farhana mohamad: Liebster award by Azisadliyatul

Pages

24 September 2014

Liebster award by Azisadliyatul

liebster award again!
kali ni dari azisadliyatul.
tengkiu for tagging awak. 

ni jawapannya dari aku.

1. Berapa berat badan korang 10 tahun yang lepas? ingat lagi tak?
- jap nak kira. 10 tahun lepas maksudnya ketika aku form 2. hurmm. slim lagi time tu.hahaha. berat tak sampai 40kg pun, rasanya dalam 38kg kot.

2. Siapa best friend sekolah rendah korang yang masih still contact sampai sekarang?
- aku dulu sekolah swasta, jadi students tak ramai. semua best friend la kiranya. memang kami semua rapat, takdak rahsia antara kami. paling rapat sekali dengan aku ialah asma atiqah dan siti mariam. asma berpeluang tunaikan haji tahun ni. lusa flightnya. take care sayang! afif, please jaga asma and baby baik2 kat sana. 

3. Berapa kali korang pernah fall in love? (soalan maut)
- hahaha. aku gelak dulu ye. hurmm. aku pernah fall in love ke? aku pun tak pasti sebenarnya. rasa cam tak pernah.
hati banyak keras. (confirm takde orang percaya)

4. Saiz kasut korang berapa? 
- saiz 5 @ 6. tengok jenis kasut. 

5. Apa impian korang yang masih belum tercapai?
- banyak sangat impian aku yang belum tercapai.
panjang kalau nak tulis.hehehe.

6. Adik beradik korang berapa orang? korang yang keberapa?
- adik beradik 5 orang. anak tengah2 giteww. hihihi. aku no 3.
ada 2 orang abang, dan 2 orang adik.
anak perempuan sulung. heee

7. Telefon pertama korang apa?
- telefon paling kuat. jatuh berpuluh kali pun still ok, tak pernah cedera.
nokia 3310.

8. Apa cerita hollywood yang korang minat gila?
- harry potter. actually, aku layan je semua cerita hollywood as long as bukan cerita ganas2. 

9. Korang akan menangis apabila....
- bila... hurm.. tak tentu bila. hati banyak sensitif. sensitif sikit terus basah mata. itu belum layan kabhi kushi kabhi gham. 

10. Kenapa korang suka menulis blog?
- sebab aku suka menulis. zaman hingusan dulu aku jadikan blog sebagai diari aku. semua benda aku tulis dalam blog. kiranya sebagai pengubat duka. dah banyak post2 dulu aku delete. sekarang aku lebih suka berkongsi sesuatu dalam blog. kalau boleh biar orang dapat sesuatu dari blog aku. bukan hanya sekadar posting kosong

11. Perkara paling memalukan pernah terjadi dekat korang apa?
- haha. banyak kot rasanya. aku cerita kejadian zaman duk ipta dulu ehh. time tu kitorang ada program kat kampus. coursemate  aku bawak baby dia sekali semasa program tu. aku dan kawan2 tak pernah jumpa lagi baby dia.
 so, excited la nak tengok baby kan. 

coursemate aku duk kat pondok dan aku bersama 2 orang sahabat lagi menuju ke pondok tu. time kitaorang berjalan turun tangga aku menjerit panggil baby azam. tiba2, entah macam mana aku tergelincir. elok pulak aku jatuh terduduk dalam keadaan bersimpuh. sekali tengok tak macam orang jatuh tangga pun. nak cover punya pasal, sahabat aku 2 orang tu turut bersimpuh kat tepi aku.

aku agak blur dengan tindakan diaorang. then cakap, "kot ye pun nak perli aku, korang takyah la duk bersimpuh sama. baik tolong aku berdiri balik.
 kaki aku sakit weihh".

kawan aku reply, "takde maknanya nak perli ko. kitaorang tengah cover ko ni haa. kat pondok tu ada senior yang aku minat." 

owhh, bru aku tahu kat pondok tu ada 3 orang senior lelaki sedang berborak tapi aku tak perasan pun kewujudan diaorang. diaorang macam pelik je tengok budak2 perempuan tiba tiba je duk bersimpuh kat tangga tu. lama jugak kitaorang duk bersimpuh, senior dah gerak ke tempat lain baru kitaorang bangun. aku nampak coursemate aku duk tahan gelak dari tadi.


p/s: tengkiu lagi sekali azisadliyatul. kali ni aku juz jawab soalan je.    =D

4 comments:

  1. salam farhana..

    wana tag awak join ga
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

    ReplyDelete
  2. salam, farhana... rasa awk tersalah follow blog kiitelah...heheehe main blog kite url nya yang ni:

    jindrisska.blogspot.com

    yang blog awak follow sebelum ni tuh, just blog kita nak simpan2 resepi, share2 resepi dengan kawan2 yang nak belajar masak... heheheh...tapi ok je, terima kasih yer sudi datang melawat blog kite yer... salam perkenalan... :D

    ReplyDelete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign