farhana mohamad: Dark Chocolate Tart with Ginger Crust

Pages

30 June 2014

Dark Chocolate Tart with Ginger Crust

siapa suka baking?
aku cukup suka baking.
kek, biskut, tart semua aku suka.

nahh!
aku share dengan korang resepi Dark Chocolate Tart with Ginger Crust.
ni resepi dari Dr. Ezani Farhana, juara masterchef tu haa.
aku pun belum cuba lagi resepi ni. craving nau rasanya bila tengok gambar tart tu. ce korang tengok!



Dark Choclate Tart with Ginger Crust


Crust:
260g biskut digestives (lebih kurang 20 keping) ataupun boleh gunakan biskut Gingernut/Gingersnap (jika guna biskut ini tak perlu tambah serbuk halia dan gula)
2 1/2 sude kecil serbuk halia
3 sudu besar gula perang
125g mentega, dicairkan

Filling:
2 cawan krim (fresh cream/whipping cream)
200g coklat hitam (dark chocolate)
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:

1) Panaskan ketuhar ke 160 ° C. Kisar biskut dalam food processor bersama gula perang dan serbuk halia sehingga halus . Tambah mentega cair dan proses sehingga menjadi tekstur seperti pasir lembap. Tuang ke dalam acuan pembakar tart berdiameter 12 inci diameter dengan bahagian bawah yang boleh tanggal, ratakan dan tekankan ke dasar dan sisinya. Letakkan di atas dulang pembakar.
2) untuk filling, panaskan krim dalam periuk di atas api sederhana rendah, sehingga ia berbuih sedikit di tepi. Angkat dari api dan tambahkan coklat dan kacau hingga cair sebati.Tambah garam. Masukkan telur ke dalam campuran coklat, kacau sehingga benar-benar sebati. Tuang inti ke dalam kulit tart dan bakar 15 hingga 20 minit sehingga inti set (tidak gegar bila loyang digoyangkan) dan permukaan adalah berkilat. Jika anda melihat apa-apa buih atau rekahan terbentuk pada permukaan, keluarkan tart segera kerana ia menandakan tart sudah terlebih dibakar. Biarkan sejuk sebelum mengeluarkan dari loyang. Bila dihidang, boleh ditabur dengan serbuk koko. Enak dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

** untuk variasi, saya juga gunakan coklat putih sebagai filling. Anda juga boleh buat effect marble atau drizzle dengan 1/8 adunan filling menggunakan coklat putih

p/s: ni antara resepi yang wajib cuba! yummy


20 comments:

  1. Macam tersilap langkah singgah sini masa puasa hahaha.


    **SALE SEHINGGA 4 JULAI 2014!!!
    http://nadyabubble.blogspot.com/2014/06/sale-jualan-penghabisan-stok.html

    ReplyDelete
  2. Buat masa raya best gak resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CP buat sekarang pun xpe.
      buat time raya kang takut tak cukup.

      Delete
  3. menarik sungguh. mesti rasa mint mint sket dok ada ginger tuh..
    nak baking ni kena tangan penuh seni. CT fail dah la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya la kot sebab ginger kan.
      ct try la buat. belum cuba belum tau. =D

      Delete
  4. Ya Allah sedapnyaaaaa. Terliur!!! Rasa nak makan je skrin laptop ni. Huaaaa I am Chocolate addicted :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu terliur kena cuba la nnti jawabnya ehh.
      craving nau nau rasanya.

      Delete
  5. ya ampunnn.. sedapnye..meleleh dah air liur ni. rasa nak je ngap.hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat dulu baru bleh ngap! heee
      nanti jangan lupa try ehh fatin

      Delete
  6. uikkk... menggodanya... sedap ni...

    p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh
      kak mia pun tergoda.
      nanti try buat ye kak

      Delete
  7. Sedapnye nampakkk

    Salam Ramadhan Al-Mubarak 1435H

    Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)

    Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)

    ReplyDelete
  8. Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa.
      nanti sy buat kunjungan balas ok :)

      Delete
  9. sedapnya !! cantik lak tu..
    jemput join ini ya :)
    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.
      akan cuba join jika berkesempatan.
      thanks for invite :)

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign