sangat terkejut bila dapat berita tentang pemergian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini. petangnya pula dapat berita anak kepada artis Linda Rafar meninggal dunia selepas agak lama bertarung dengan sakitnya. cancer kalau tak silap aku. meninggal di bulan Ramadhan. bertuahnya mereka. :)
kerap menerima berita kematian lately. takut?
of course aku takut.
dan aku pasti kita semua takut dengan kematian.
sangat takut sebab aku sendiri tahu amalan2 aku belum mencukupi untuk tampung kehidupan aku kat sana. sungguh aku dambakan husnul khatimah! moga pengakhiran kita semua baik2 saja.
aku cukup tersentuh setiap kali melihat si anak menjadi imam solat jenazah ibunya sendiri. terharu! sebak! sungguh beruntung dirimu si ibu. bila melihat anak arwah Datuk Sharifah Aini, Aliff Omar mengimamkan solat jenazah ibunya, mengiringi jenazah ibunya ke liang lahad, memenuhi permintaan arwah sewaktu pengurusan jenazah.
Ya Allah. sebak. bertuah arwah memiliki anak seperti Aliff.
khusus buat kaum adam, cubalah belajar solat jenazah. alangkah bahagianya rasa bila melihat seorang anak menjadi imam solat jenazah ibubapanya sendiri mahupun ahli keluarganya sendiri. jarang sekali dapat melihat seorang anak mengimamkan solat jenazah ibubapa sendiri. pasti ibumu tersenyum bila melihat anak yang mengimamkan solat jenazahnya. :)
عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Al-fatihah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Kan..arwah sgt bertuah sbb itu slh satu wish arwah pada anak tunggal nya.
ReplyDeletekebanyakan ibu atau isteri semua impikan anak atau suami dapat imamkan solat jenazah dia. insyaAllah. mudah mudahan rifqi juga seperti Aliff.
Delete:)
Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
ReplyDeleteJom imarahkan Ramadhan dan join GA saya ni :
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html
wslm.
DeleteinsyaAllah. jika berkesempatan. thanks for invite
:)
sungguh beruntung ibunya :)
ReplyDeleteinsyaAllah. moga kita juga tergolong dalam kalangan anak yang menguntungkan ibu kita
Delete:)
Moga2 perjalann kita pun bertuah mcm arwah.
ReplyDeleteAmin. mudah mudahan.
Deletesama2 doakan. :)
saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-)
ReplyDelete