farhana mohamad: sampaikan aku pada 2 tanah suci itu

29 August 2014

sampaikan aku pada 2 tanah suci itu

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, jemaah haji kumpulan pertama selamat tiba di Madinah. mostly yang ke sana golongan warga emas, jarang sekali dapat tengok golongan muda berpeluang tunaikan haji melalui muassasah (ikut sistem giliran tabung haji). gembiranya tengok riak wajah masing2 walaupun ada sesetengah darinya kurang sihat setibanya di sana.

tiba tiba rasa nak menangis. rindunya, Ya Allah! nak g sana lagi.
rindu nak bertalbiyyah, rindu nak tawaf kaabah, rindu nak saie, rindu pada kubah hijau. rindu nak minum air zam zam sepuas-puasnya.


tenangnya berada disana. memang tak dapat nak gambarkan dengan kata2. kalau korang berkemampuan, cuba usahakan ke sana. nak tunggu turn untuk haji, mungkin lambat lagi giliran anda. apa kata anda tunaikan umrah dulu. dari melancong ke sana sini, ada baiknya duit tu simpan untuk ke Mekkah. teringat kata2 makcik satu jemaah dengan aku dulu,

"makcik ni bukannya orang senang, tapi makcik cuba simpan duit. tanam niat nak ke Mekkah satu hari nanti. nak tunggu giliran haji, entah hidup ke mati dah makcik masa tu. sekurang-kurangnya makcik dah tunaikan umrah kalaupun tak berpeluang tunaikan haji nanti. ajal maut kita tak tahu bila."

dari aku kecil lagi memang aku nak sangat ke tanah suci. bila berkumandang azan di tv, fokus je tengok gambar2 di tanah suci. umur 23 tahun baru Allah tunaikan hajat aku. sehari sebelum dapat berita gembira akan ke Mekkah, aku diuji. memang nangis kaw2 la, esoknya abah call mintak sediakan gambar untuk visa umrah. terkejut dan syukur sangat2. betul kata orang, Dia akan uji kau dulu sebelum Dia hadiahkan sesuatu yang baik.

Ya Allah, izinkan aku menjadi tetamu Mu lagi. izinkan juga aku mengerjakan rukun islam ke lima itu. dan berilah peluang pada saudara2 ku yang lain untuk menjadi tetamuMu jua. jemputlah kami kesana.

6 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah.
      mudah mudahan berkesempatan ke sana.
      nanti kita g sama2 ehh, bawak budak tecik tu skali.

      Delete
  2. Allahu, beruntungnya awak dapat pergi dalam usia yg muda. Hope dapat jugak menjejakkan kaki sana. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      berkesempatan ke sana di usia muda.
      sy doakan awk juga berpeluang ke sana.
      insyaAllah. amin.
      keep on praying. :)

      Delete
  3. bestnya kalau dapat pegi awak.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      sy doakan akak diberi peluang ke sana.
      insyaAllah, one fine day. :)

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign