, "Saya tidak bertudung sebab mak ayah tidak benarkan." Maka maknanya kamu telah menduakan Allah dan menjadi ibubapa kamu sekutu Allah. Kenapa? Sebab ketaatan kepada ibubapa hanya wajib selagi mana perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNYA.

"Suami tidak benarkan saya bertudung." Maknanya kamu telah menduakan Allah dengan menyamakan ketaatan kepada Allah dengan ketaatan kepada suami. Hanya wajib mengikut perintah suami atau meninggalkan apa yang dilarang oleh suami kalau ianya selari dengan perintah Allah dan RasulNYA. Sebab itulah kalau mahu meilih suami, pilihlah suami yang faham tentang agama dan perintah2 agama.

Ada juga para suami yang menjawab, "Bukan saya tak bagi dia pakai tudung, tapi dah puas saya nasihati..tapi dia degil madam." Jawabannya...kamu telah gagal menjadi seroang suami. Dayus namanya bila membiarkan isteri atau anak2 perempuan kamu membuka aurat atau sekadar membalut dan membungkus aurat. Tunjukkan kamu adalah seorang pemimpin bukan dipimpin. Bukankah Allah telah sebut di dalam surah al-Nisa yang bermaksud "Lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita." bagaiamana hendak memimpin masyarakat dan negara kalau isteri dan anak2 sendiri tidak mampu kamu pimpin.?

Kepada para isteri pula, kalau kamu benar2 sayangkan suami kamu...janganlah memnempah tiket ke neraka utk suami kamu. Kasihanilah suami yang mengasihi kamu hingga tidak mahu bertindak keras bila kamu tidak mahu bertudung. kasihilah ibubapa kamu kerana ibubapa kamu juga akan dipersoalkan kenapa tidak mendidik kamu menjadi anak yang taat kepada suami.

Panjangnya leteran saya pagi ini...tapi fahamilah leteran ini adalah kerana kasihnya saya dan kawan2 saya yang lain kepada kamu semua sebagai guru kamu. Semoga Allah dan RasulNYA menjadi saksi bahawa saya telah sampaikan nasihat ini sekali lagi kepada kamu semua. sama ada kamu mahu menjadi seperti anak Nabi Noh atau anak Nabi Ibrahim terpulanglah kepada kamu. sama ada kamu mahu menjadi isteri yang taat seperti ummahatul mukminin seperti iti Khadijah r.a atau mahu menjadi isteri Nsbi Noh dn isteri Nabi Luth..itu juga pilihan kamu. Tepuk dada, tanya iman. Akhir kalam...maafkan kami semua para gurumu kalau kami telah gagal mendidik kamu menjadi hamba Allah yang taat kepada perintah Allah dan RasulNYA sahaja.

Wassalam

Gurumu
Madam Fauziah.

-from fb mdm fauziah. bekas lecturer UIA-

gambar:google

3 comments:

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign