farhana mohamad: ikan keli yang diberi makan najis

11 June 2009

ikan keli yang diberi makan najis

keluarga ana menternak ikan keli kt kawasan umah ni... da hampir setahun abah menternak ikan keli... pd satu petang,, ana borak ngn abah.. ana mmg cmni,, pot pet pot pet.. xleh duk diam... so, nak x nk,, terpaksa le abah layan anak pmpn sulung die... ntah cmne bleh kuar psal ni,, so ana rse cm nk share hukum bgi ikan keli yg diberi makan najis ni...

Perbuatan tu bercanggah dengan Syariat Islam kerana Rasulullah s.a.w. menegah orang Islam memakan daging binatang yang memakan najis atau diberikan makan najis... ana teringat kisah Ibnu 'Umar r.a... Ibnu ‘Umar r.a. menceritakan:

نَهَى رَسُوْلُ اللهِ عَنِ الْجَلَّاْلَةِ وَ أَلْبَاْنِهَاْ

“Rasulullah telah menegah dari memakan al-jallalah ( iaitu binatang yang suka makan benda kotor dan najis) dan menegah dari meminum susunya”.
(Riwayat imam-imam hadis kecuali Imam an-Nasai. Hadis ini dikatakan hasan oleh Imam at-At-Tirmizi)
Maksud al-Jallalah dalam hadis di atas menurut ulamak ialah: “Haiwan yang suka memakan benda kotor dan najis sama ada haiwan tersebut lembu, unta, kambing atau burung/ayam”. (Subulussalam, Imam as-Son’ani, jil. 4, hlm. 102).

Bagi sebahagian ulamak, larangan dalam hadis di atas adalah larangan makruh sahaja iaitu digalakkan agar tidak memakannya. Namun ada ulamak yang berpandangan larangan tersebut memberi makna pengharaman: means diharamkan memakan haiwan yang suka memakan najis atau diternak dengan diberi makan najis. Antara yang mengharamkaannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal. Menurut Imam Ahmad: haram memakan daging dan susunya hinggalah ditahan dan diberi makan (makanan suci) selama 40 hari.

Daging haiwan al-Jallalah tersebut tidak akan menjadi bersih atau suci dengan membasuhnya sahaja atau dengan memasaknya atau dengan dicampur rempah-ratus supaya hilang bau najis atau bau busuknya. Akan tetapi ia hendaklah ditahan selama beberapa hari (dengan diberi makanan yang suci) sebelum disembelih. Hanya dengan menahannya barulah hukum makruh atau hukum haram tadi akan terangkat.

urm~ Berapa lamakah penahanan tersebut perlu dilakukan? Dalam mazhab Syafi’ie, tidak ada tempoh khusus bagi penahanan tersebut. Yang perlu ialah ia ditahan sehingga diyakini hilang najis atau bau najis dari dagingnya. Menurut pendapat Ibnu Umar r.a.; “Hendaklah ditahan dan diberi makan makanan yang suci; jika unta selama 40 hari, jika kambing selama 7 hari dan jika ayam selama 3 hari”.

Selain haiwan, adakalanya tumbuh-tumbuhan juga disirami atau dibajai dengan najis. Jadi apa hukumnya memakan buah atau tumbuhan yang disuburkan dengan najis itu? Hukumnya menurut mazhab Syafi’ie adalah halal memakannya. Namun dalam pada itu makruh hukumnya jika nyata bau najis padanya. Menurut Imam Ahmad; diharamkan buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran yang disiram dengan air najis.



p/s: keluarga ana x pernah bgi ikan keli makan najis tau...huhuhu

No comments:

Post a Comment

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign