sewaktu aku taip entry segmen cikpop ni last month, aku ada sebut word budu. budu tu apa? budu tu sos ikan bilis. hihihi. bila sebut pasal budu, terus teringat pada mrs budu. dah lama jugak rasanya aku tak terjah blog puan budu kita ni.
cepat-cepat siapkan entry dan malam tu jugak aku terjah ke blog puan budu. baca kisah-kisah puan budu yang diganggu. pastu gigih lagi godek godek post sebelum ni tentang kisah yang sama. hari tu dah pernah baca, kali ni baca lagi. meremang jugak bulu roma bila baca kisah puan budu. baca pulak tengah2 malam, memang sengaja cari pasal nampaknya.
time belajar dulu aku ada jugak terkena "benda" macam ni. tapi tak la teruk sangat. dapat benda tu pun selepas join satu program. sepanjang di uni aku memang aktif, macam-macam program aku join. jarang duk umah sewa, masa aku banyak habis dengan program dekat kampus mahupun luar kampus. nanti aku share cerita tu ehh.
setelah hampir 2 minggu sakit, aku decide balik kampung. itupun selepas kena paksa dengan kawan kawan. 2 minggu tak datang kelas. mc berkeping-keping, kelas dah banyak tinggal, sayang giler haaa. banyak dah ketinggalan pelajaran sepanjang 2 minggu tu.
abah aku mintak junior tempat kerja dia tengok tengok kan aku. muda lagi orangnya, dan dia sangat rapat dengan abah. junior abah aku diberi kelebihan oleh Allah untuk mengubati orang. since dia kecil lagi dia dah mengubati orang. aku susah sikit nak percaya benda2 macam ni. tapi disebabkan dia pun takde guna ayat ayat pelik ataupun mintak benda benda mengarut, aku turutkan je. family aku pun ok.
sepanjang berubat tu, dia bacakan ayat ayat quran. then dia mintak aku amalkan baca ayat kursi untuk 3 malam berturut turut dan baca je bila ada masa terluang. malam pertama 100 kali, malam kedua 170 kali, malam ketiga 313. jangan tanya aku apa rasionalnya bilangan bilangan tersebut. aku pun tak pasti kenapa bilangannya 100,170, dan 313. aku amalkan baca selepas maghrib ataupun selepas isya'. seperti yang kita tahu ayat kursi sememangnya antara ayat yang elok diamalkan sebagai pendinding diri. ke mana kita pergi, baca lah setiap masa. kita kena ingat, dalam dunia ni, bukan manusia je yang ada, makhluk makhluk lain pun ada. tak salah kalau kita amalkan ayat kursi. Alhamdulillah, sampai ke hari ni aku sihat tanpa sebarang gangguan.
kenal tak ustaz Sharhan Shafie? selalu je keluar tv. bagi yang perasan, ustaz Sharhan Shafie sinonim dengan topik perubatan islam. hari tu aku pernah tengok kuliah ustaz. dan ustaz ajarkan satu ayat yang sesuai diamalkan untuk selamatkan diri dari gangguan manusia, jin dan iblis. ayat tu ada dalam Surah Hud. penghujung ayat 57 surah Hud. cuba amalkan setiap kali selepas solat fardhu.
sebenarnya banyak ayat ayat yang sesuai dijadikan sebagai pendinding diri. apa yang aku share ni adalah apa yang aku amalkan. kita amalkan ayat ayat tersebut sebagaikan pendinding diri, dan selebihnya kita serahkan pada Allah.
assalammualaikum.. walaupun zmn dh moden dan ada yg tak prcaya ttg gangguan ni tp kita kene hati2 jugak dlm khdp seharian.. percaya pd Allah. zyla blogwalking sni.. jemput singgah ye. http://terjemahanhati8.blogspot.com/search/label/BEDAK%20SEJUK
ReplyDeleteWslm. Will terjah u soon. :)
DeleteSalam. =)
ReplyDeleteAnda ditag untuk Liebster Award. Read more: http://duniaitusfera.blogspot.com/2014/09/liebster-award-pt-3.html
p/s: Macam best pergi berubat mcm tu. Saya teringin tapi tak berani. hmm
Tengkiu.
DeleteTggu sy balas balik ye. :)
ayat kursi mmg bagus dijadiukan pendinding diri..apapun kita kena yakin baru jadi..kalau tak yakin ia akan menjadi sia2 saja...
ReplyDeleteInsyaAllah.
DeleteCuba jadikn bacaan ayat kursi sebagai amalan harian. Yakinkan diri dan cuba istiqamah
terima kasih atas perkongsian ini.. =)
ReplyDeleteHaiii.. cakkkk..
ReplyDeletedone follow sini no. 259,
sudi-sudikanlah follow me back yea..
leh kita saling kenal mengenal,
kunjung-mengunjung selalu..
salam kenal yea.. =)
http://tengkubutang.blogspot.com/
kalau minat kucen leh follow blog
teman yang lagi satu gak..
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Will follow u back. Tq dtg sini :)
Deletebagus sangat kalau ada pendinding diri ni kan..boleh elakkan unsur jahat..
ReplyDeleteanda ditag,^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-tagged-by.html
Tq wana for tagging. Jawab soalan sy pulak ehh
Delete