farhana mohamad: Mufti Wilayah Persekutuan

22 June 2014

Mufti Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

3 hari lepas, aku dapat satu perkhabaran yang cukup menggembirakan. Salah seorang murabbi yang sangat aku kagumi ditaklifkan sebagai seorang Mufti. Tahniah buat Sahibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ditaklifkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Dr. Zulkifli telah menandatangani saurat pelantikan pada 19 Jun 2014.

Dr. Zulkifli adalah bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang di USIM, Nilai. sebelum meletakkan jawatan sebagai pensyarah lagi Dr. Zul cukup aktif dengan kuliah2 agama di sekitar negeri sembilan. beliau juga adalah seorang penulis dan penceramah bebas. sekarang ni beliau makin banyak menulis dan menyampaikan kuliah atau ceramah di luar mahupun di televisyen. sempat juga aku menghadiri beberapa kuliah beliau sebelum ni. sesiapa yang minat menonton rancangan saluran Tv Al-hijrah mesti biasa menonton Dr. Zul dalam program Cinta Ilmu.

Tahniah murabbi Dr. Zulkifli! seorang yang tawadhu', jujur dalam memberikan pendapat dan berpegang kepada prinsip dakwah islamiah. selamat menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign