Assalamualaikum wbt.
mood ke laut nak ngadap blog. makin bertambah list blog yang aku nak terjah. baby firash jaundice since hari keempat dilahirkan. dah 7 kali kena ambil darah. pada awalnya bacaan tak tinggi sangat, tiba-tiba je naik mendadak. cuak kot bila naik mendadak macam tu.
untuk ambil darah kali kedua, aku berdua je dengan abang ke klinik daerah cek jaundice baby. baby menangis kaw kaw dekat klinik tu bila kena ambil darah. sampai serak suara, meronta-ronta dia. basah mata aku bila tengok dia menangis macam tu. sakit kot. tengok nurse tu buat kerja, kasar sikit bagi aku. paling geram bila dia jatuhkan straw untuk ambil darah tu. tak pasal-pasal kena ambil darah balik. buat kerja sambil mata duk intai semakphone atas meja. tak fokus langsung. baby bantai menangis kuat. ai tak sanggup dengar dia nangis. tapi klinik dekat rumah ni smooth je ambil darah, baby pun tak nangis.
setakat ni dah macam-macam kitorang try,
tapi bacaan jaundice tak turun sangat.
esok last check jaundice.
hope bacaan below 150.
kata makcik tukang urut,
"budok loni takdok hok tak kuning. tubik tubik gak meme kena jugak kuning."
runsing bila budak2 sakit.
orang tua kalau sakit boleh merungut ke apa.
budak kalau sakit, diaorang bukannya reti apa.
nak bagitau sakit kat mana pun idok le diaorang tahu lagi. kesian tengok baby bila kena ambil darah dua hari sekali. kalau boleh nak je ganti tempat dia. biar kita je sakit, jangan dia yang sakit.
nak bagitau sakit kat mana pun idok le diaorang tahu lagi. kesian tengok baby bila kena ambil darah dua hari sekali. kalau boleh nak je ganti tempat dia. biar kita je sakit, jangan dia yang sakit.
get well soon baby!
p/s: kata encik google - faktor pemakanan ibu sewaktu mengandung punca jaundice?
hurmm. ada faktor lain jugak rasanya.
*autopublish
baby dan jaundis memang tidak dapat dipisahkan..tapi betul tu farhana, kak wana ada dengar juga salah satu punca jaundis adalah faktor pemakanan ibu semasa mengandung..harap baby akan sihat..ada petua cakap minumkan susu kambing pada baby boleh turunkan bacaan kuning tu..
ReplyDeleteada dengar jugak pasal minumkan baby susu kambing. semua benda kami buat except susu kambing tu. tak berani nak kasi susu kambing pada baby kak wana. doktor ada inform jugak, tapi was was dari segi kebersihan. maksudnya dari segi proses perah susu kambing tu.
Deletememang.. cuma teruk dengan tak je..anak saya kene sikit je.. mungkin sebab saya amalkan susu kambing masa mengandung.. tapi semuanya dengan izin allah jugak
ReplyDeleteaah.
Deletekakak ipar sy amalkan jugak minum susu kambing masa mengandung kak. tapi hi-goat, bukan susu kambing ori
salams ana,
ReplyDeletesiannya firash....
kena bf sekerap yg mungkin, dulu anak akak ali iqbal pon tak turun sangat bacaannya.....paed advise kerapkan bf, alhamdullilah bacaan akan turun dari masa kesemasa....
iye kak. bacaan turun sikit sangat. sekarang kakak ipar memang kerap bf. awal2 dulu susah sikit sebab susu tak banyak, lepas mengurut baru banyak.
Deletesiannye tgk baby kena amik darah kan...anak sedar sy dulu pon sama...kuar masuk spital...sbb jaundice....smpai akak sy abis pantang...
ReplyDeletelama jugak tu kak. kesian kot kat baby asyik kena ulang amek darah. baby firash dua hari sekali kena amek darah.
Deletetak sampai hati kan... memang sakit ambik darah... moga baby cepat sembuh..
ReplyDeletep/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html
Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.
- Mia Liana -
terima kasih kak mia.
Deletebelum sempat terjah ke list peserta.
Singgah sini
ReplyDeleteTerima kasih kak. :)
Deletebaby baru lahir mmg susah nk elak kena jaundis ni, yg penting bykkan bg susu badan jer, lagi kerap dia membuang, lagi cepat jaundis tu hilang ;)
ReplyDeleteJemput join segmen CN yer ..
http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html
:)
Deletealhamdulillah. Baby dah ok kak. Sekarang kuat nyusu
menurut mak saya, masa saya kecik2 dulu ada demam kuning jugak.. jadi, yer la kot.. baby dan jaundice berpisah tiada.. hehehe
ReplyDeleteKuning jugak? Memang berpisah tiada klu cenggitu pha is oii.haha
Deleteanak akak yang no 2 tak kena kuning, alhamdulillah
ReplyDeletedoktor kata betul cara pemakanan
cuma akak tak pasti apa maksud dia
harap anak sedara farhana dah sihat ye
Aisyah kuat, nasib baik tak kena kuning. Alhamdulillah. Baby dah sihat kak yana. Dah makin montel haa budak kecik ni.
Deletemudah2an baby cepat sembuh... saya teringat masa kekecik dulu kalau baby demam kuning, mak dia akan jemur di panas matahari... dengan mak mak sekali lah berjemur... sekejap dalam sejam gitu waktu pagi... wallahualam... saya pun kecik lagi masa tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Baby dah sihat. Takleh jemur time tu, kelantan hari2 hujan. Sekarang pun still hujan :)
Delete