alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita meraikan syawal. tabik spring la pada sesiapa yang dah habiskan puasa 6. malu plak rasanya. orang dah siap beraya, kita baru nak start. arwah atuk aku dulu, 2 syawal dah start puasa sunat 6. arwah cakap tak elok tangguh lama2. kang bila mulut dah terbiasa makan minum macam2 setiap hari, makin ligat la jawabnya nak habiskan puasa 6.
kalau difikirkan balik, memang betul pun apa arwah atuk cakap. dan aku perasan, memang kebanyakan orang dulu2 start puasa sunat 6 pada 2 syawal. raya sehari je then terus sambung puasa 6. bila dah habis puasa 6, puasa sunat plak pada isnin dan khamis. hebat orang2 lama ni, kita ni susah betul nak tiru, puasa sunat isnin dan khamis pun ligat je nak buat. kalau ditanya pada kita2 yang masih muda, confirm la sibuk nak raya dulu kan.
2 hari lepas dapat whatsapp dari bestie. pun pasal puasa 6. hee. phone berbunyi, tanda ada whatsapp masuk. dari bestie aku rupanya. terkedu baca soalan dari bestie.
semek: ehh u! dah start puasa 6 belum?
*sentap dapat soalan macam tu. malu nak jawab.
aku: erkkk. dah. tapi baru 2 hari.hehe. baru start la semek. u dah start ke belum? ke dah raya puasa 6?
semek: dah la weii. i rindu Ramadhan, terus start puasa haa lepas raya hari tu. asal u baru start nih?
*double sentap! haa. orang lain dah lama start puasa 6, kau farhana baru nak start puasa. malu plak rasanya.
aku: ala. start puasa lambat sebab terikat dengan ubat haa. tu pasal baru puasa. hehe. jangan la marah. ehh, u dah raya puasa 6 ke belum? meh la umah aku. aku masakkan ehh
semek: alhamdulillah. aku dah start puasa dah. dan masih lagi berbaki 6 hari haa.
aku: oiii!!!! =.= =.=
p/s: dengan kata lain, semek belum start puasa 6.
# jangan lupa titipkan doamu buat Gaza!
Banyak kelebihannya kan....xpe slow2 selagi baki syawal masih ad..:D
ReplyDeletesalam farhana..
ReplyDeleteinsyaallah wana share resepi coklat ganache tu ya.sya akan buat entri resepi ganache..tunggu tau..nanti sya inform awak. ^_^
selamat hari raya... btw done follow u, follow mine too :) - Noob
ReplyDeletehye saya admin dari segmen mencari 20 bloglist bertuah dan anda boleh check senarai blog anda http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2014/08/senarai-blog-segmen-mencari-20-bloglist.html
ReplyDelete+follow here
slamat berpuasa 6..
ReplyDeletesaya singgah sini dari blog mialiana... :)
jemput singgah : Hikayat Budak Pening
salam farhana,
ReplyDeletesaya sudah buat entri pasal resepi coklat ganache..jemput datang blog saya ya..^_^.
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/08/resepi-topping-coklat-ganache.html
wslm wana.
Deletetengkiu wana.
terharu sangat2.
terima kasih layan perangai mengada2 sy ni. :')