Assalamualaikum wbt.
hurmm. berkali-kali fikir nak post ke tak nak pasal ni. dah 3 4 hari duk dalam draft. baru-baru ni kecoh tentang penyebaran video seks seorang yang cukup dikenali dengan tingginya pengetahuan agama beliau.
maaf, aku tak sanggup nak tengok video mahupun gambar2 yang dah tersebar tu. dan aku perhatikan banyak blog kongsikan video dan gambar2 tu semua. baca tajuk je dah membuatkan aku mual.
hanya satu soalan aku.
apa kau bangga share sesuatu berita yang sangat mengaibkan tu?
benda yang kita belum tahu kesahihan berita tu.
apa kau bangga mendedahkan aib seseorang?
kepada blogger2 yang ada share gambar2 tu, mohon delete segera. aku sedih bila seorang ulama' diperlakukan macam tu. gila sangat nak kejar traffic sampai sanggup berkongsi benda2 macam tu? kot ye pun nak bagi pandangan ke apa, tak perlu rasanya di upload gambar dan video tu. cukuplah sekadar pandangan yang ditulis.
maaf cakap, awak adalah antara orang yang menyebabkan benda ni tersebar.
sama jugak dengan beberapa blog yang duk upload gambar2 mengarut dengan caption yang... tak tahu nak cakap apa.
bangga dapat jana income dengan post entry2 sampah macam tu?
nak bagi family makan dengan duit hasil post2 tu?
biarlah sumber rezeki yang kita dapat tu dari sumber halal.
dapat income banyak dengan post2 sedemikian,
sungguh langsung tak membanggakan bagi aku.
kita kena ingat, tulisan2 ni semua adalah "saham" yang kita nak bawak ke sana nanti. dah la amal tak banyak, tak pasal2 saham bertambah dengan aktiviti2 kotor ni. elok la buang post2 yang memberatkan saham kita tu. dan kalau boleh, mintak maaf balik dengan orang2 yang kita dah aibkan tu. benda yang tak sahih boleh jadi fitnah. jenuh nak merangkak kat sana nanti. clearkan blog dari post tak berfaedah macam tu.
berbalik pada topik asal, sama ada betul ke tidak video tu, aku melihat penyebaran video tu sebagai cubaan nak menjatuhkan imej insan tersebut. nak merosakkan persepsi masyarakat terhadap para ulama'.
p/s: maaf. emo pulak kali ni.
mati aku kena tibai nanti.
betul tuu...sy sangat tidak setuju dengan penyebaran gambar@video yang mengaibkan orang lain..
ReplyDeleteelakkan dari buka aib orang.
Deletetakut nanti aib kita yang terbuka pulak.
sangat tak bermoral orang yang sebarkan gambar2 tak senonoh tu
Dunia dah terbalik...
ReplyDeletedunia dah di penghujungnya bilamana fitnah terhadap alim ulama mula tersebar.
DeleteSamada ianya benar atau tidak tetapi hakikatnya bila dunia menuju akhir zaman adalah dimana para ulama' dan menegak syiar agama di perlekeh dan diinjak seperti ini.
ReplyDeleteKena segera bertaubatlah kepada yg melakukan ini semua. Kesahihan tidak ada mengapa perlu diperhebohkan. Kalau pun benar biarlah org itu bertaubat kerana diri kita ni tak tahu lagi... sedih kakak melihat ini Hana..
Betul tu kak. Dunia di penghujung zaman. Dah takde rasa nak hormat alim ulama'. Tanpa rasa bersalah diaorang share sesuatu benda. Cukup sedih bila ulama yang sepatutnya kita tinggikn diperlaku macam tu
DeleteTak perlulah mendedahkan atau menyebarkan aib orang lain sedangkan tidak tahu kesahihannya..
ReplyDeleteYup. Benda tak sahih, benda yang melibatkan maruah org lain, laju je pakat share sume. Tak fikir dah perasan keluarga orang
Deletetak patutlah menyebarkan aib seseorng tanpa tahu kesahihannye..
ReplyDeleteSepatutnya mcam tu la kak lily. Tapi orang kita suka benda2 macam ni
Deletesetuju sangat dengan entry
ReplyDeleterasanya lebih molek kalau cerita yang tidak diketahui kesahihannya tu
tak disebarkan bagi mengelakkan fitnah
diam-diam, sudahlah kan
dosa besar kita fitnah orang, ulama pula tu
akak tak paham niat orang yang mencetuskan cite ni
lebih tak paham yang menyebarkan
Entah la kak.
DeleteSemua pakat nak jadi mak jemah. Bab jadi tukang sebar benda2 macam ni memang laju sangat. Kalau bab agama pakat senyap je
Dunia akhir zaman dunia fitnah.
ReplyDeletefitnah yang melampau.
Deletesabar dik sabar ... tu lah manusia . selagi x de kesederan , lagu tu lah mrk buat . kita bebel pun bkn mrk nak baca . mrk pun tahu hukum . biarlah mrk tanggung apa yg mrk buat ... thanks rajin skodeng blog sis ... heh heh
ReplyDeleteitulah kak. sekadar meluahkan. diaorang baca sekalipun, memang wat dek je kot. xde inisiatif nak berubah. dah tahu hukum tapi tanpa segan silu buat jugak.
DeleteErm.. Biasa la tu. Letak cerita hot, rating laju je naik.. Sbb tu sis lebih suka cerita kisah sendiri je..
ReplyDeletekalut nak kejar rating sampai diri tu seolah2 dah xtau pahala dosa. kalau nak bersaing sekalipun, biar la dari sumber bersih. dari sy baca benda2 tak senonoh macam tu baik sy baca perkembangan zahra. =D
Deletebenci bila orang viralkan benda yang mengaibkan. semoga kita semua terihidar dari musihab berat...amin
ReplyDeleteamin. insyaAllah.
Deletesemoga kita semua dalam lindungan Allah