farhana mohamad: bila Dia yang aturkan

27 September 2014

bila Dia yang aturkan




Alhamdulillah, hari ni dah 2 zulhijjah 1435h.

Bermaksud raya haji pun dah tak lama lagi. Jemaah haji pun dah semakin bertambah disana. Rasanya hanya tinggal sebilangan kecil lagi Jemaah haji yang belum berlepas ke tanah suci. 

Dan hari ni jugak, bestie aku akan berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan haji. Pertama kali dia ke sana, berdebar dan excited katanya. pergi bersama satu keluarga, family outing yang sangat ohsem!

Aku tahu perasaan tu macam mana. berpeluang ke sana bersama family, tak tahu nak cakap macam mana perasaan tu. Risau pun ada fikirkan bestie aku. Bukan apa, aku risaukan kesihatan dia. Dia menghidap SLE dan baru disahkan pregnant minggu lepas. Kesihatan dia tak menentu sekarang ni. 

tapi perancangan Allah tiada siapa tahu. pagi tadi agak terkejut bila dapat mesej dari Asma'. mungkin nak maklum yang dia dah selamat sampai kot, aku fikir. tapi bila buka je, terkedu bila baca.

''ana, asma gugur. nak nangis. sekarang admit kat hospital putrajaya. sampai klia semalam terus kena admit. terpaksa tukar penerbangan lain ke Mekkah. petang nanti flight. insyaAllah.''

Asma' sepatutnya berlepas ke tanah suci semalam, 26 september 2014. tengahri semalam asma' dan family berlepas dari kelantan ke klia dan petangnya flight ke tanah suci. belum pun sempat ke tanah suci, asma' diduga. kandungan berusia 7 minggu akhirnya gugur. seharian semalam memang aku duk teringat kat asma'. tak sangka hari ni dapat berita sedih macam ni. ana tahu asma' kuat, be strong sayang!

kun fa yakun!
bila Dia cakap jadi, maka jadilah.
Dia sebaik baik perancang.
sebaik mana pun kita cuba elak, kita takleh lari dengan takdir.
insyaAllah, ada rezeki lain buatmu asma'.
takmo sedih-sedih ok.
kuatkan semangat awak.
'Afif, tolong jaga asma'.

'afif sedang belajar di madinah, 
perancangannya mereka akan bertemu di madinah sebelum sama-sama tunaikan haji. korang mesti kuat! aku doakan dari jauh. ada rezeki lain buat kalian nanti. insyaAllah.



p/s: jangan lupa perbanyakkan amalan 10 hari terawal di bulan zulhijjah.
banyak ganjaran korang akan dapat nanti.




15 comments:

  1. moga bestie ana tabah menhadapi dugaan ni dan semoga dia dikurniakan lagi rezeki pada akan datang..amin

    ReplyDelete
  2. rezeki beliau dapat pergi tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.
      moga kita juga diberi peluang tunaikan haji diusia muda.

      Delete
  3. Insyaallah akan dapat rezeki anak kemudian nanti.
    Harap asma sihat & tiada apa-apa masalah ketika di Mekah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. amin.
      harapnya begitu kak shikin.

      Delete
  4. farhana, anda ditag : )

    http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

    ReplyDelete
  5. moga bestie farhana tabah dgn ujian-Nya n Allah mempermudahkan urusan haji di sana..

    ReplyDelete
  6. moga dia tabah... ada hikmah disebalik tiap2 yg berlaku

    jemput singgah blog Cik G :))

    http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. sy tahu dia kuat.
      nanti sy balas kunjungan ke sana. :)

      Delete
  7. Insya Allah.. Allah merancang rezeki yang lebih besar untuk mereka siapa tahu. moga kawan awak baik2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.
      mudah mudahan kak.
      Allah tu sebaik baik perancang.
      Dia tahu apa yang baik dan apa yang kurang baik bagi kita.

      Delete

-disclaimer-
Ini adalah blog peribadi. sebarang bentuk artikel, informasi mahupun gambar yang dimiliki oleh pemilik blog ini boleh digunapakai oleh blogger lain tanpa memerlukan kebenaran tetapi mestilah diletakkan pautan kepada blog ini. sebarang printscreen adalah dilarang sama sekali. pemilik blog mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang atas penyalahgunaan pelaku.

Farhana Mohamad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign