farhana mohamad: mummy hidayu punya soalan

Pages

11 October 2014

mummy hidayu punya soalan



haaa.
lagi entry yang diperam terlalu lama dalam draft!
tak tahu kenapa aku suka sangat peram entry lelama.
pekasam kalau diperam selama ni pun aku rasa dah boleh goreng dah.



liebster award lagi.
kali ni dari mak buyung hidayu.
ni soalan2 dari mummy MFZ.


1) Blog korang tentang apa?

-hurmm. personal kot. tapi idok le suka cerita pasal family terlalu kerap, seketul dua tu ada la. kadang lebih suka bercakap pasal isu semasa ataupun benda yang terjadi di sekeliling kita. tapi lately macam banyak duk join segmen je. dah lari dari tujuan asal. nak kena pulang ke pangkal jalan. ehh, panjang pulak jawabnya. 

2) Siapa pendorong dalam menghasilkan blog?

-sebenarnya, aku dah lama berblog. tapi pernah stop berblog kejap sebab busy teramat sepanjang belajar di uni dulu. rasanya takde orang khusus kot yang mendorong untuk berblog. ia lebih kepada suka2. nak polish bakat menulis. erkkk~

3) Apa pendapat korang tentang kawen muda?

-ehhh, dalam draft ada entry pasal ni! haha. nanti la lain kali publish. pada aku, takde masalahnya pun kalau kawen muda. lagi bagus apa, boleh elak benda2 yang kita semua taknak benda tu berlaku. contohnya gejala maksiat, kes pembuangan bayi etc.

4) Pengalaman yang paling memalukan pernah korang alami?

-haha.hurmm. banyak kot rasanya. panjang nanti kalau tulis. salah satu pengalaman ada kat sini.

5) Bila last korang bersenam?

-petang tadi. jalan2 luar rumah sambil dukung anak buah. berjalan tu kiranya bersenam jugak kan? kikikiki

6) Ciri-ciri lelaki idaman.

-kalau boleh nak yang paling kacak.
body ketak2 macam fahrin ahmad.
yang suweet kencing manis.
yang tinggi bak darah tinggi.
hahaha. ini semua mengarut.

cukup la dia seorang yang beriman, yang mampu bimbing aku dan anak2 nanti ke jalan Allah. sebab aku tahu ilmu agama aku tak tinggi, jadi aku memerlukan orang yang tinggi agamanya untuk didik aku. dengan dunia yang kian mencabar ni, aku perlu orang sebegitu.  mafhum ayat quran, lelaki soleh untuk perempuan soleh. so, nak kena menyolehkan diri dulu la baru boleh demand nak macam tu. :)

7) Lebih suka shopping online ke mall?

-aku cukup susah kalau bab membeli barang. kadang masuk 5 biji kedai pun belum tentu aku beli something. memang agak selektif dalam membeli. aku lebih suka ke kedai sebab senang nak pilih apa yang aku nak. beli on9 susah, kadang tak dapat macam yang kita nak. size lari, warna tak sama dengan yang asal. rosak ke apa. 

8) Korang lagi ramai kawan dari sekolah, kolej, tepat kerja or kawan sekampung?

-aku jenis friendly. dengan siapa2 pun aku rapat. sekolah, kolej sume ramai. kawan sekampung je takde. hehehe. sebab aku dari kecik duk membesarkan kat bandar walaupun rumah kat kampung. sekolah rendah, sekolah menengah sume kat bandar. keluar rumah pagi, balik pun dah pukul 6. weekend tuisyen plak. sambung belajar pun luar kelantan. memang takdenya nak kenal orang kampung.

9) Jenis banyak mulut atau suka buat hal sendiri?

-seorang yang mulut becok. kalau dah bercakap susah nak berhenti. dengan orang2 tua pun aku layan je borak haa. sama jugak macam menulis, bila dah tulis takleh tulis pendek2. sebagai contoh entry ni, panjang2 aku tulis. padahal boleh je tulis pendek, jawab soalan tu terus. tapi gaya aku jawab dah macam buat esei. ada isi pastu buat huraian then bagi pulak contoh. 

10) keluar gathering tapi masing2 ngadap fon.

-kalau cenggini jangan ajak aku keluar lagi. geram betul perangai macam ni. rasa macam nak hempuk je siapa2 yang busy duk pegang phone bila gather. sama jugak bila kita duk dalam 1 majlis yang mana ada orang tua dalam majlis tu ataupun family2 duk berkumpul, tolong hormat yang lain. simpan la kejap phone tu. tau la phone canggih manggih memasing. at least tolong respect orang tua atau orang2 sekeliling.

11) Pendapat dan kata2 perangsang

-teruskan berblogging dengan cara kita sendiri. setiap orang tak sama. ada sesetengah yang suka berkongsi aktiviti harian dia dengan yang lain. so, dia jadikan blog sebagai diari. ada sesetengah pula kurang gemar berkongsi aktiviti harian, tapi dia memilih untuk berkongsi sesuatu yang mana mendatang kebaikan ataupun info2 yang berfaedah. so, just be urself. post apa yang kita suka. 



yeayyy! dah habis jawab soalan kakak ipar aku. dah macam esei pulak. selamat membaca. kikiki. nanti jumpa kat kampung!



30 comments:

  1. ASSALAM...SOALAN PENDEK JER JAWAPANNYA MAK AII..KALAU EXAM NI MESTI MARKAHNYA TINGGI ...JELAS N TERANG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.
      hehe.
      x berapa terang lagi tu kak.
      kalau terang lagi panjang sy tulis. =D

      Delete
  2. Tak best kan kalau suma dok ngadap hp masa gathering.
    Baik balik je kat rumah boleh ngadap puas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat umah ngadap phone,
      keluar pun ngadap phone jugak.
      kawen je la terus dgn phone tuh.
      geram plak rasa.
      ehhh, terover plak

      Delete
  3. Ensem tu kalau dapat macam Fahrin Ahmad.

    ReplyDelete
  4. ni mesti terpengaruh tengok cerita drama ni.. nak cam fahin ahmad haha.. semoga impian tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak amin banyak2 la. kikiki.
      terpengaruh la ni.
      asyik abg2 sado je jadi hero

      Delete
  5. wow fahrin ahmad....
    i suke tauuu...
    hahhaah opsss jwp no 10 tu setuju sangat
    so sila la nasihat abg awk yg comell tu yeee
    thanx cik na kerana menjawab dgn panjg berserta contoh lagi tu

    ReplyDelete
  6. jawapan untuk no 9 tu kita samalah, sep sikit! =)
    macam YY ni, memang kategori talkative juga
    sampai kalau tuli sentry kat blog pun, sape yang membaca
    silalah bawa kopi ke apa, kot lah mengantuk...hehe
    tapi orang kalau first time jumpa YY kata YY sombong =)
    hak jawapan yang no 10 tu paling awesome! =)

    p/s-done follow sini juga tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy!
      sep2!
      sama la kita2.
      kadang kena cut balik certain ayat.heee
      tq yy.

      Delete
  7. ciri-ciri lelaki idaman nak yg badan ketak2 tu yang tak tahan.hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.
      xde nya la kak fiza.
      gedik je tu.
      tak dapat badan ketak2, dapat fahrin pun jadi la.
      ehhh? haha =P

      Delete
  8. Dulu2 kengkawan suka giat saya ni adik fahrin ahmad.. tapi nama ayah tak sama. Haha.. =D

    Amboih.. memang panjang segala ceritanya. Tapi seronok membacanya.

    Salam kenal dari saya juga.. \[^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. faarihin-fahrin.
      ehh. ok la tu.
      xyah jdi adik la, jdi wife dia terus. haha =D
      cantik tau print nama kat kad kawen nanti.

      Delete
  9. yang nom 9 tu kita sama ok hhaha. akak belajar uia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la yang.
      akak belajar kat usim dulu.
      dah grad dah pun. :)

      Delete
  10. samalah CT ni mulut becok gak kekeke. nyembang mesti susah berenti lagi lagi jumpa yang sama kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kann
      bila dah jumpa geng memang tak berenti la bercakap.
      citer dari A-Z memang tak sempat abes

      Delete
  11. Ada lagi ye Liebster Award ni.. Hehe.. Ni la dia bila buat segmen berantai.. Balik2 blog sama jgk kena tag.. Dah kena taip entri sama berulang2.. Hehe..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  12. hai farhana :D

    http://ummiammararif.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Jemput Join Ya : http://sayasukala.blogspot.com/2014/10/segmen-review-blog-1.html

    ReplyDelete
  14. Wah...Mantop2 jawapannya... walaupun singkat2... terbaek...

    http://supernifzvitamin.com/vitamin-untuk-kulit-cantik-tak-perlu-make-up-lagi/

    ReplyDelete
  15. loh...rupanya Ayu ni kakak ipar farhana ke

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign