farhana mohamad: How to Style Your Sneakers?

Pages

22 December 2014

How to Style Your Sneakers?


Assalamualaikum wbt.

Korang suka pakai heels ataupun sneakers? Walaupun heels menjadi pilihan utama kebanyakan wanita ketika ingin tampil bergaya, berlainan pula dengan saya yang lebih gemar menyarungkan sneakers untuk ke mana sahaja. Mungkin ada yang berkongsi minat dengan saya. Jika dahulu, wanita yang memakai sneakers terus dilabel sebagai ‘tomboy’ atau dengan kata lain, bersikap seperti seorang lelaki. 

Aishh, saya bangkang statement tu okay. Aii is tak setuju!
cuba tengok sneakers ni. ohh omggg! cantiknya!



ini pun cantik!


pengsan mak jemah tengok sneakers ni semua.


Dengan perkembangan fesyen yang semakin berevolusi, kita dapat perhatikan wanita-wanita masa kini berani memadankan apa jua jenis pakaian bersama sepasang SNEAKERS!

Yess, sneakers! Tak pelik pun kan?

Jadi, jenis pakaian apakah yang dimaksudkan?
Jika anda gemar memakai sneakers dan masih tercari-cari style pakaian apa yang bersesuaian, mungkin entri ini boleh membantu anda. Check it out!



ingat tak Bella Swan? Ala, pelakon utama dalam filem Twilight? Bella sering kelihatan memakai sneakers bersama jeans dan t-shirt untuk ke mana sahaja. Of course, jeans, shorts dan t-shirt merupakan jenis pakaian yang paling sesuai untuk anda gayakan bersama sneakers. Gaya yang amat ringkas dan santai serta memberikan keselesaan yang ideal sepanjang hari. Simple kan? Kaki pun tak sakit.hehe


Jika anda lebih gemar memakai skirts atau dress berbanding jeans, sarungkan juga sepasang sneakers untuk kelihatan seperti seorang ‘rock chic’! Cantik jugak ehh. Ini serius!


Gaya yang terakhir ini mungkin kelihatan agak pelik. 
Pernah pakai sneakers ke pejabat?  Jangan bimbang untuk memakai sneakers apabila anda ke pejabat kerana gaya yang pelik kadang-kala mampu menyerlahkan lagi gaya anda. 



Ohsem kan? Belum cuba belum tahu.


Let say, anda seorang yang pakai jubah dan nak sarungkan sneakers. Sarungkan je sneakers, tak payah ragu-ragu. Dan jika ditanya pada saya sendiri, saya juga jenis yang selalu pakai jubah. Saya lebih gemar ber’sneakers’. Terasa ringan je kaki. 

So, berjubah dan ber’’sneakers’’ pun okay kan? Takde peliknya pun.

Untuk koleksi sneakers online yang berkualiti daripada jenama-jenama hebat seperti CONVERSE, VANS, Keds, MacBeth dan banyak lagi, korang boleh dapatkan di laman web ZALORA Malaysia. 

Dunia sekarang dihujung jari je. Apa yang anda tunggu lagi? Buat pembelian anda hari ini juga! Klik sana klik sini dan tunggu barang anda sampai. confirm puas hati!



Semuanya semudah abc!    =D



1 comment:

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign